Kos Persediaan Berpantang Bersalin

Ibu dan bapa ada masa 9 bulan untuk persediaan menyambut bayi yang bakal tiba. Mari kita lihat berapa julat kos persediaan berpantang bersalin untuk si ibu. Saya pasti ramai yang mampu fikir barangan bayi namun untuk barangan merapikan penjagaan kesihatan ibu, berapakah kos sebenar.

  1.  Mak Bidan/ Urut: RM150-RM350. Dulu Opah Siah sediakan ubat makan, barang berpantang dan sebagainya. Selalunya RM150 utk urut sahaja dalam masa 3 hari. Sehari RM50. Tapi sekarang Mak Urut kita dah naik harga. RM70. Fuhh. Mak urut VIP gitu.
  2. Bengkung: Ada pelbagai jenis bengkung. Kalau nak buat sendiri, kosnya dalam RM120. Beli kain belacu ikut panjang yang kita nak dan upah jahit RM30. My tailor jahit dua lapis supaya tahan lebih lama. Takpelah panas sikit. Ada yang ikat zigzag hanya RM50.
  3. Set bersalin: Ada banyak jenis. he most recommended is Nona Roguy or Amway punya set bersalin. Harga antara RM350-RM280. Bilangan pil ikut berapa hari kita nak makan. Yang paling murah utk stok 30 hari.
  4. Kain batik RM30-RM100: Kalau nak batik jenis selesa, belilah yang mahal sikit. Kalau rasa tanak selesa, belilah yg ala plastik macam jual kat Mydin tu. Ada orang nak pakai seluar. Tapi make sure after dah sembuh luka episotomy. Jalan pun kena elok je takut urat kaki cepat kebas bila dah habis pantang.
  5. Makanan: Selalunya ibu makan ikan mahal. Ikan merah, ikan bawal putih. Ikan yang tak gatal. Kalau ayam pun kena beli ayam kampung or ayam hitam. Kurma cina la. Habbatus sauda la. Kalau minum air akar Nona Roguy kena minum dengan madu. Kalau madu ori, bukan nya murah. Biskut utk snek petang dan pagi. Kalau tengok harga  menu berpantang kat mangkuk tingkat.com adalah dalam RM30 sehari.
  6. Penjagaan badan: Mandian herba RM30 utk sebulan. Satu uncang boleh pakai beberapa hari. Dry shampoo RM15. Sanitary pad RM 30-50 (ikut jenama) untuk 40 hari. Stokin winter kat Daiso, 5 pasang RM25. Garam untuk cuci luka RM3.
  7. Spa penjagaan diri: This one, up to your budget. Antara benda yang korang boleh splurge masa dalam pantang untuk kesihatan dalaman dan luaran adalah: scrub badan (terutama ketiak dan leher yang gelap semasa hamil), skincare yang pelabagai jenama di pasaran–masker, tungku elektrik, bantal leher, eye masks (mak yang baru melahirkan memang tak cukup tidur kan), air mawar, daun pandan untuk dibuat mandi, mengurangkan bau badan.
  8. Corset–jangan pilih yang keras macam Hai-O yang ada dawai tuh. I had learnt my lesson. Kesian kulit perut luka sebab kulit pregnancy masih lendut tapi nak paksa shape macam model. It’s not natural. Pakai je yang selesa and fabric yang breathable dan tak berdawai. After all, that’s our main goal lepas pantang kan? To get back into the shape pre-pregnancy.
  9. Nursing bra- You may splurge to buy the Autumn’s brand. I had my lesson that the shape isn’t that nice an it costs too much but in the mean time, the bra isn’t that appealing and tough (I use my washing machine, thank you very much!) but remember, if you are under budget, just buy from Avon. A bra without the wire. Selesa dan menjimatkan duit.
  10. Entertainment–Masa dalam pantang takleh baca buku sangat and tengok TV sangat sebab urat mata tu dah bekerja keras waktu meneran. Aku dulu degil tak dengar cakap akak senior, gatal main whatsapp melayan kawan2 yg dalam pantang jugak. Bila dah start nak drive and kerjaa, memang laa my eyesight dah makin rabun dan pemandangan makin kabur. So keep yourself entertained dengan dengar radio, dengar audio book ke, atau sembang dengan jiran sebelah. Call jelah. Jangan laa kedekut kredit sangat. Kredit habis takpe. Mata rabun, lagi mahal kosnya.

Taken from theasianparent.com

 

Baby Spa and massage parlour

Bismillahirrohmanirrohim. Lama dah tak menulis. Lemau sikit rasanya. Sekarang musim periksa. tapi alhamdulillah sempat spend time dgn bebudak bawak derg g spa baby. Dah lama berhajat nak bawa. Alhamdulillah terlaksana. Bawak bebudak swimming bagus. Nabi pun suruh kita ajar anak swimming kan. Banyak manfaat nya. Dulu kteorg duduk depan laut Lumut mmg selalu mandi depan rumah. Kesian anak aku takde rumah depan laut (mahal amat kot rumah kat Danga Bay!)

Spa baby ni berada di Bukit Indah. Ada lagi satu di Taman Sutera. Akan tetapi that one agak open dan mcm tak sesuai pula dgn aku yg low profile ni (sila cakap BLAHHH AH kuat2!) Cuma tak selesa la. Asik ditenung orang gittew. So yg ni agak lengang masa weekday and agak bersih sbb tak ramai orang.

image

Continue reading

Cerita cikgu

Hari ni Allah buka mata saya seluas luasnya. Seorang anak murid mengadu yg budak lelaki bernama F ni ketuk kepala dia.

Cikgu: awak buat/cakap apa sampai dia ketuk awak?
Murid perempuan: takde apa cikgu. Tiba2 dia ketuk

Saya bertanya lebih lanjut kepada F sebab musabab dia buat begitu.

Cikgu: kenapa awak buat nadia macam tu? Dia buat apa? Dia ada pukul awak? Mengata awak?
F: takde cikgu.
C: dahtu? Kenapa nak pukul dia tak masal? Awak kena pukul dengan siapa? (Saya pegang lengan)

Tiba2 dia menarik lengannya dengan cepat. Mengaduh kesakitan. Walhal saya baru pegang. Pelik. Saya bawa ke perpustakaan di corner yg ada sofa.
C: awak kena pukul dengan siapa?

Terus air mata mengalir keluar. 

F: ayah saya.
C: dia pukul kat mana? Sini ye? (Sambil memeriksa lengannya yang berbirat kemerahan)
C: dia pukul dengan apa?
F: pancing
C: awak buat apa sampai dia pukul awak mcm ni? Awak nakal ye?
F: taktau cikgu.  Tiba2 dia pukul (air mata laju keluar)
C: bila ni?
F: semalam. 
C: waktu bila? Pagi? Petang? Siang? Malam?
F: waktu maghrib. 

Lepas tu nasihat selanjutnya diberikan agar beliau tidak memukul anak orang lain.

Kesimpulannya,  keganasan yang berlaku dalam domestik akan berlanjutan hingga ke komuniti.  Banyak sebab berlaku keganasan. Namun sewajarnya sebagai seorang guru, jangan sesekali kita turut terjebak dengan berlaku ganas kepada anak murid kita. Janganlah lempang, cubit,  pukul anak murid kita. Percayalah pada hikmah sebagaimana Rasulullah tunjuk dalam akhlaknya. Anak murid yang masih berada di sekolah rendah adalah mudah disentuh berbanding dengan sekolah menengah.  Tolong lah. Berhenti hukum fizikal anak murid. Kita nak lahir kan rakyat Malaysia yang baik. Bukan ganas.

Pengalaman bersalin di Hospital Columbia Asia Nusajaya

Macam mana mula kenal hospital ni ek? Hospital ni paling dekat dengan rumah. Mulanya doktor kerajaan yg suggest pergi sini sbb sini lg canggih ultra sound machine nya. Gynae yg dicadangkan ialah Dr. RAJESH. Orangnya kelakar. Professional. Mula datang dengan husband. Dia explain everything is good etc. Check dgn dr RAJESH ni kadang2 je. Selalu check up dengan klinik kesihatan larkin. Servis mmg pantas. Dekat dgn sekolah pula tu.

So about the hospital, it is new. Very nice interior and architecture. Nicer than puteri n KPJ Abdul Samad. Macam masuk hotel. Uniform staff memang lawa.

Labour room dia simple. Maybe sebab i dpt bersalin normal. Ada tempat letak kaki. Dulu masa beranak fahmi atas katil je. Koyak perinium weh. Atas siling ada arah kiblat utk bapa2 yg nk azankan bayi sebaik saja lepas lahir. Suami boleh masuk kalau xde komplikasi. Omar siap jd assistant lg. Haha.

Wad dia xde la ngeri sgt rupanya. Dari luar nmpk gelap n isolated. But i got a room mate. Also a teacher who had Caesar a day before I deliver. The bathroom is clean. The nurse will accompany u to the toilet n help u necessarily. 

What i like the most is the price.  Tak mahal mcm private hospital yg lain. For normal delivery, 2.5K sahaja. Bil ibu dan anak. Kalau Caesar baru 3.5k. Sbb tdo lebih kat hospital. 

I really like dr rajesh because he wanted me to have the normal delivery. No drug at all. No pain killer. Very supportive and cheerful. I should send him flowers kan?

Paediatric pun x mahal mcm pakar puteri. Pakar puteri rm 200. Patut laa derg doktor melayu gaji sebulan rm300k. Hospital ni yg plg kaya dr teh. Patient dia mmg beratoq. About my paed, Dr rohaizad mmg pandai layan fahmi yg banyak ragam kalau time sakit. Tadi kena charge 70 for ubat n 40 for consultation. Will see how it goes. May Fahmi gets better soon. Ameen.

Breast is the best

 

Even before labour (they call it labour because it’s a darn hard work), I already plan to breastfeed my baby exclusively till he is 6 months old. As we all know, Allah created breast milk with thousands of goodness.

As Fahmi came out to this world, I quickly breastfeed him with the tiny amount of colostrum. However, not much milk Fahmi had for a few days. Pity him, we were admitted to Seri Manjung Hospital because of jaundice, at special infant care ward. I have no idea as this was my first experience and he was sleepy along the way. His good behaviour is actually dangerous. He was supposed to drink a lot, so that the yellow chemical thingy will come out( I can’t remember what’s the name).

People say it’s good and bla3 but it’s a hard work actually. I have to restrict myself from certain food and consume a good diet. And, and, I can’t miss my meal. Especially milk. Euw! Nowadays I feel numb easily as I don’t consume much milk. Baby saps the calcium and I can feel the effect on my teeth.

Maintaining good breastfeeding routine requires support from the father. My husband has been my biggest cheerleader, giving me all the support, to make sure Fahmi gets all the nutrients he needs.

As a muslimah, nursing wear is my saviour whenever I want to breastfeed in public. I get nice ones from myhafsah.com. A good nursing wear should be comfortable. Myhafsah has it. Plus, the nursing wear are stylish and affordable. It’s worth every penny. The owner replies quickly and answer any question promptly.

Besides nursing wear, I need breast pads, breast pump, breast milk storage bottles and a nice place to do breastfeeding. Although people think it looks easy to choose breastfeeding, but many factors need to be considered, such as planning when to pump breast milk at the work place, what to eat so that mother can produce enough milk supply, doing loads of laundry as the breast milk is quite smelly, and many more.
Anyhow, it doesn’t kill my spirit to do breastfeeding. May Allah give me a longer period to breastfeed my babies. So, breast is the best! Get help from local breast milk support group or surf susuibu.com for more info.

Majlis funeral opah

Sedih rasanya tak dapat datang funeral opah. Sembang dengan mak di telefon, terkejut juga bila ramai yang datang tgk opah. Anak saudara, adik beradik tiri, kawan2 pejabat mak, cuaie, jiran2 semua dtg. Cucu dia 3 org x blk. (me, adik rap, omar). Mak pun dah pesan, jgn blk. Kome nk jaga anak lg. Kalo kome blk pun x sempat nye juge. Keme nk selesey awey. Dah le tu, Both of us got flu n x larat nk drive jauh. But hey, i still dtg sekolah lg smlm wpun bdn xlarat. Rezeki opah mah, ramai org ziarah n solat utk dia. Kawan2 cuaie dari MPM manjung pun ramai dtg. Mak kate “udoh biru warna romah kita”. Of coz i LOL at that.  Khemah pun warna biru. Pd mulanya telefon org khemah, xdpt. Kebetulan YDP MPM manjung dtg bertanya. Bila diberitahu x ade, terus telefon vice dia, kejap je sampai. Memang rezeki opah la. Mudah je urusan funeral dia. Yg mandikan opah were mak, aco n uda. Alhamdulillah anak2 snd yg mandikan. Tulah jasa terakhir anak perempuan. Tulah berkat bg didikan agama.
Mak cerita opah kebumi di manjung, dekat dengan hospital. Alhamdulillah sgt2 selesai urusan funeral dgn cepat. Itulah opah sy. Ramai org manjakan dia. Mcm tulah juga nnt pengakhiran kita akan baik semuanya kalau x dengki, bermusuh, insya allah husnul khotimah. Opah dah selamat level ni. Our turn xtau lg. Mari sama2 baca al fatihah sedekah utk opah mah. Al fatihah.

Of mengandungkan Fahmi

Mak kata aku mangendung teruk. Kalau nak mangandung lagi, fikir dulu banyak-banyak kali. Masa first trimester, I didn’t vomit or look as if I were pregnant. It’s just that I’m allergic to strong minyak attar smell. Selalunya orang mengandung tak larat cium bau kantin. Aku tak larat cium kejap je. Seminggu dua dah boleh terima bau kantin. First trimester, everything seems easy. Tapi, banyak appointment dengan gynae. Ni baru yang sulung.

Credit to Dailygab.com (Pregnancy Scare)

Continue reading

E-surat untuk adik rap

Along rindu sangat kat rap walaupun baru je dapat jumpa rap kejap kat JB masa cuti aritu. Along buat e-surat ni sebab along nak rakam perasaan ni dan ingat semula bila kita tua. Time ni air mata mengalir tak henti-henti and Along tak reti nak stop. Mungkin juga sebab hormon mengandung, tapi along nak rap tahu, inilah kasih sayang seorang kakak kepada adik kesayangannya. Walaupun along tahu rap  tak suka baca blog along sebab blog ni cam bimbo, along tahu nanti bila rap dapat laptop rap akan tengok jugak blog ni selain daripada blog obefiend.

Continue reading