Melentur pemikiran biarlah dari rebung

Everyone is entitled to their own opinion. Memanglah.Ada orang kata Bersih ni tak perlu sebab Malaysia negara demokrasi. Ada yang fikir kita memerlukan sistem pengundian yang lebih efektif dan telus supaya pemilihan pemimpin lebih jujur dan saksama. Ada yang rasa benda ni propaganda Yahudi.Ini contoh ekstrim sangat ye. Tapi inilah contoh yang orang boleh nampak sekarang ni. Kita ada pelbagai pemikiran dan pendapat. Yang mana betul sebenarnya?
Continue reading

Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang

Ahad lalu, saya dan suami menghadiri ISAC 2012 yang dianjurkan oleh ISMA julung kalinya. Oleh kerana menyedari ilmu parenting yang ada di dada ini amat cetek dan baru benar kami menempuhi fasa pertama sebagai ayah dan ibu, maka saya sebolehnya ingin menyediakan pelan yang terbaik bagi anak-anak sebelum mereka meningkat dewasa. Kita telah maklum bahawa terlalu banyak gejala negatif yang menukar di kalangan remaja melayu islam kala ini. Continue reading

Breastfeeding mothers are great people

 

Aku tertarik nak kongsi kisah seorang pramugari yang tabah menyusukan anaknya dari jauh, atas udara. Ceritanya dikongsi oleh penulis Baitul Muslim Az-zaidee. Naluri keibuan menyebabkan tear duct aku merembeskan air mata ke pipi. Bukan senang ye nak buat apa yang Aini Wardiah lakukan pada anaknya Ariff Ziyad. I really don’t know what to do if I were in her place.

Captured by Mirror.co.uk (Miranda Kerr, top model)

Tonight, I watched Soal Wanita on TV AlHijrah. Tentang perjuangan seorang wanita tabah yang menjaga lebih 40 orang anak. Anak kandung ada 7 orang. Mulanya suaminya menentang idea dia nak ambil anak angkat yang berpenyakit AIDS dan anak luar nikah. Siap kata “Mama, kalau anak saya terkena penyakit AIDS, saya takkan maafkan Mama sampai bila2”. Tapi Mama Norlina tetap tabah dengan nawaitu sucinya nak bekalkan kasih sayang dan shelter pada anak-anak istimewa ini.

Petikan dari blog Mama Norlina:

Sanggup Menyusukan Bayi. Puan Hjh Norlina Hj Alawi merasa sangat belas tidak terhingga terhadap seorang bayi kecil yang tidak berdosa tidak langsung merasai setitik pun susu dari seorang insan yang bergelar ibu. Lantaran ibu kandungnya tidak dibenarkan langsung untuk menyusukan anak ini atas nasihat doktor bagi menggelakan bayi dijangkiti penyakit HIV dari ibu kandungnya.

Justeru itu Puan Hjh Norlina Hj Alawi telah meminta izin dari suaminya untuk mengandung lagi dengan niat sucinya untuk menyusukan bayi angkatnya sekali gus menjadikannya anak susuannya dan berusaha menyelamatkannya dari dijangkiti penyakit HIV. Dengan harapan melalui susuan ibu ini dapat memberi manfaat terhadap bayi dengan kandungan zat dan khasiat lengkap dapat membina antibodi menentang penyakit.

Buat benda mulia, impossible senang macam tu je. Macam Nabi Muhammad SAW, berapa ramai yang kata dia gila, hina dengan macam-macam gelaran dan tuduhan? Mama Norlina pun menerima ujian juga untuk kerja mulia beliau. Orang mempertikaikan penjagaan anak HIV+ akan berjangkit dsb. Tapi beliau tanya kepada diri sendiri “aku yang nak ambil dia sebagai anak angkat, aku akan jaga dia macam anak sendiri”. Dan ayat beliau yang paling menyebakkan dada ialah “Kalau tuhan nak bagi kita penyakit, tak jaga anak AIDS pun tuhan akan bagi penyakit”. Host Amie Sofea menambah point beliau dengan sepotong hadis yang berbunyi “اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،” yang maksudnya lebih kurang begini:

Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu.

Agak sentap juga kerana aku seorang guru yang diamanahkan untuk menjaga anak orang lain waktu sekolah. Aku rasa banyak pincang dalam melaksanakan tugas. Allah akan tolong jaga anak kita (mungkin dari segi tarbiyyah) sekiranya kita jaga hak anak orang lain dengan baik. Aduhai…

Berbalik kepada tajuk di atas, breastfeeding mothers di Malaysia menghadapi satu cabaran besar di mana-mana sahaja iaitu BF sbg simbol seks. Hello abang2, pakcik2. Kami BF kerana Allah. Mulianya kami kerana kami melahirkan, membesarkan dan menyusukan. Ekau ado?

Pernah seorang guru “buat lawak” pasal effort aku pump susu di sekolah. Masa tu van Koko Krunch buat promo. Hantar laa berkotak Koko Krunch dalam bilik guru. Koko Kruch ada lagi tapi kotak susunya dah habis. Sekali sorang cikgu lelaki ni cakap “Pergi mintak susu kat Cikgu N. Aini” Ewahhh~ Melawak ye. Agak offensive tapi takpe. Sabo2. Mudahan Allah banyakkan bekalan susu aku sampai anak yang bongsu. Kepada yang menyusukan, kuatkan semangat! Susu yang Allah bagi, khasiatnya seratus kali ganda dari susu formula. Never give up!