Along rindu sangat kat rap walaupun baru je dapat jumpa rap kejap kat JB masa cuti aritu. Along buat e-surat ni sebab along nak rakam perasaan ni dan ingat semula bila kita tua. Time ni air mata mengalir tak henti-henti and Along tak reti nak stop. Mungkin juga sebab hormon mengandung, tapi along nak rap tahu, inilah kasih sayang seorang kakak kepada adik kesayangannya. Walaupun along tahu rap tak suka baca blog along sebab blog ni cam bimbo, along tahu nanti bila rap dapat laptop rap akan tengok jugak blog ni selain daripada blog obefiend.
Semalam rap jadi pelajar fisioterapi dengan rasmi di puncak alam. Walaupun along tak dapat pergi, tapi doa along tetap untuk rap. Itulah titik mulanya alam dewasa rap. Lepas ni mungkin along dah tak dapat nak gaduh dengan rap lagi. Pasni mungkin kita tak dapat insult each other lagi. Kalau kita couple, orang nampak kita ni tak senonoh tapi in heart, we have mutual understanding. “bengong is the way we say I love you”. Our love is unique and I don’t think you can find a girl like me yang boleh tahan bilik rap yang kotor dan busuk tu.
Along akan rindu joke2 rap yang witty. Setakat ni, takde boyfriend yang along pernah ada relationship, pandai buat along ketawa macam rap. Kesengalan rap membuatkan along sangat sayang rap sampai berani picit jerawat rap, usha koleksi gambar dalam desktop, baca message rap pastu ugut nak kantoikan kat mak. Rap pun sama. Rap sorang je yang berani buat benda yang along tak suka, tapi along tak marah. Mak pernah cerita rap amek bilik dan barang2 along. Mak risau along marah rap tapi dengan selamba dek je kata “takpe, along sayang adik dia”. Memang along takkan marah kat rap, tak tahu kenapa.
Dulu waktu kecik, masa kita tinggal rumah sesama waktu mak ayah gi keje, kita selalu wat benda gila2. Along pernah pakaikan rap tudung. Kita sama2 buli abang. Kita satu team masa main kecik2 dulu. Walaupun beza jauh umur kita, tapi along selalu main dengan rap. Along suka balik kampung tengok rap masa kecik2 dulu. Along ingat sangat time kecik2 rap allergic bau busuk. Tapi sekarang, rap tak kesah pun dengan bilik yang bersepah dan berbau. Haha.
Tapi yang along paling respect adik along, rap sorang yang jarang melawan mak ayah. Time relationship mak ayah tengah goyah, masa tu rap kat sekolah, rap la paling tabah dalam family. Memang dari kecik allah bagi kematangan kat rap, ahead of us. Rupanya allah nak jadikan rap seorang yang hebat. Pemikiran dan keputusan rap, memang along sokong. Sebab tu kalau mak tak setuju, selalunya along backing rap. Sebab along tau rap ni jenis yang akan fikir masak2. Even nak beli komputer pun fikir seribu kali. Lain la macam along, selalu buat impulsive shopping. Tapi sekarang along nak jadi mak, dah pandai sket. Hehe.
Lepas ni mungkin rap jumpa awek yang akan jadi isteri rap. Awek sekolah selalunya tak tahan lama ma. Dia jumpa laki lain kat kolej, nanti dia patahkan hati rap. Along tau la sebab along perempuan. Hehe. Tapi kalau rap jumpa awek, along harap biar la dia sayang rap macam along sayang rap. Love you unconditionally. Tak kisah dengan habit buruk rap. Tak kisah dengan joke rap yang kasor tu. Tak kisah dengar lagu Lady Gaga atau Chris Brown hari2 kat rumah berulang kali sampai player tu pun penat, walaupun annoying amat. Selalu support apa yang rap minat and sokong rap jadi yang terhebat. Ade ke awek camtu?
You are the best guy I’ve ever found. You are the one who understands me and doesn’t mind my spoil brat habit. You are the one who always snapped me to get back to reality. You’re that powerful. I miss you, I love you. Your only soul sister.
SOBS. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
sgt sedih…
mesti adik ainee sgt2 terharu baca entry ni…