Pengajaran #CDM25

Viral sungguh bab2 mengumpat ni. Mahal betul cash yang dia kena bayar lepas kereta kena langgar. Nasihat buat anak gadisku yang masih bersekolah:

1. Jangan hentam kawan perempuan dalam kawasan sekolah. Di mana pun.
2. Jangan sebab kereta baru malu satu Malaysia. Satu negara dah kenal kereta dan muka Kiki. Malu sangat.
3. Bangsa tidak memuliakan atau menghinakan seseorang tapi akhlakmu.
4. Di mana pun kalian berada, Allah nampak. Jangan takut dengan cctv atau handphone orang, takutlah dengan Allah.
5. Facebook akan digunakan bila ada kes “kerbau terpalit tahi” berhati-hatilah dengan Facebook mu.

Cikgu tengah fikir, macam mana dia nak hidup kat Malaysia ni lepas ni. Mana manusia yang tak berdosa. Cuma Allah tak buka aib awak je. 

image

Kongsi bahan: Kajian Tindakan

Semua guru yang berada di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) DIWAJIBKAN melakukan kajian tindakan atau action research kerana a adalah hasrat mantan pengarah untuk memajukan kemahiran guru dan memperkasakan ilmu P&P (teaching and learning).Berikut adalah contoh yang telah siap dan contoh format kajian tindakan yang hanya perlu diisi mengikut subjek. Continue reading

Ramadhan 1435

Tahun ni agak lambat post entry tentang Ramadhan. Maafkan aku wahai shahrul karim. Aku sering menanti Ramadhan kerana dalamnya aku pasti doaku makbul. Tahun ini berazam untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada tahun lepas (kena terus perbaiki diri hingga akhir hayat kerana tiada manusia yang sempurna).

Alhamdulillah aku bersyukur terima khabar gembira Felixia Yap bakal menjadi saudaraku 5 Ramadhan ini. Alhamdulillah. Allahu akbar! Comel sangat dia bertudung. Semoga beliau istiqomah menjadi hamba Allah yang baik.

Alhamdulillah juga pagi ini Abang Beautiful Nara dah sahkan Neelofa berhijrah kepada imej berhijab penuh. Cantik sangat Neelofa bertudung. Orangnya memang cantik pun.

Banyak sangat perkara yang aku dah faham tentang Ramadhan setelah 25 tahun menempuhinya. Perkara mana yang perlu didahulukan (walaupun dalam jiwa menggelegak nak tengok movie lagho2)

Now I understand kenapa the Indonesians begitu beriya menyambut Ramadhan.

I have so many things to do. Till then. Marhaban ya Ramadhan!!