Resepi Sup Kimchi

Kimchi  adalah jeruk sayur menggunakan pelbagai jenis sayur. Paling biasa digunakan ialah kobis napa atau kobis panjang. Ia dilayur dengan garam, serbuk cili korea, buah pear, halia, dsb. Setiap kawasan mempunyai resepi kimchi yang berbeza.

Untuk yang merasanya kali pertama memang agak aneh, tapi sekali cuba pasti hendak lagi. Rasanya masam masin dan pedas  membuka selera dan memberi keseronokan pada palet lidah. Air kimchi dimasukkan ke dalam sup daging supaya menjadi lebih sedap. Boleh juga dicampurkan dengan nasi putih panas dan nasi goreng.

Berikut adalah resepi sup kimchi yang menjadi appetiser dan side dish.

Bahan-bahan:
1 sb minyak bijan
1/2 bawang kuning
2 sb kimchi (kalau besar, potong sedikit supaya senang dimakan)
Ssgenggam kucai
300gm cendawan enoki
1sb kicap lemak manis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang dengan minyak bijan sehingga sedikit layu. Masukkan air panas dan kimchi.
2. Masukkan cendawan, kucai, kicap, garam dan gula secukup rasa sehingga sup mendidih.

image

Resepi ini boleh dipelbagaikan menggunakan sayuran lain. Boleh letak bawang goreng, cili padi, bijan dan fish cake. Boleh juga rebus ramen atau instant noodle, kemudian masukkan dalam sup ini. Boleh juga masukkan nasi ke dalam sup ini seperti orang Korea. Resepi ini adalah 100% vegetarian.

Kimchi berkhasiat untuk perut dan kulit. Dikatakan semasa wabak SARS menyerang dunia, Korea terselamat dari wabak itu kerana amalan pemakanan kimchi dan sayuran yang banyak dalam diet mereka.

SILA BERIKAN KREDIT KEPADA BLOG INI SEKIRANYA ARTIKEL INI DIPETIK. TERIMA KASIH.

Etude House Play 101 Pencil

I was over the moon when these pencils dah sampai Malaysia. Bila mereka launch this product and ada slot dengan Pony Beauty, of course it will be the most wanted item kan. Kenapa pencil ni best?

Let me tell you this, sebagai mak2 yg jenuh cari eyeliner, nak mekap dalam kereta masa tunggu traffic light 2 minit tu tp nk effect smoky eyes bagai, ada x such a perfect eyeliner? Jenis pencil kena asah2 nnt habuk pencil jatuh dalam kereta. Kalau jenis gel atau liquid, tangan jenis Parkinson nnt dia jd garisan zigzag. Kalau jenis tolak2 tak boleh nak asah. Tapi Etude House 101 Pencil beats all that.

image

Kalau nak betul2 ambil tips drpd Pony Beauty I would say it’s a bit unrealistic knowing her skin tone is almost flawless and very pale. Kesian my hubby tunggu lama sampai balik solat pun tak habis sembang dgn bebudak Etude House ni. Mujur tak minta duit dia. Muehehe.

So I did my own research, try it on my own, I picked up number 50, 8 and 23 (burgundy). Jangan terkejut, the pencils can be a lipstick, blusher, eyeliner and eyeshadow at the same time. I took #8 because I want a quick concealer and line my underneath pupil. Awesome kan?

Harganya berpatutan. I bought these 3 for a really cheap price because i got 40% discount after i purchased wonder pore and mask (rm80 purchase to be a member)

image

Ni resit nya bang.

Yang bestnya kalau pergi kedai Korea and beli borong masa sale, mesti dia bagi stok sample dgn free gift. Barangnya beli 2-3 ketul. Tapi yg best dapat sample utk stok 3 bulan yang letak dalam henbeg in case tak bawak makeup bag.

image

Utk review wonder pore whipping foam, rasanya kena tunggu 4 minggu dan lihat hasilnya. Tak adil la kan kalau pakai 2 hari dah nak komen. Insya Allah la kalau rajin.

PS: aku conscious dgn henpon suami aku yg akan keluar prediction umur tiap kali kami nak selfie. I may not be that young but I want to age gracefully.

Puisi: Jodoh

Jodoh itu dari tuhan
Bukan mainan perasaan
Ada yang bercinta berbulan-bulan
Ada yang tahan berzaman-zaman
Ada yang mudahnya menukar pakaian
Ada yang sukar untuk melupakan
Ada yang berbeza kepala dan angan
Ada yang mahu berjodoh tapi tak cukup duit di tangan
Ada yang mahu terjun bangunan
Ada yang menangis berbantal lengan
Ada yang tak cukup makan
Ada yang sengih setaman
Ada yang gila bayangan
Ada yang gelap masa depan 
Ada yang memalukan keturunan
Ada yang perut terkedepan
Ada yang menunggu jatuhnya bulan
Ada yang putus harapan
Ada yang berkecai impian
Ada yang bahagia hingga saat kematian
Itulah jodoh mainan kehidupan
Doalah kalian agar jodoh berkekalan.

image

Johor Bahru
5 Oktober 2014