Product review: lycopen mask

Kebetulan time jerebu ni muka rasa kering dan berdebu amat.maka on the way cari ors utk fahmi, jumpa la natang alah ni. Kenapa la pilih jenama ni? Sbb tgk harga dia sama dgn garnier.kita suka cuba product yg org harang pakai. Harga sama je actually.

image

Using the product


Muka tengah pakai mask memang la horror.
image
The result, the mask sheet macam ala baby wipe si adik je. Haha. Bagus la jenama ni tak kedekut gel collagen. Lepas pakai muka rasa sejuk. Tegang sikit dari sebelum pakai. Lembap. Tapi in my opinion seaweed atau rumpai laut mentah lagi berkesan. Inside out dia repair. Kalau kena sunburn best la kot pakai ni. Oklah dgn harganya rm5.90.

Gerai air paling best

Agak hairan nape org bawak beg plastik beso2 dari bazar ramadan Perling. Rupanya bawak air sedap. Beratur panjang ye. Setengah jam baru akak dapat air katira. Dah laa cuaca panas ya Allah. Huii nikmat sangat bila berbuka. Happy tak terkata.

image

Inilah satu satunya gerai yang pakai khemah besar.  Org lain semua kongsi. Derang nye tong air satu jenis je dah 30 liter. Tong nye beso ya amat. Tak pernah jumpa rope ni. Cara dia bubuh air mmg terbaik. Memula bubuh ais sepenuhnya.  Kemudian taruh laa kordial dan pati air tu. Tak pakai air masak. Dia bagi customer beg plastik besor punya. Tak muat tumbler Tuppaware 2 liter tu k. Baru rm2. Memang murah. Memang beli dengan deme hari hari. Pernah sekali beli pukul 5 dan waktu tu panas sangat. Tapi masa berbuka masih ada ais dan manisssss sekali. Alhamdulillah. Nikmatnya puasa.

image

Tertinggal anak dalam kereta

Kalau dah jadi independent parent mcm aku yg ada baby dan toddler, nak beli barang dalam 5 minit, tinggal kejap anak dalam kereta dengan tingkap buka sikit. Tapi jangan turn on engine. Lepas tu lock.

Bacalah bismillahi tawakkaltu alallah. Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shai’un fil ardhi wa la fis sama’i wa huwas sami’ul alim.

Doa mintak jauhkan bala. Bergantunglah pada Allah. Hari tu last aku bawak bebudak ni ke kedai. Alahai. Bakery SDS tepi rumah je. Dah la manusia ramai tgh makan kat kafe.  Dah tak masal aku glam kejap. Si Fahmi sentap takmau balik. Masa amek dia tu tgh tidur. Sleep deprived jugak la. Konfem la meragam. Aku tgh gendong Irfan. Dengan beg plastik beso. Boleh pulak dia tak nak balik  aduhaiii!! Staff kafe tu kesian jugak tgk aku unable to carry fahmi dengan excess baggage. Allahu akbar. Nak kejar solat masa tu. Hadoi la anakku. Dah xde idea cemana nak ajak dia balik. Aku tinggal jap. Letak irfan dalam kereta.  Sorang staff tolong hantarkan fahmi yang tgh merajuk. (Rasanya dia nak makan kat kafe tu. Mak tak mampu nak! ) taubat sebulan tak jejak kafe tu. Malu punya pasal. Seb baik tak mengidam.

So you see. Kekadang I have no choice.  I do all the shopping atau any work before picking them up at taska. Sian budak jadi mangsa. Mak budak yang tinggal anak dalam kereta bukan minta anak dia mati. Atau bunuh anak. Memang ada forgotten child syndrome. Minta dijauhkan la. Harapnya mak Nawal Iris tabah menghadapi ujian ni. Anak hanyalah pinjaman yang perlu dipulangkan semula bila tiba masanya. Wassalam.

image

Ramadhan 1434

All these while I am the type yg suka procrastinate, this time around I must make full use of it. Ramadhan happens once a year. It passes so fast. Macam tahun lepas, I waslike, laa, dah nak raya?

Di kesempatan ini, I would like to ask for everyone’s forgiveness. Late entry. Empty promises. And so many mistakes I have done. Yes, I did sin a lot. But try not to let the sin overcome your good intention. Prof Muhaya kata, ada 2 benda yang merugikan. Satu, penyesalan masa lampau dan kedua, kerisauan masa depan. Kita dok risau pasal the past and future sampai tahap kita tak nampak present time yang indah dan perlu disyukuri.

Isnin lepas aku bagi speech kat perhimpunan sebagai guru bertugas mingguan. Of course la Bahasa Melayu aku tak la difahami dan berterabur tapi alhamdulillah, sebab aku cakap dari hati, ada la beberapa rakan dan anak murid kata ucapan aku menyentuh hati. Ya Allah yang memegang hati-hati hambaMu, terima kasih! Aku harap dengan menyentuh hati mereka dengan kebaikan, Allah takkan pesongkan jalan aku dari agama yang benar. Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ala dinik. Tulah doa yang kita perlu minta tiap kali solat. Yelah, kita ni bukan baik sangat. Ada kala kita kalah dengan nafsu dan godaan dunia. Sebab tu kena doa dengan Allah.

Kepada readers baru dan lama, terima kasih kerana follow blog Qalamun yang kerdil dan tak glamour ni. Mudahan apa yang bermanfaat, dapatlah dikongsi bersama. Terimalah gambar comel budak berdua ni, dengan ucapan, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN. Marilah kejar ibadah yang dijanjikan ganjaran yang banyak di bulan Ramadhan.

fahmi_irfan

Forgive me for my shortcomings. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.