Edge of tomorrow

Sejak dah ada anak dua lagi susah nak spend masa utk get to know each other. Bayangkan dgn kerja dan tanggungjawab kepada keluarga walhal kita kena “uruskan emosi pasangan” bak kata Ustazah Norhafizah yang lembut tu. Spending our hard-to-be-spent time watching Imax together should be one of our moments yang perlu diingatkan tatkala rumahtangga diuji dengan emotional turmoil.

image

Continue reading

Tips untuk cikgu baru (pelatih)

Selamat hari guru buat semua guru dan guru pelatih. Terima kasih kerana memilih profession yang mencabar ini. Ada pelbagai niat di hati ketika memilih kerjaya mencabar ni. Kerjaya ini bukanlah semudah yang disangka. Dahulu memanglah mudah, tiada kekangan masa dan tenaga untuk menjadi seorang cikgu. Sekarang pelbagai tekanan dan cabaran yang perlu dihadapi demi mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. Kepada guru praktikum atau guru pelatih, selamat mengambil manfaat dan mengamalkan tips yang diberi. Continue reading

Puisi: Guru Sukan

Dapatan daripada penglihatan aku kepada guru-guru yang sedang giat bekerja di padang bersempena dengan hari sukan sekolah pada 24 Mei 2014.

wahai guru sukan
dahimu berkilat
basah badan dek keringat
menolak jentolak minyak di padang
berpanas terik mengadili permainan bola jaring
berpeluh hingga kering mengajar bermain bola sepak
bersorak tempik dari tepi padang hoki

selepas penat bersukan
menanda kertas peperiksaan
dan buku latihan
tidak lupa di pejabat juga ada tugasan
gigihnya seorang guru sukan
kerjanya di padang dan kelas
peluhnya dilap tak berbekas

Wahai guru sukan
Kuat tubuh badan
Mental bagai dekan
Semangat bagai pahlawan
Walau penat di padang berlawan
Seorang guru sukan
Sanggup bekorban
Atas nama “Majulah sukan untuk negara”