Bismillahirrohmanirrohim. Lama dah tak menulis. Lemau sikit rasanya. Sekarang musim periksa. tapi alhamdulillah sempat spend time dgn bebudak bawak derg g spa baby. Dah lama berhajat nak bawa. Alhamdulillah terlaksana. Bawak bebudak swimming bagus. Nabi pun suruh kita ajar anak swimming kan. Banyak manfaat nya. Dulu kteorg duduk depan laut Lumut mmg selalu mandi depan rumah. Kesian anak aku takde rumah depan laut (mahal amat kot rumah kat Danga Bay!)
Spa baby ni berada di Bukit Indah. Ada lagi satu di Taman Sutera. Akan tetapi that one agak open dan mcm tak sesuai pula dgn aku yg low profile ni (sila cakap BLAHHH AH kuat2!) Cuma tak selesa la. Asik ditenung orang gittew. So yg ni agak lengang masa weekday and agak bersih sbb tak ramai orang.
So boleh try utk first timer sebab xtahu lg kan mcm mana penerimaan budak. Antara sebab pilih yg ni instead of public swimming pool ialah:
1-dulu pernah try swimming pool di Taman Tun Aminah. Klorin kuat sangat. Sampai rambut kejung seminggu. Pastu nak treatment lg. Huh. Habis duitku di saloon. Bebudak sedut klorin lg la tak bagus kan. Tambah pula yg nombor 2 ni ada sensitive lungs.
2- terkawal. Ada staf yg boleh tolong kawal dan bermain bersama bebudak. Ada cctv. Dia ada bagi pelampung yg boleh jd walker dalam air. Utk infant dia bagi pelampung utk neck.
3-bersih: air nya tak la bergelen mcm kat pool susah nak ganti. Lepas dah main air akan ditukar. Kalau utk toddler atau kanak2 yg dah besar rasa nak bersih lg boleh masuk toilet. Utk baby sink ada banyak.
4-pakai diaper swimming. Bebudak diberi diapers utk swimming. Kalau terbuang, masih selamat air nya. Kalau kat swimming pool ada pelbagai bahan kumuhan manusia di dasar pool tu. Kalau korang pernah snorkeling dalam pool tgk pakai goggle mmg nampak pelbagai bulu dan lendir manusia (eeee geli!) So sbb tu la aku fikir banyak kali nk masukkan dalam public pool.
5-air suam–yeay! Part ni paling suka sbb air dia mmg best. Aku pun teringin nak masuk sama. Haha. Jacuzzi bebudak ni siap ada colourful tak mcm jacuzzi kat spa dewasa ada warna biasa. Siap ada tempat utk golek bola. Tengah tu agak deep utk train pernafasan. Haish. Mmg best.
Ni utk baby newborn. Pakai neck float mcm dlm blog xiaxue. Ho ye. Singaporean mmg suka benda2 mcm ni.
Keriangan ahli syurga. Staf tolong siramkan air guna penyiram permainan tu. Aih kemain bebudak zaman sekarang.
Siap tanak balik ha. Asyik main je sbb sini byk toys.
So far leh call utk tanya trial price. Cuma bawak towel dua helai. Massage dia buat pun best. Cuma bebudak ni asyik nak main je so tanak baring kat lantai. Staff tu siap cakap “tak apa, tak apa, I kasi dia massage sambil dia duduk pun tak apa” yelah bebudak dah besar mana la nak massage mcm baby tu kan.
So yeah. Sbb tak berapa nak massage sgt bebudak ni derg pun xde la caj. Cuma bayar utk swimming je. Minyak urut nye mcm spa thai punya. Ada juga pakai minyak yu yee.
Si abang takmau pakai baju lps swimming. So dibuatnya perangai mcm kat rumah. Aku ckp dia boleh pakai baju sendiri. Staf ni dia berpandukan pantang cina. Diambilnya baju si abang “haiya kena pakai baju lepas mandi nanti sejuk. Sejuk badan tak bagus” sebab si abang tak mahu di massage kan.
It’s a new experience for us. Boleh pergi lagi lepas ni
boleh saya tau alamat dia? kat mana baby spa ni?
Kat mana ye alamat tmpt ni…p