Berapa ramai orang yang pernah meninggalkan jejak kaki dan bekas dalam hati kita? Untunglah kalau jumpa suami/isteri yg first love terus kahwin. Tapi susah nak jumpa spesis macam tu. This is a real way to move on without any kind of negative effects. Tiada sihir. Tiada penunduk. Dijamin halal.
1. Do not lie to yourself: kau dah bercinta 5 tahun tiba2 nak lupakan si dia dalam masa sebulan. Hello? Be real. Luka bersalin caesar pun ambil masa 2 tahun. Ni kan pulak luka bercinta 5 tahun. Lojik tak? Macam ni la. Accept the way it has happened. Terima kenyataan. Kalau dulu selalu naik LRT dengan si dia, pastu teringat semula kenangan tu, tarik nafas dan baca jampi ni “ye, aku selalu naik LRT dengan dia, aku rindu saat tu. Tapi sekarang aku kena terima keadaan ni sebab jodoh aku dengan dia sekejap aje. Aku akan baiki keadaan sekarang untuk relationship akan datang”. Nah, kau akan set goal untuk maju ke hadapan dan jadikan kenangan lalu sebagai pembakar hidup.
2. Heal within atau pulihkan secara dalaman. Sakit woo kena tinggal dengan girlfriend. Tipulah korang kata mat rempit tak nangis dalam kalau kehilangan orang yang disayang. Paling kurang tendang motor atau henyak keyboard. Gigit tuala atau bantal tu dah biasa. Yes, sakit sangat2. Benda ni takleh nampak secara fizikal. Takleh nak taruk ubat luka. Ada yang konon2 cakap “Biarlah duka dibawa waktu. Hanya waktu yang mengubatnya” itu semua bulls*. Lagi lama korang biarkan luka dalaman tak sembuh, makin nanah kehidupan korang. Rajin2 la baca Wuthering Heights kalau nak tahu lebih lanjut. Contoh, ko frust dgn bekas awek tapi ko gi marah akak cleaner cuci lantai yg korang nak lalu. Contoh lagi, mak bapak korang ajak jumpa keluarga lain utk kenen2 konon tanak bagi ko frust sangat, tapi mak bapak ko kena marah pasal sebok hal ko. (Selalu dlm keadaan ni kwn sebilik yg kena marah)
Jadi sembuhkan luka dalaman dgn banyak membaca Quran, bercakap dengan Allah dan aku suka tengok rancangan Oprah bersama Iyanla Vanzant yg banyak ubah hidup orang yg dah luka 20 tahun. Anak yg pendam kemarahan kpd bapa selama 20 tahun. Try la follow that show kot2 jumpa jawapan. Tp hati mesti tahu apa yg kau mahu. Insylh jmp jawapan.
3. Balas dendam tidak akan memperbaiki keadaan sebaliknya kesan itu akan datang semula kpd diri kita dalam masa 20-30 tahun. Kalau tak kena pd kita, mungkin keturunan kita. Remember, what goes around comes around.
4. “Someone like you” lagu oleh ADELE tu adalah sgt jiwa luka. Ayat nevermind i’ll find someone like you is actually very dangerous. Kalau kau cari org yg ada rupa si dia, berharap ada perangai mcm dia, suatu hari nanti relationship yg dibina atas dasar intention balas dendam (aku tak loser, aku boleh cari org yg lagi baik) akan makan diri sendiri. Betulkan niat. Baca jampi ni “Mungkin hari ini aku terluka agar aku jadi insan yg lebih baik utk bakal jodoh aku lepas ni”
5. Make friend with your past and be friendly to your present. Jangan terlalu kecewa dengan masa lalu dan jadikan ia pembakar semangat untuk tidak melakukan kesalahan yang sama, dan memperbaiki diri untuk masa hadapan. Aku percaya, setiap mereka yang pernah bertapak di hati ni ada tujuan nya. Allah dah tetapkan masa dan siapa, cuma aku yang perlu perbaiki keadaan diri untuk dihisab di mahsyar nanti.
5 cara ni tak semestinya pass untuk semua orang. Ada orang ambil masa setahun. Ada orang ambil masa 5 tahun. Ada orang tak boleh nak get over it sampai anak 5. Tapi yang penting, kalau kita terima diri dia dalam hidup kita, bermakna kita takkan bermusuh dengan diri sendiri.
I’m not perfect in relationship but i have a few past that leave deep wound and whenever i remember him, i donate Al Fatihah to his soul. Bila kita ingat seseorang tu, atau seseorang tu ingat kita, otak kita ni kalah mobile reception tau? Walaupun tiada msg whatsapp atau fb, tapi hati yng diberi ni power untuk tahu perasaan si dia yang jauh sana. Words can lie but never hearts.
Heal the past wound, never make enemy with your loved ones. Saranghae!