Mak kata aku mangendung teruk. Kalau nak mangandung lagi, fikir dulu banyak-banyak kali. Masa first trimester, I didn’t vomit or look as if I were pregnant. It’s just that I’m allergic to strong minyak attar smell. Selalunya orang mengandung tak larat cium bau kantin. Aku tak larat cium kejap je. Seminggu dua dah boleh terima bau kantin. First trimester, everything seems easy. Tapi, banyak appointment dengan gynae. Ni baru yang sulung.
Second trimester, harungi bulan puasa denga gigih. Perut memang sangat lapar. Nak keluar malam, orang tua larang. Tak elok keluar malam2 sensorang gi carik makanan. Lepas midnight baru dapat makan. Orang lain masa awal2 ada nausea, morning sickness, etc. Tapi my condition, fatigue yang berterusan sampai third trimester. Orang tanya ‘Takde loya2 ke?’ Dengan bestnya aku jawab ‘Takde pun setakat ni’. Rupanya Allah nak duga dengan ujian yang lain. Perubahan fizikal memang la sangat depressing. Rasa malu nak jumpa orang. Tangan, kaki, muka bengkak. Hidung kembang. Hilang terus rasa kewanitaan. In a nutshell, shape masa tu bulat sebulat-bulatnya. Belum lagi cerita alah dengan air paip yang dimasak. Di kediaman suami takde water filter yang batu-batan tu. Straight masak air dari paip. Time mengandung tu la nak rasa air tu pelik. Memang takleh masuk tekak langsung. Try minum sket, kua balik. Tak boleh minum kecuali air mineral. Mula-mula Omar kena beli air 5 liter dari 7e yang beharga RM6. Dah nama mengandung, ada pulak UTI, memang kena banyak minum air. 5 liter mana nak cukup seminggu kan. Fair enough, tengok kat JUSCO, air tu RM3.50 untuk 5 liter. Seminggu ada juga hampir 3 botol. Imagine laa orang mengandung berapa minggu.
Masuk bulan ke-7, perut makin kedepan. Driving pun cepat penat. Dah la jauh, kadang2 tersangkut dalam traffic jam di Jalan Skudai tu. God. I feel like legless. Balik je penat. Tak larat nak buat kerja. Tidur je. Mujur ada mak mertua di rumah. Mana kerja rumah yang aku tak larat nak selesaikan, dia yang tolong. Tambah dah 7 bulan. Takleh tidur lena sangat. Takleh menelentang. Kalau asyik mengiring je pun tak sedap juga. Memang tidur tak lena lah,. Kak Elly kata practise bangun malam. Huhu. Memang takde istilah good night sleep. Kena tidur 2/3 episod dalam sehari (macam drama pulak lah guna perkataan episod). 2 hingga 3 jam setiap episod.
Bulan Disember, memang banyak jemputan walimah. Kalau boleh nak pergi semua tempat. Kenduri Tasha, Dayah Zaba, and many more that I missed. Time tu sangat lah dasyat bengkak kaki aku. Bila dah bengkak2 macam tu, tahu jelah berat badan cmana. Unbelievable sungguh. Alhamdulillah anak OK. Kena minum air gula sekali je (takut diabetic masa pregnant). Mujur juga masa tu checkup di Klinik Kesihatan Setiawan. Nurse sini memang laju buat kerja. Mana2 benda yang klinik di Johor tak buat (taktau la nape derang skip banyak checkup), mereka tolong cover. Mujur takde kes serius sebab missed some checkup. Minggu ke 35 dah start rasa contraction. Aku buat derk je. Minggu ke 36, terasa contraction lagi kerap, especially waktu malam. Check di hospital, jalan dah bukak. Derang tak bagi balik Johor, tahan di ward. Doctor risau kalau premature delivery sebab ni anak sulung. JOhor pun jauh katanya. Kalau KL tu dia berani release lagi. Maka tidurla di ward selama seminggu. Orang dah start mesyuarat utk 2011, aku menghadap doktor. Pukul 3 orang lain nyenyak tidur, aku dok ngadu kat misi contraction pain. Memang rasa macam nak kena tarik nyawa. Sesak nafas. Perut ketat. Dah masuk minggu ke 37, BP pulak tinggi. Cubaan ibu mengandung. Mesti ada hikmahnya. Allah tu kan maha adil.
Satu hari, pada waktu yang tidak dijangka, mandi pun belum, aku rasa pening2. Rupanya BP tinggi. Diaorang tak kasi berjalan. Kena pakai kerusi roda. Takut collapse. Pastu sambung di entry lain. Dah panjang dah ni.