6 Musuh utama ibu menyusu

1- kafein. Segala bentuk kafein samada kopi, teh atau minuman tenaga yang mengandungi bahan kafein akan menyebabkan penurunan penghasilan susu badan secara mendadak. Berlaku pada diri sendiri. Minum campuran kopi kacip fatimah dalam masa 3 hari, dari dapat hasil sebanyak 3 botol terus jadi 1 botol. Sangat jahat kafein ni. Air pearl kacip patimah tu pun mengandungi kafein walaupun bukan kopi. Sila rujuk tin utk kandungan.
2- stress: sebaik saja melangkah semula ke alam pekerjaan, banyak kerja terbengkalai yang perlu dilunaskan akibat pengambilan cuti bersalin selama 60 hari. Oleh itu, kadar stress adalah amat tinggi. Tatkala badan baru hendak sembuh selepas bersalin, stress bekerja akan memburukkan lagi keadaan. Susu badan akan mula berkurangan sekiranya stress ini tidak dapat dikawal. Si suami perlu mainkan peranan untuk mendengar luahan isteri dan berikan hormon oxytocin secukupnya agar kuantiti susu badan dapat ditingkatkan semula.
3- penyakit malas nak perah/pam: tak kira la anda beli breast pump yang seratus atau seribu, tapi kalau malas pam, maka kuranglah susu badan kerana susu dihasilkan atas dasar “demand & supply” (susu badan pun pandai ilmu ekonomi)
4- makanan bergas dan sejuk: kalau boleh ibu menyusu perlu pantang makanan bergas dan sejuk selama 6 bulan agar anak tidak kembung dan ibu takkan berasa “demotivated” untuk menyusukan. Pernah sekali saya tersilap makan tempe, masa tu irfan belum cukup 3 bulan, melalak la dia sampai 3 pagi. Mak bising, kalau tak nak jaga makan, bagi anak minum formula.  Wah, aku memang pantang bagi anak minum formula selagi Allah bagi kudrat dan rezeki susu yang banyak. Lepas tu mula la jaga makan. Kalau nak makan pun try dalam kuantiti yang sangat sedikit supaya irfan dapat biasakan diri and tak la teruk sangat kembung nya (colic). Makan lambat pun tak elok sebab angin dari badan ibu akan transfer ke anak.
5- makanan kurang berkhasiat: kalau ibu kurang jaga pemakanan, kuantiti dan kualiti susu juga turut berkurangan. Apa motif beri anak susu badan kalau bukan kerana khasiat yang tinggi serta bekalan antibodi terbaik?  Bagaimana nak dapatkan yang terbaik kalau raw material untuk penghasilan susu kurang kualiti?
6- minda negatif: segala kata-kata negatif seperti “susu kurang, badan penat, tak larat nak menyusukan” dan sebagainya adalah musuh utama ibu yang menyusu. Penghasilan susu bermula dari niat dan pemikiran ibu. Jika ibu berfikiran positif,  insya allah kualiti susu akan tinggi (Prof Muhaya) disertai dengan zikir “subhanallah dan astaghfirullah”, yakinlah kepada pemberi rezeki (ar-razak) agar susu badan mencukupi.

Menguruskan susu perahan

image

Alhamdulillah dah 5 bulan menyusukan anak. Ada banyak cara nak urus ebm- expressed breast milk. In my case I ada beli ice box coleman 8 liter. Dalam tu muat la breast pump, beberapa botol susu utk ebm dan ice pack. Dulu buat ice pack guna mineral bottle yang diisi air dan kemudian difrozen dlm freezer. Idea ni dapat semasa baca blog Azizulhasni Awang masa dia training di Australia. Atlit perlu jimatkan air dan pada masa yang sama atlet perlu berendam dalam ais lepas training. Minggu lepas I pergi ke kedai Daiso jumpa ice pack yg guna blue liquid tu and tahan utk 12 jam. Lagi space savvy. Mak2 boleh pump susu di merata tempat bila2 masa selagi Allah kurniakan susu badan.

image

Coleman ini dibawa merata.

Cuma perlu kuat semangat.  Insya Allah kalau ada rezeki nak juga cuba medela freestyle tu. Nampak macam convenient and travel friendly. Dalam wayang pun boleh pump!