Berbudi kepada tanah

image

Hari ni rajin sikit masak sbb barang dh ada dalam fridge. Nampak serai dan daun limau depan rumah. Terjejas daun pokok sebab cuaca panas sekarang ni. Rasa sayang pula kalau tak guna. Nanti kalau pokok tu dah mati, tak merasa pula hasil tanah sendiri. 

image

Maka apa yang ada dalam fridge dikeluarkan. Dapat la idea nak masak paprik. Resepi dari dapur chef hanieliza. Senang dan sedap.

Selamat menjamu selera.

image

Banyak susu badan

Kenapa bila menyusukan anak ibu-ibu rasa sakit gigi dan gusi? atau sakit bahagian pinggan? Kekurangan calcium. That is the reason why I need calcium pills whenever I breastfeeding. Kalau tak sakit belakang and gigi. Budak sedut sekali calcium dalam badan mak ye. As we know kadar penyerapan calcium akan berhenti pada umur 30. So kalau tak nak osteoporosis, sila la makan cheese banyak2 (akan tetapi nanti kolesterol berkumpul! ) Now back to the topic, bagaimana nak banyakkan susu badan?

Ada beberapa pilihan makanan yang boleh tambah susu badan

  1. Habbatus sauda (Nigella Sativa) or balck cumin: is an expensive but high quality seed that can increase your immune system and also your milk supply. Rasulullah S.A.W sendiri memberi testimoni bahawa habbatus sauda boleh mengubat apa sahaja kecuali mati. Sebab tu, ramai pesakit kanser kebanyakan yang mengamalkan habbatus sauda dengan konsisten insya allah akan mengurangkan simptom kanser tersebut. Untuk menambah susu badan, disarankan minum waktu pagi, sesudu kecil sahaja minyak nya. Atau 2 kapsul gel jenama Barakah. Kalau kawasan anda susah nak dapat stok, bagitahu saya. Insya Allah kita boleh tolong yang mana mampu. I know this herb is hard to find and expensive.
  2. Air akar herbanika: Dari Nona Roguy akan meningkatkan kualiti susu dan kesihatan badan. Badan akan rasa kurang lenguh dan cergas. I learnt this from a confinement blog. That’s why dalam pantang susu badan melambak-lambak.
  3. Brokoli: Dengan memasukkan brokoli dalam diet ibu, air susu boleh ditingkatkan. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya ,kawan dan pembacaan di internet.
  4. Horlicks: I learnt this from my colleagues who breastfeed for a long period. Masa tu di kantin. I tried the same method, minum air horlicks, memang tambah susu badan.
  5. Air putih atau air masak: Ibu-ibu menyusu perlu minum air putih kerana ia akan melancarkan perjalanan darah, menyihatkan organ dalaman dan mengurangkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Air susu terhasil setiap 90 minit. Input akan mempengaruhi output.

Anda boleh cuba semua makanan di atas akan tetapi kalau ibu-ibu makan makanan yang mengurangkan susu badan, memang la sampai bila air susu kurang. Silap haribulan, kering terus! Nauzubillah.

Hari guru 2013

Tahun ni la hari guru yang suram dalam hati kerana Fahmi is infected with chickenpox while irfan had trouble breathing at night. About 11pm I went to Columbia Asia Hospital Nusajaya and set an appointment with irfan’s paed. I was supposed to send two girls of volleyball to state level and with my condition, I cannot do much. my gpk koko was very understanding and send the girls instead. It’s quite tiring because I could not get sleep at night due to fahmi having itch all over his body and irfan had difficulty in breathing. I prefer the money goes to someone who deserves it rather than seeing my sons suffering.

Irfan had nebulizer and suction for about an hour. Then the doctor gave irfan’s first drug which was ventolin. Unpredictable weather and extreme weather made irfan has more phlegm.

I miss the fun of sukaneka and penyampaian hadiah.  Nevertheless.

Cerita cikgu

Hari ni Allah buka mata saya seluas luasnya. Seorang anak murid mengadu yg budak lelaki bernama F ni ketuk kepala dia.

Cikgu: awak buat/cakap apa sampai dia ketuk awak?
Murid perempuan: takde apa cikgu. Tiba2 dia ketuk

Saya bertanya lebih lanjut kepada F sebab musabab dia buat begitu.

Cikgu: kenapa awak buat nadia macam tu? Dia buat apa? Dia ada pukul awak? Mengata awak?
F: takde cikgu.
C: dahtu? Kenapa nak pukul dia tak masal? Awak kena pukul dengan siapa? (Saya pegang lengan)

Tiba2 dia menarik lengannya dengan cepat. Mengaduh kesakitan. Walhal saya baru pegang. Pelik. Saya bawa ke perpustakaan di corner yg ada sofa.
C: awak kena pukul dengan siapa?

Terus air mata mengalir keluar. 

F: ayah saya.
C: dia pukul kat mana? Sini ye? (Sambil memeriksa lengannya yang berbirat kemerahan)
C: dia pukul dengan apa?
F: pancing
C: awak buat apa sampai dia pukul awak mcm ni? Awak nakal ye?
F: taktau cikgu.  Tiba2 dia pukul (air mata laju keluar)
C: bila ni?
F: semalam. 
C: waktu bila? Pagi? Petang? Siang? Malam?
F: waktu maghrib. 

Lepas tu nasihat selanjutnya diberikan agar beliau tidak memukul anak orang lain.

Kesimpulannya,  keganasan yang berlaku dalam domestik akan berlanjutan hingga ke komuniti.  Banyak sebab berlaku keganasan. Namun sewajarnya sebagai seorang guru, jangan sesekali kita turut terjebak dengan berlaku ganas kepada anak murid kita. Janganlah lempang, cubit,  pukul anak murid kita. Percayalah pada hikmah sebagaimana Rasulullah tunjuk dalam akhlaknya. Anak murid yang masih berada di sekolah rendah adalah mudah disentuh berbanding dengan sekolah menengah.  Tolong lah. Berhenti hukum fizikal anak murid. Kita nak lahir kan rakyat Malaysia yang baik. Bukan ganas.

Klinik kerajaan vs klinik swasta

To be honest, for maternity checkup  I went to both.
Klinik kerajaan: kemudahan makmal terkini dan pemeriksaan adalah menyeluruh. Example, hb count, urine test, etc. All was done in a day. I would like to congratulate staff at Klinik kesihatan larkin and kempas for doing efficient work. At the same time I went for specialist check up with gynae dr rajesh at Columbia Asia Nusajaya Hospital. He asked me about my hb count and monitor me till my baby delivery. Nurses at klinik kesihatan are very concerned about our health. VERY concerned to the extent they want to make sure there is not much complication during my pregnancy. A specialist doctor would never do a nurse’s job. He only butts in when there’s special case. so i prefer both clinics. Private and government. Kalau kat hospital private pun kalau ramai patients kena tunggu juga… doa la banyak2 there won’t be much complications during pregnancy. Just my two cents.

6 Musuh utama ibu menyusu

1- kafein. Segala bentuk kafein samada kopi, teh atau minuman tenaga yang mengandungi bahan kafein akan menyebabkan penurunan penghasilan susu badan secara mendadak. Berlaku pada diri sendiri. Minum campuran kopi kacip fatimah dalam masa 3 hari, dari dapat hasil sebanyak 3 botol terus jadi 1 botol. Sangat jahat kafein ni. Air pearl kacip patimah tu pun mengandungi kafein walaupun bukan kopi. Sila rujuk tin utk kandungan.
2- stress: sebaik saja melangkah semula ke alam pekerjaan, banyak kerja terbengkalai yang perlu dilunaskan akibat pengambilan cuti bersalin selama 60 hari. Oleh itu, kadar stress adalah amat tinggi. Tatkala badan baru hendak sembuh selepas bersalin, stress bekerja akan memburukkan lagi keadaan. Susu badan akan mula berkurangan sekiranya stress ini tidak dapat dikawal. Si suami perlu mainkan peranan untuk mendengar luahan isteri dan berikan hormon oxytocin secukupnya agar kuantiti susu badan dapat ditingkatkan semula.
3- penyakit malas nak perah/pam: tak kira la anda beli breast pump yang seratus atau seribu, tapi kalau malas pam, maka kuranglah susu badan kerana susu dihasilkan atas dasar “demand & supply” (susu badan pun pandai ilmu ekonomi)
4- makanan bergas dan sejuk: kalau boleh ibu menyusu perlu pantang makanan bergas dan sejuk selama 6 bulan agar anak tidak kembung dan ibu takkan berasa “demotivated” untuk menyusukan. Pernah sekali saya tersilap makan tempe, masa tu irfan belum cukup 3 bulan, melalak la dia sampai 3 pagi. Mak bising, kalau tak nak jaga makan, bagi anak minum formula.  Wah, aku memang pantang bagi anak minum formula selagi Allah bagi kudrat dan rezeki susu yang banyak. Lepas tu mula la jaga makan. Kalau nak makan pun try dalam kuantiti yang sangat sedikit supaya irfan dapat biasakan diri and tak la teruk sangat kembung nya (colic). Makan lambat pun tak elok sebab angin dari badan ibu akan transfer ke anak.
5- makanan kurang berkhasiat: kalau ibu kurang jaga pemakanan, kuantiti dan kualiti susu juga turut berkurangan. Apa motif beri anak susu badan kalau bukan kerana khasiat yang tinggi serta bekalan antibodi terbaik?  Bagaimana nak dapatkan yang terbaik kalau raw material untuk penghasilan susu kurang kualiti?
6- minda negatif: segala kata-kata negatif seperti “susu kurang, badan penat, tak larat nak menyusukan” dan sebagainya adalah musuh utama ibu yang menyusu. Penghasilan susu bermula dari niat dan pemikiran ibu. Jika ibu berfikiran positif,  insya allah kualiti susu akan tinggi (Prof Muhaya) disertai dengan zikir “subhanallah dan astaghfirullah”, yakinlah kepada pemberi rezeki (ar-razak) agar susu badan mencukupi.

Menguruskan susu perahan

image

Alhamdulillah dah 5 bulan menyusukan anak. Ada banyak cara nak urus ebm- expressed breast milk. In my case I ada beli ice box coleman 8 liter. Dalam tu muat la breast pump, beberapa botol susu utk ebm dan ice pack. Dulu buat ice pack guna mineral bottle yang diisi air dan kemudian difrozen dlm freezer. Idea ni dapat semasa baca blog Azizulhasni Awang masa dia training di Australia. Atlit perlu jimatkan air dan pada masa yang sama atlet perlu berendam dalam ais lepas training. Minggu lepas I pergi ke kedai Daiso jumpa ice pack yg guna blue liquid tu and tahan utk 12 jam. Lagi space savvy. Mak2 boleh pump susu di merata tempat bila2 masa selagi Allah kurniakan susu badan.

image

Coleman ini dibawa merata.

Cuma perlu kuat semangat.  Insya Allah kalau ada rezeki nak juga cuba medela freestyle tu. Nampak macam convenient and travel friendly. Dalam wayang pun boleh pump!