Bersyukurnya beli breast pump Medela Swing sebab memikirkan aku ni sejak dua menjak selalu on the go. Pergi PPD lah. Pantau sekolah lah. Lepas ni kena kursus lagi. So banyak event yang membuatkan I have to think a lot to bring my heavy Coleman ice box yang ada breast pump, ice packs dan botol susu. Avent sebelum ni dah tak berapa nak function sebagus 3 tahun yang lepas.
Kelebihan:
1- sangat sangat mudah dibasuh. Lemak ebm di botol mudah tanggal. Rasanya jenis plastik yg medela pakai adalah lain drpd jenama pasaran. Sbb all these while my husband yg tolong basuhkan the bottles sbb lemak ebm sangat susah nak dibasuh.
2-sikit je parts yg perlu dibasuh. corong, membran valve, dgn botol. 3 tu je berbanding jenama lain.
3-menjimatkan masa. Ada 2 phase utk motor vakum. Laju dan lama. Laju utk stimulate air susu dan apabila dah ada susu keluar, tekan butang expression utk vakum lama. Gerakan ni mimic baby punya bf style.
4-ringan giler. Bab ni yg plg best. Selama hari ni avent tu agak tak spacious dan tak seringan medela swing ni. Part tu yg utama. Sbb all these while I asked my helpful anak murid tlg bwk kan kotak coleman yg beso tu dr kereta.
5-bateri dan plug: katakan la kalau kena kursus dan nak pakai pam tapi tak jumpa power point, tiada hal punya. Medela Swing boleh taruk bateri. 4 biji double A diperlukan utk menjalani sesi pam ebm. Kalau pakai plug, kuasa bateri takkan dipakai sekiranya ada dalam motor unit.
Kekurangan
1-kalau dah nama nya pakai kuasa elektrik, be it battery or plug, bila takde both agak pening la kan. So to overcome it, my husband beli sedozen batteri yg long life jenama Tesco.
2-membran valve perlu diletakkan secara betul. Kalau tak, susu akan masuk tiub dan seterusnya motor. Which will rosakkan the whole thing. Part ni kena berhati hati la. There was one time I bp dlm kereta sambil sembang dengan husband yg tgh driving. Tak sedar dah lebih 5 oz, sekali bunyi zuppp motor terus off. Ok cuak. Tgk2 tiub dh tersedut susu yg dah naik sampai membran valve.
Rasa nak nanges tp lps tu ok blk. So no worries. This pump sangat best. Berbaloi baloi. Tapi kan, apalah guna nya pam mahal tapi malas jaga diet, malas nyusukan anak dan malas pam waktu kerja. Kena rajin la mak nye kan. Kata kunci “saya mak yang solehah dan rajin” kena masukkan dalam otak sedalam-dalamnya. Yang bagi rezeki susu anak ni Allah. Jagalah diet dan rutin menyusu sebaiknya kerana tak semua orang mampu. Semoga Allah kurniakan kita semangat utk melahirkan anak2 yg sihat dan cerdik.
Harga: rm799 free infra red thermometer and cooler ice bag.