Resepi Sup Kimchi

Kimchi  adalah jeruk sayur menggunakan pelbagai jenis sayur. Paling biasa digunakan ialah kobis napa atau kobis panjang. Ia dilayur dengan garam, serbuk cili korea, buah pear, halia, dsb. Setiap kawasan mempunyai resepi kimchi yang berbeza.

Untuk yang merasanya kali pertama memang agak aneh, tapi sekali cuba pasti hendak lagi. Rasanya masam masin dan pedas  membuka selera dan memberi keseronokan pada palet lidah. Air kimchi dimasukkan ke dalam sup daging supaya menjadi lebih sedap. Boleh juga dicampurkan dengan nasi putih panas dan nasi goreng.

Berikut adalah resepi sup kimchi yang menjadi appetiser dan side dish.

Bahan-bahan:
1 sb minyak bijan
1/2 bawang kuning
2 sb kimchi (kalau besar, potong sedikit supaya senang dimakan)
Ssgenggam kucai
300gm cendawan enoki
1sb kicap lemak manis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang dengan minyak bijan sehingga sedikit layu. Masukkan air panas dan kimchi.
2. Masukkan cendawan, kucai, kicap, garam dan gula secukup rasa sehingga sup mendidih.

image

Resepi ini boleh dipelbagaikan menggunakan sayuran lain. Boleh letak bawang goreng, cili padi, bijan dan fish cake. Boleh juga rebus ramen atau instant noodle, kemudian masukkan dalam sup ini. Boleh juga masukkan nasi ke dalam sup ini seperti orang Korea. Resepi ini adalah 100% vegetarian.

Kimchi berkhasiat untuk perut dan kulit. Dikatakan semasa wabak SARS menyerang dunia, Korea terselamat dari wabak itu kerana amalan pemakanan kimchi dan sayuran yang banyak dalam diet mereka.

SILA BERIKAN KREDIT KEPADA BLOG INI SEKIRANYA ARTIKEL INI DIPETIK. TERIMA KASIH.

Rumpai laut @ seaweed

The seaweed was dried. You have to soak it until it will become semi transparent and crunchy. It will take some time to get the best result. Sometimes, some things are worth waiting for 😉

  1. Pound together onions, chilli padi/ thai pepper, a bit of salt.
  2. Slice thinly the red onion.
  3. Put in the pounded ingredient into a bowl of seaweed, and followed by the onion (you can also put thin slices of mangoes)
  4. Give a good squeeze of a kaffir lime.
  5. Mix it well.
  6. A bit of fish sauce.
  7. Voilà!

PS: For kerabu effect, you can also put in a pinch of roasted peanuts.

I learned how to make this from a seller at Tamu in Sabah. According to my brother, seaweed is popularized by Philippine’s immigrants.