Lokasi strategik. Dekat dengan Angsana. New Uda Biz Centre di Bandar Baru Uda.
Menu sangat kids friendly. Bite size dan tak pedas. Kalau korang nak bawak orang tua makan kat sini memang silap la. Menu utk org dewasa agak kurang menarik. Kerana target restoran ni adalah untuk kanak-kanak.
Buku menu dipenuhi dengan karekter Upin & Ipin. Kopi Tok Dalang ada. Ayam Mail cinonet set pun ada. That day I ordered durian roll with ice cream. I really love it! Creamy and less sweet.
Kat tengah tu ada drink bar. Kemain ek. Bancuh milo pun dipanggil barista kat sini. Kelasss korang.
Pelbagai barangan original yang ada cop Upin & Ipin ada di sini. Kalau nqk beli backdated issues of komik Upin & Ipin pun ada.
Area untuk buat majlis hari jadi pun ada. Semua meja dan kerusi macam kat tadika.
Yang penting my son was over the moon and gelak terbahak-bahak kegirangan bila masuk sini. Dudukkan dia depan tv area dan makan. Namun selepas setengah jam kemudian, dia sujud depan poster Pada zaman Dahulu. Aduhhhhh anakku.
Harga makanan boleh tahan la. A bit overpriced kata bapaknya. Kitaorang order durian roll with ice cream and chocolate syrup (4 rolls) set snek kanak-kanak: nugget dan smiley potatoes, milo tarik, milo o, ubi goreng + sambal. Semua sekali rm28.00 Boleh makan mekdi ye pak. Takpelah. Mekdi dah kaya. Tiba masa tolong orang Malaysia pula.
Kepada sesiapa yang anaknya suka tengok rancangan Upin & Ipin, anak anda pasti teruja bila dibawa ke sini. It’s a little world of Kampung Durian Runtuh.
Psssst. Lepas ni nak buka Tadika Mesra pula. Mudahan berjaya dan anak2 didik tadika ni menjadi anak2 yang baik hati dan rajin tolong orang tua nya macam Upin & Ipin.