Puisi: Jodoh

Jodoh itu dari tuhan
Bukan mainan perasaan
Ada yang bercinta berbulan-bulan
Ada yang tahan berzaman-zaman
Ada yang mudahnya menukar pakaian
Ada yang sukar untuk melupakan
Ada yang berbeza kepala dan angan
Ada yang mahu berjodoh tapi tak cukup duit di tangan
Ada yang mahu terjun bangunan
Ada yang menangis berbantal lengan
Ada yang tak cukup makan
Ada yang sengih setaman
Ada yang gila bayangan
Ada yang gelap masa depan 
Ada yang memalukan keturunan
Ada yang perut terkedepan
Ada yang menunggu jatuhnya bulan
Ada yang putus harapan
Ada yang berkecai impian
Ada yang bahagia hingga saat kematian
Itulah jodoh mainan kehidupan
Doalah kalian agar jodoh berkekalan.

image

Johor Bahru
5 Oktober 2014

buat Abdullah Fahmi

membawamu dalam rahimku,

merupakan rahmat buatku,

tatkala malaikat mengelilingi seorang ibu,

tatkala doa dapat dipanjatkan tanpa hijab,

segala yang baik kuharapkan untukmu,

agar kau selamat dan sihat.

saatku bersabung nyawa melahirkan,

kuserah segalanya pada ilahi,

yang menghidup dan mematikan,

tiada kalimat seagung Allahu Akbar

tiada peneman sebaik zikrullah

kelahiranmu anugerah terbesar Allah.

Doaku buatmu,

jadilah anak soleh,

penjunjung kalamullah,

mujahid fi sabilillah,

penghuni jannah,

insya Allah.

Seri Manjung,Perak

22 Januari 2011

(hari ke 20)

To my east sunset

I still keep our memories
The grassy breeze of Kensington Park
The walloping wind of Plymouth sea
The sweaty sun of Kuala Lumpur

You are my pink pillow
You are my grey muffler
You are my sakura diary
You are one and only

You inspire me to be beautiful
You teach me to be skillful
in love and receiving pain
A great sensei you are
just like the love we hold so far

To my east sunset
I shall never be upset
For the memory we had was great
our story will never fade.

Johor Bahru,
31st August 2010

Salah itulah guruku

Annas.

Pelupa, tergesa-gesa.

Kadangkala pemarah, bergaduh sesama saudara.

Annas.

Siapa muallimnya?

Para nabi dan kitab-kitab mereka.

Kenapa kita diberi al-kitab?

Kerana kita semua buat silap.

Kita belajar dari kesalahan.

Kita bangkit dari kekalahan.

Kita yang sering melakukan kesilapan.

ada orang berjuang

ada orang berjuang di jalan yang terang

meniti duri dilambung arus perang

membawa hati bepergian si petualang

menaiki oleh kerdil di dalam gelombang.

ada orang berjuang di jalan yang terang

ucapnya nista pada sang pengkhianat

teguh nadinya bisa pada janji keringat

biar lerai badan lerailah pingat

kerana di akhirat itu bukan rahmat

ada orang berjuang di jalan nan kalang

hatinya riang nafsunya tidak kekang

jiwanya meronta meminta dunia

berjuang keringat demi pingat

berjuang masa demi manusia

berjuang dosa demi dunia fana

ada orang berjuang di jalan nan kalang

dikejarnya harta tanpa budi bicara

diajaknya kita mengikut sama

kerna seronok mendapatkan peluang

dia mahu kita berperang

di jalan nan kalang

menjadi apit lempang cencang galang.

ada orang berjuang di jalan yang terang

ada orang berjuang di jalan nan kalang

ada orang tiada berjuang

ada orang hilang peluang

Wife’s wish

Star light, star bright

How I wish you here tonight

I wish I may, I wish I might

Have the wish I wish tonight

Star bright, starry night

How I wish he’s here tonight

Hugging me tight

Treating me right

His gaze makes me feels allright

Starry star

He is far

How I wish

He’s my dish

Kerana kau mahu menjadi aku

Bila aku tertawa

Kau suka

Kau juga mahu tertawa

Kerana aku tertawa dari hati

Aku ketawa dengan senang sekali

Bila aku berjalan

Kau juga mahu jadi bayang-bayang

Mengetahui jejak langkahku

Meniru gerak gayaku

Mengikut garis hitam

Kau mahu menjadi aku

Namun satu yang kau tidak tahu

Hatiku bukan milikmu

Kerana itu kau tak dapat mengaku

Kau adalah aku