Bila aku tertawa
Kau suka
Kau juga mahu tertawa
Kerana aku tertawa dari hati
Aku ketawa dengan senang sekali
Bila aku berjalan
Kau juga mahu jadi bayang-bayang
Mengetahui jejak langkahku
Meniru gerak gayaku
Mengikut garis hitam
Kau mahu menjadi aku
Namun satu yang kau tidak tahu
Hatiku bukan milikmu
Kerana itu kau tak dapat mengaku
Kau adalah aku