Kursus dan lesson seumur hidup

Ini semua kerana penangan akh hazwan. Bila bicara soal masyarakat dan tanggungjawab sosial dan akhirat aku akan mudah menitis air mata melihat betapa muflis nya masyarakat kita.

Bangsa aku masih lagi sedap diulit mimpi dan tak mahu bangun dari tidur yang panjang. 

Kadang acapkali fikiran ini meneliti dan muhasabah setiap perkara yang keluar dan masuk dalam hidup.

Ya. Hidup ini terlalu singkat. Sangat singkat. Duit yang kebanyakan kita kejar sebenarnya tak perlu dikejar. Kematian yang pasti iti sewajarnya diberi perhatian kerana aku belajar ada 2 sahaja perkara dalam dunia ni. Kekal dan sementara. Kunjungan ke shopping mall atau panggung wayang, nikmatnya boleh diingat akan tetapi sedap nya hanya sebentar. Tak boleh dilajak ke tahun depan. Nikmat memberi ilmu kpd anak muda yg mungkin boleh memanfaatkan dirinya dan masyarakat, keseronokan itu bertahan utk jangka panjang. Nikmat hati yg bersyukur, segala “emas” dan “batu” yg dicampak ke dalam hidup akan memberikan bahagia.

20 minutes life conversation dgn Hazwan sgt berat utk di hadam.

Terima kasih Allah kerana menemukan aku sahabat untuk akhirat.

Recent news: Cosplay and murder

The news when a famous cosplay person in Petaling Jaya, Malaysia murdered Ng Yuk Tim, 15, reminded me of an episode in CSI and my reading of criminology. I immediately remembered an episode from CSI New York when an assassin disguised in a cosplay. Here is my opinion/theory on the case, not an investigaton.

  1. Cosplay enable he lives in a different world. There is an episode of  ‘My Strange Addiction‘ a girl who is extremely talented and creative but a bit social awkward, lives in her costume on daily basis. She feels comfortable under different skin and her costume is pink and smiles all the way. She even wears it in her house. She feels that she is well accepted in her costume than the real life.
  2. Identity conflict/crisis: As a teenager who is searching for his identity, there is a possibility that his brain had allowed his fantasy comes out to his reality world. Maybe his fantasy wants to fight a bully but he only realized when the victim was murdered.
  3. He is a good person but his hatred and revenge dwell up inside. There is a point when he could not handle the negative pressure anymore and becomes a volcanic eruption. Our society is very demanding  and competitive when it comes to life

Possible solutions:

  1. Create a healthy self image during childhood. Create a loving and secure environment. If parents neglect their children, a teacher who is linked to the child should be aware of a child’s worrying behaviour and take immediate action.
  2. A department of psychology in every possible government agency. Our society is in great danger of producing criminals. This is one of the problems in developed countries currently but Malaysia isn’t yet a developed country. So, I cannot see more murder (of identity crisis) happens without any actions.
  3. We need an effective counseling service, not just marital problem. I believe a broken marriage or abnormal family institution will lead to broken individuals. School counselor does not only tackle discipline problems but encourage pupils to have healthy self image.

WARNING: I am an official psychologist or counselor but I have great interest in criminology. Perhaps one day, I can continue study in that area.

Restoran Abdul Rahman

Lokasi: Kg. Pasir Putih,  Pasir Gudang. 

image

Tepi laut yang sangat thrilling bagi bebudak

image

Waktu operasi 10.30-3.30

image

Ramai betul pelanggan dia

image

Parking penuh gila

image

Ni je yg sempat amek sbb Fahmi nk terjun laut.

Menu: siakap goreng. Udang goreng (x rasa sbb tgh resdung teruk). Tempe goreng, kobis chapchai.
Rate: 6/10

Rutin dalam pantang

1- Bangun awal. Minum air akar herbanika dengan madu. Ambil phytonatal, habbatus sauda. Breakfast roti atau biskut dulu. Ambil vitamin yg hospital bagi.
2- Sediakan air panas utk mandi. Berkemban dan lulur badan dengan serbuk Herbanika Lulur. Badan akan terasa panas. Especially tapak kaki. Penting lulur di tapak kaki supaya angin keluar.
3-mandi dengan air suam. Satu bekas disediakan untuk rendam uncang cuci herbanika. Boleh pakai sehingga uncang habis warna. Mandi jangan lama. 5 minit sahaja. Shampoo rambut dengan dry shampoo je.
4- Sapu minyak urut herbanika di perut dan belakang atau mana-mana bahagian yang rasa sengal. Sapu di tapak kaki. Pakai stokin sejurusnya. Kalau bengkak susu (mastitis) boleh juga disapukan di payudara.
5-Sapu herbanika krim di perut. Pakai bengkung dengan rapi dari bawah dada ke bawah pinggul.

PS: Ambil masa untuk berpantang. Ada kelebihan kerajaan/majikan berikan cuti bersalin. Manfaatkan sepenuhnya untuk kesihatan masa depan.

Bersalin tanpa dadah dan komplikasi

I choose natural child birth sebab before this aini kena induce and sangat la sakit walaupun dia bagi painkillers. How did I do it?

1-a lot of prayers. Banyakkan berdoa dan minta ampun dr suami, ibu bapa dan mertua. Org yg paling dekat dengan kita adalah org yg paling mudah buat pahala dan juga di sakitkan hati nya. Beranak ni mcm in between life and death. Nyawa dan roh. Mengeluarkan jasad dari alam rahim ke dunia adalah bergantung kepada amalan dan bukan kepakaran doktor atau kehandalan rahim seorang ibu.
2- minyak kelapa dara. Masa aini first beranak mmg xtahu mcm mana nak guna benda ni. Ustazah Norliza ajar sebab dia dah beranak 5 kali tanpa jahit dan dengan mudahnya. Caranya: tanak minyak dalam periuk (atau beli terus minyak kelapa dara) sambil selawat dan baca surah at toriq ayat 7 yang bermaksud: dikeluarkan dari tulang rusuk dan tulang sulbi (pelvic). Trimester pertama sapu di perut agar tiada stretch mark. Trimester kedua sapu di perut dan minum sebelum solat subuh. trimester ketiga sapu, minum dan sapu di faraj. Insya Allah anak takde sawan kepala dan mudah keluar bagai ada pelincir. Semua nya atas izin Allah ye.
3- Lamaze breathing technique: ramai perempuan tak tahan sakit bila doktor atau nurse check jalan. Alhamdulillah di Columbia Asia Hospital mereka sangat bekerjasama dengan patient dan motivating. Nurse tu baca selawat nabi Yunus dalam perut ikan nun dan bismillah sewaktu nak buat vaginal check. Sebelum dia buat procedure tu dia akan bagitahu ” saya nak check ni” dan mak perlu sedut nafas dalam2 dan hembus ikut mulut. Boleh tengok youtube untuk maklumat lebih lanjut.
4- childbirth is a natural procedure: do your homework. Baca  blog baby centre dan dapatkan nasihat dari org yg dah ada pengalaman yg condition dia lebih kurang mcm kita. Study mcm mana nak tahu sakit contraction. Pakai jam dan study senggang masa setiap rasa contraction. Ia adalah rasa macam badan ditarik tarik. Masa tu bacalah semua ayat yg baik diamalkan oleh ibu mengandung.
5-sebelum ke hospital ustazah tu pesan, buat solat hajat. Doalah dari Allah yg Maha Kuat. Buka penutup minyak kelapa, bacakan ayat tariq:7 dan hembus. Sapu di perut, lincirkan vagina dan minum. Asal sakit contraction je baca ayat tu.

Tak semua org ditakdirkan senang beranak. Betul cakap org tua. Bergantung pd amalan. Ini kerana sakit bersalin adalah kafarah kpd dosa pd zaman lampau. Siapa yg takde dosa kalau dh nama nya perempuan. Terutama nya dengan suami.

Bersalin kali ke dua ni Allah izin mudah mungkin sebab kurang durhaka pd suami dan ibu bapa. Dulu memcm masalah. Darah tinggi la. Gula la. Obese jgn dikira. Dan mungkin salah satu asbab supaya ilmu yg ustazah sampaikan tu menjadi testimonial kepada yg lain. It is possible actually. It is your mental and emotional state yang determine cara bersalin. (Tambahan: untuk yang) Nombor 3 ni mudahan takde complication la sebab dah masuk umur 30.
image

The pain was worth it

Kurangkan berat badan dalam waktu pantang

When I was married to my husband I was 65kg. I gained weight masa nak kahwin. Haih. Baju yg dh try 3 bln sblm tu dh x berapa muat. Tapi lepas bersalin alhamdulillah dapat cecah angka 52 dan pakai size 8. Memang tak percaya langsung. Even masa anak dara pun tak dapat angka ni. Rahsia kini bukan rahsia. Moga dapat tolong ramai orang jadi sihat dan cergas. You have to know your body well and be disciplined. I’m not a gym junkie so here it goes!

image

1-makan makanan tidak bergoreng langsung. Tiada minyak langsung.  Jenuh bergaduh dengan husband pasal I want it to be kukus-grill-panggang the whole 44 days. Lepas ni mungkin kena invest dengan cooker Phillips. Sebenarnya makan tanpa minyak macam style cina sangat bagus utk elak meroyan. Perut pun lembut je masa gi cek kat klinik. Masa pantang anak pertama mak memang sangat jaga makan sbb nasi panas memang main peranan.
2-amalkan set bersalin nona roguy faithfully. Masa aini pregnant anak ke 2, memang ada water retention. So aini study blog kakbidan and banyak belajar cara berpantang yang betul dari situ. Cara makan. Aturan berpantang, berbengkung dsb. Nona roguy phytonatal memang best sebab digestion lawas. Air akar banyakkan susu and anak pun menyusu kerap.
3-breastfeeding dengan kerap. Inilah sebab utama aini boleh lose weight secara drama. Setiap kali menyusukan anak, memang letih bebeno rasenye sebab 500kCal terbakar. Memang perlukan bantuan suami atau parents.
Kak Bidan Ice pesan kalau berpantang secara natural memang agak lambat turun tapi kesan nya berpanjangan. Ambil masa 40 hari utk pulih. 60 hari berbengkung atau girdle. 100 Hari pantang bersama. Rasa mcm lama. Tapi kalau kena bentan atau bisa urat badan, bukan 100 hari je tp bertahun menderita. Fikir kan lah nak yang mana.

Lepas berpantang buat la kenduri kesyukuran. Tanda syukur Allah bagi kesihatan dan rezeki anak baru. Nasihat orang lama banyak betul nya. dah buat dan percaya.

Ramai wanita di barat menderita akibat prolapse (keluar tombong–sila baca blog kak bidan utk gambar yg lebih ngeri) kerana mereka tak berpantang secara tertib macam wanita asia. Rheumatoid arthritis juga akan dihidapi sewaktu hari tua. Nauzubillah. Niat post ni adalah utk share ilmu dan pengalaman. Kerana apa yg Allah bagi, kita tak boleh kedekut. Kejap je hidup kat dunia ni kan. Masa berlalu begitu pantas. Tup tup dah nak birthday Irfan minggu depan.

Yang baik dtg dr Allah. Yg buruk dr kelemahan sy sendiri. Ingat berpantang kerana Allah

Pengalaman membeli Medela Swing

image

Ya Allah best nya nikmat menyusu anak kecik. Banyak pahala dan bonding dengan anak tanpa much effort. Actually I wanted to give up bf sebelum Ramadan

Before this pakai Avent manual beli kat Sitiawan. It was my husband’s choice. Tapi bayar pakai my credit card. Time tu rezeki anak pertama dapat tunggakan gaji. Alhamdulillah la dapat pakai selama 3 tahun. Lama juga tu. Maka pump Avent itu makin lama kurang power lah. Biasa lah kan. Mana ada barang yang last for eternity.

Then I look for a new one. Mulanya cari di Anakku. Ada jual Avent and Nubi. Baca review kat internet. Tak sebanyak Medela. Then cari kat Baby Phoebe. Sebab sebelum ni pernah masuk kedai tu and dia pernah promote yang dia ada ajar cara nak pakai bf pump. So I was very impressed with the small shop sebab jual barang berkualiti dan siap bagi knowledge on products.  Bukan sekadar jual barang yang popular among customers.  Kalau tengok kedai ni memang rasanya mak2 takmau balik. Hehe. Bahaya kan?

Ok so I checked their website. Kebetulan Medela bf pump on sale masa merdeka. Apa lagi. Macam2 soalan ditanya kepada staff kedai. Walaupun dia nampak baru dan kurang fasih berbahasa Melayu tapi dia bagi yang terbaik. Memula ingatkan nak ambil Medela yg biasa and ada double pump. Tak tahu pun beza antara berjenis pump Medela. Pastu dia bagitahu Medela Swing tgh on promotion sebab tinggal 2 ketul je lagi. Dia bagi digital temperature yang pakai infra red yang tembak kat dahi tu dengan cooler bag dan ice packs. Fwah! Tempting nya. Pastu dia tunjuk beza antara those pumps. Dah faham, bayar.

Next entry I will give review on this pump. Berbaloi baloi!

image

     Goodbye old faithful Avent pump
Thank you for giving me good time and not causing any pain. I do appreciate your service.

Solid food bubur nasi 6 bulan ke atas

image

Nilah makanan yang paling berkhasiat, dan senang disediakan untuk anak kecil bawah usia setahun. Bubur nasi dicampur bersama kentang dan lobak merah. Carrot. Like myself I used my Vision pot untuk reneh sampai beras tu agak lembik dan kembang. Ikan bilis yang dibuang tulang pun diletakkan untuk beri perasa pada bubur. Dah siap blend ajelah. Senang beno nak bagi anak makan. Dulu masa fahmi takde pengalaman so dia banyak makan cerelac. Kalau bagi bubur nasi ni khasiatnya anak kenyang. Ada karbohidrat. Carotene dari carrot. Potassium dan kanji dari kentang. Ada kalsium dan protein dari ikan bilis. And sebab utama ialah, inilah makanan yang takkan menimbulkan allergy pada anak kecil. Insya Allah. I did reading and even orang putih suggest rice for less allergy reaction.

Kelebihan bubur nasi ni perut anak tak meragam dan mulut nya tak bising. Macam Irfan kalau lapar je meraung kuat. Adoyai. Dah kenyang happy je gelak2 main2. Tulah dunia kanak2. Simple but very important.

Mangkuk tingkat

image

Kami berempat menikmati makanan yang dibekalkan oleh mak dalam mangkuk tingkat. Ni la antara nikmat travel jauh. Kalau travel sejam dua mana la nak merasa ni semua.

Alhamdulillah mak dah sihat. Seminggu di wad masa dalam bulan puasa. Mujur sekarang dah Larat buat kerja dapur dan rumah. Aku dah bekalkan cecair L.O.C multi purpose liquid cleaner. Mak gesek2 dengan penyapu. Taruk air pun sikit. Dia takmau basuh beriya sebab air dari rumah kami masuk semula ke rumah jiran dan menyebabkan becak! Alhamdulillah sangat kenal produk ni. Mak pun tak payah pakai clorox bleach lagi. Dah selamat dari segi kesihatan di situ sebab mak kena pergi emergency utk sedut oksigen sebab tuang clorox dalam bilik air and she closed the bathroom door. Lagi satu best nya L.O.C ni ia takkan jejaskan kelembutan tangan wanita. Cewah. Nak test meh la salam.

image

Makan dalam mangkuk tingkat ni perasaan dia klasik. Seolah dibungkus dengan kasih sayang. Tak macam makan dalam polisterin. Kami makan nasi jagung, pulut jagung, daging masak hitam dan ayam kurma. Masya Allah. Nape laa aku tak pandai masak macam mak. Mak dulu kena training memasak dengan moyang and she enrolled herself in cooking class. I adore her domestic skills. Tip top macam Nigella Lawson. Cuma part baking tu je dia lack of.

Semoga dapat ziarah mak lagi. Dah nak umur pencen ni, Allah bagi ujian kesihatan. Kita yang muda kena la banyak bersyukur dan manfaat kan umur dan kesihatan yang Allah beri. Last before habis entry kita nyanyi nasyid english Zain Bikha. Say Alhamdulillah. Thank you Allah. Thank you Allah for my mother.

image

Product review: lycopen mask

Kebetulan time jerebu ni muka rasa kering dan berdebu amat.maka on the way cari ors utk fahmi, jumpa la natang alah ni. Kenapa la pilih jenama ni? Sbb tgk harga dia sama dgn garnier.kita suka cuba product yg org harang pakai. Harga sama je actually.

image

Using the product


Muka tengah pakai mask memang la horror.
image
The result, the mask sheet macam ala baby wipe si adik je. Haha. Bagus la jenama ni tak kedekut gel collagen. Lepas pakai muka rasa sejuk. Tegang sikit dari sebelum pakai. Lembap. Tapi in my opinion seaweed atau rumpai laut mentah lagi berkesan. Inside out dia repair. Kalau kena sunburn best la kot pakai ni. Oklah dgn harganya rm5.90.