Kursus dan lesson seumur hidup

Ini semua kerana penangan akh hazwan. Bila bicara soal masyarakat dan tanggungjawab sosial dan akhirat aku akan mudah menitis air mata melihat betapa muflis nya masyarakat kita.

Bangsa aku masih lagi sedap diulit mimpi dan tak mahu bangun dari tidur yang panjang. 

Kadang acapkali fikiran ini meneliti dan muhasabah setiap perkara yang keluar dan masuk dalam hidup.

Ya. Hidup ini terlalu singkat. Sangat singkat. Duit yang kebanyakan kita kejar sebenarnya tak perlu dikejar. Kematian yang pasti iti sewajarnya diberi perhatian kerana aku belajar ada 2 sahaja perkara dalam dunia ni. Kekal dan sementara. Kunjungan ke shopping mall atau panggung wayang, nikmatnya boleh diingat akan tetapi sedap nya hanya sebentar. Tak boleh dilajak ke tahun depan. Nikmat memberi ilmu kpd anak muda yg mungkin boleh memanfaatkan dirinya dan masyarakat, keseronokan itu bertahan utk jangka panjang. Nikmat hati yg bersyukur, segala “emas” dan “batu” yg dicampak ke dalam hidup akan memberikan bahagia.

20 minutes life conversation dgn Hazwan sgt berat utk di hadam.

Terima kasih Allah kerana menemukan aku sahabat untuk akhirat.

One thought on “Kursus dan lesson seumur hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *