Ni ada promosi tapi bukan saya yg jual ye. Saja nak letak dalam blog. Maklum la keywords yang paling banyak masuk ke dalam blog ni adalah fesyen dan hijabista. Satu helai rm70. Beli 3 free satu shawl. Berminat dgn cotton vietnam yg murah ni sila reply laju laju.
Category Archives: Uncategorized
Tertinggal anak dalam kereta
Kalau dah jadi independent parent mcm aku yg ada baby dan toddler, nak beli barang dalam 5 minit, tinggal kejap anak dalam kereta dengan tingkap buka sikit. Tapi jangan turn on engine. Lepas tu lock.
Bacalah bismillahi tawakkaltu alallah. Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shai’un fil ardhi wa la fis sama’i wa huwas sami’ul alim.
Doa mintak jauhkan bala. Bergantunglah pada Allah. Hari tu last aku bawak bebudak ni ke kedai. Alahai. Bakery SDS tepi rumah je. Dah la manusia ramai tgh makan kat kafe. Dah tak masal aku glam kejap. Si Fahmi sentap takmau balik. Masa amek dia tu tgh tidur. Sleep deprived jugak la. Konfem la meragam. Aku tgh gendong Irfan. Dengan beg plastik beso. Boleh pulak dia tak nak balik aduhaiii!! Staff kafe tu kesian jugak tgk aku unable to carry fahmi dengan excess baggage. Allahu akbar. Nak kejar solat masa tu. Hadoi la anakku. Dah xde idea cemana nak ajak dia balik. Aku tinggal jap. Letak irfan dalam kereta. Sorang staff tolong hantarkan fahmi yang tgh merajuk. (Rasanya dia nak makan kat kafe tu. Mak tak mampu nak! ) taubat sebulan tak jejak kafe tu. Malu punya pasal. Seb baik tak mengidam.
So you see. Kekadang I have no choice. I do all the shopping atau any work before picking them up at taska. Sian budak jadi mangsa. Mak budak yang tinggal anak dalam kereta bukan minta anak dia mati. Atau bunuh anak. Memang ada forgotten child syndrome. Minta dijauhkan la. Harapnya mak Nawal Iris tabah menghadapi ujian ni. Anak hanyalah pinjaman yang perlu dipulangkan semula bila tiba masanya. Wassalam.
Cuti Raya bagi sekolah 2013
700TH POST ON 7.7.2013
Dah 5 tahun berblog. Kenangan suka duka dan ilmu pengetahuan dikaut. 3 tahun lepas kadar menaip entry blog menurun dengan mendadak. Komitmen terhadap anak sangatlah besar. Tak caya tanya Singapore’s famous blogger, http://xiaxue.com (Wendy Chang)
Continue reading
Butik kegemaran di Danga City Mall Johor Bahru
Finally jumpa butik yg ada semua benda yg aku suka. Semua. Tudung. Baju. Skirt. Dress. Baju kurung. Semua trend latest. Harga memang berpatutan. Dapat diskaun 10% lagi.
Continue reading
Goreng pisang sedap Taman Daya
Kisah bermula waktu ikut husband gi d’harmoni. Maka lalu di area gerai goreng pisang tersebut. Kelihatan ramai orang beratur. Kebarangkalian sedap adalah tinggi. Maka beratur lah suami hamba untuk isterinya yang sedang berbadan dua.
Continue reading
Haze in Johor Bahru
Most schools with 300psi were closed. The haze is annual. It’s unresolved and we have to bear it for the years to come!
Continue reading
Tuna sandwich with rocket
Bengkung tradisional vs bengkung zigzag moden
Ramai cikgu tanjung puteri mengandung. Tiap2 tahun ada la 4-5 org pregnant. Tahun 2012 la paling ramai sekali. Sampai doktor di klinik kesihatan Larkin tu tegur “tak apa ke ramai-ramai cikgu mengandung satu sekolah?” (Pasal cikgu2 ni check up dgn dia) I told her “hehe. Nak buat mcm mana. Rezeki. Guru besar la pening kena cari guru ganti”
Jadi bila mak-mak ni berkumpul bersembang lepas habis kelas, maka mula la keluar soalan cepu mas bab berpantang. Ramai la yang tanya, bengkung mana yang bagus. Ada lah cikgu2 ni buat research di Internet tapi x banyak membantu. Semua pakat nak jual produk masing-masing. So I am called to blog about this memandangkan I have used several types of bengkung. Hihi.
Berbudi kepada tanah
Hari ni rajin sikit masak sbb barang dh ada dalam fridge. Nampak serai dan daun limau depan rumah. Terjejas daun pokok sebab cuaca panas sekarang ni. Rasa sayang pula kalau tak guna. Nanti kalau pokok tu dah mati, tak merasa pula hasil tanah sendiri.
Maka apa yang ada dalam fridge dikeluarkan. Dapat la idea nak masak paprik. Resepi dari dapur chef hanieliza. Senang dan sedap.
Selamat menjamu selera.