Asalnya tak tergerak pun hati nak buat reunion macam ni. Tapi bila ramai kengkawan yang saya jumpa asyik sembang bila nak buat reunion termasuk la member yang selalu chating kat ‘ym’ maka semangat pun berkobar-kobar la. Toncet & zura la orang paling semangat skali ajak saya buat benda ni….
23hb Dis 2006 tengah hari tu sepatutnya semua berkumpul di SMKASAS tapi pengawal tak bagi masuk. Alasan takut kecurian….tak patut langsung. Bekas pelajar ditegah masuk macam bekas banduan. Terpaksa la tukar tempat berkumpul di masjid kat Bota. Pukul 3 bergerak la ramai-ramai ke Amir Chalet, Segari. Masa konvoi pun ada yang sesat…si munirah naik motor dah bagi signal tapi tak belok…suka-suka dia jer jalan terus. Sampai kat chalet semua check in lepas tu aktiviti bebas. Malam buat bbq, sembang. Sambil-sambil tu main ‘Around The World’…..game yang buat saya tertekan dan kemudiannya menekan orang lain pulak…haha…
24hb Dis 2006 pagi lepas sarapan kumpul ramai-ramai untuk sesi bergambar. Selesai check out konvoi pulak ke Teluk Batik….asalnya rancangan budak laki jer. Tapi baik ajak semua. Sampai jer budak laki tukar baju & mandi. Yang tak mandi lepak la sembang-sembang. Sempat la jugak main bola. Dah letih main bola & mandi berkelah la pulak kat tepi pantai makan nasi bungkus…masa tu rasa macam puas hati yang teramat sangat dapat buat gathering ni. Pkl 3 petang berkemas & pulang…sedih la jugak.
Alhamdulillah tuhan makbulkan jugak program untuk berjaya…terima kasih kawan-kawan….yang tak datang memang rugi teramat sangat. Saya berharap sangat gathering yang akan datang dapat kehadiran yang lebih ramai terutamanya girls yang kurang teramat sangat. Insya Allah lepas ni ada cita-cita nak buat kat Taiping pulak….
Kepada toncet, wansa, shamad, mey, acap, aiman, wukong, pawie, wan, wie, faizal manap, adi, nalim, bung, biron, malingko, dlone, nuex, telob, zapran, afam, azim, tuff, togey, megat, peso, epoi, arab, kopo, anis, erma, shira, shima, munirah yusja, azwani yahya, wan malini, tyah, anne, irnie, moon, inas & zura….korang semua memang best…silaturrahim ini tak kan punggah selagi kita saling mengingati…amin