Kurangkan berat badan dalam waktu pantang

When I was married to my husband I was 65kg. I gained weight masa nak kahwin. Haih. Baju yg dh try 3 bln sblm tu dh x berapa muat. Tapi lepas bersalin alhamdulillah dapat cecah angka 52 dan pakai size 8. Memang tak percaya langsung. Even masa anak dara pun tak dapat angka ni. Rahsia kini bukan rahsia. Moga dapat tolong ramai orang jadi sihat dan cergas. You have to know your body well and be disciplined. I’m not a gym junkie so here it goes!

image

1-makan makanan tidak bergoreng langsung. Tiada minyak langsung.  Jenuh bergaduh dengan husband pasal I want it to be kukus-grill-panggang the whole 44 days. Lepas ni mungkin kena invest dengan cooker Phillips. Sebenarnya makan tanpa minyak macam style cina sangat bagus utk elak meroyan. Perut pun lembut je masa gi cek kat klinik. Masa pantang anak pertama mak memang sangat jaga makan sbb nasi panas memang main peranan.
2-amalkan set bersalin nona roguy faithfully. Masa aini pregnant anak ke 2, memang ada water retention. So aini study blog kakbidan and banyak belajar cara berpantang yang betul dari situ. Cara makan. Aturan berpantang, berbengkung dsb. Nona roguy phytonatal memang best sebab digestion lawas. Air akar banyakkan susu and anak pun menyusu kerap.
3-breastfeeding dengan kerap. Inilah sebab utama aini boleh lose weight secara drama. Setiap kali menyusukan anak, memang letih bebeno rasenye sebab 500kCal terbakar. Memang perlukan bantuan suami atau parents.
Kak Bidan Ice pesan kalau berpantang secara natural memang agak lambat turun tapi kesan nya berpanjangan. Ambil masa 40 hari utk pulih. 60 hari berbengkung atau girdle. 100 Hari pantang bersama. Rasa mcm lama. Tapi kalau kena bentan atau bisa urat badan, bukan 100 hari je tp bertahun menderita. Fikir kan lah nak yang mana.

Lepas berpantang buat la kenduri kesyukuran. Tanda syukur Allah bagi kesihatan dan rezeki anak baru. Nasihat orang lama banyak betul nya. dah buat dan percaya.

Ramai wanita di barat menderita akibat prolapse (keluar tombong–sila baca blog kak bidan utk gambar yg lebih ngeri) kerana mereka tak berpantang secara tertib macam wanita asia. Rheumatoid arthritis juga akan dihidapi sewaktu hari tua. Nauzubillah. Niat post ni adalah utk share ilmu dan pengalaman. Kerana apa yg Allah bagi, kita tak boleh kedekut. Kejap je hidup kat dunia ni kan. Masa berlalu begitu pantas. Tup tup dah nak birthday Irfan minggu depan.

Yang baik dtg dr Allah. Yg buruk dr kelemahan sy sendiri. Ingat berpantang kerana Allah

Review Medela Swing

Bersyukurnya beli breast pump Medela Swing sebab memikirkan aku ni sejak dua menjak selalu on the go. Pergi PPD lah. Pantau sekolah lah. Lepas ni kena kursus lagi. So banyak event yang membuatkan I have to think a lot to bring my heavy Coleman ice box yang ada breast pump, ice packs dan botol susu. Avent sebelum ni dah tak berapa nak function sebagus 3 tahun yang lepas.

Avent Breast Pump Manual

 

Kelebihan:
1- sangat sangat mudah dibasuh. Lemak ebm di botol mudah tanggal. Rasanya jenis plastik yg medela pakai adalah lain drpd jenama pasaran. Sbb all these while my husband yg tolong basuhkan the bottles sbb lemak ebm sangat susah nak dibasuh.
2-sikit je parts yg perlu dibasuh. corong, membran valve, dgn botol. 3 tu je berbanding jenama lain.
3-menjimatkan masa. Ada 2 phase utk motor vakum. Laju dan lama. Laju utk stimulate air susu dan apabila dah ada susu keluar, tekan butang expression utk vakum lama. Gerakan ni mimic baby punya bf style.
4-ringan giler. Bab ni yg plg best. Selama hari ni avent tu agak tak spacious dan tak seringan medela swing ni. Part tu yg utama. Sbb all these while I asked my helpful anak murid tlg bwk kan kotak coleman yg beso tu dr kereta.
5-bateri dan plug: katakan la kalau kena kursus dan nak pakai pam tapi tak jumpa power point, tiada hal punya. Medela Swing boleh taruk bateri. 4 biji double A diperlukan utk menjalani sesi pam ebm. Kalau pakai plug, kuasa bateri takkan dipakai sekiranya ada dalam motor unit.

Kekurangan
1-kalau dah nama nya pakai kuasa elektrik, be it battery or plug, bila takde both agak pening la kan. So to overcome it, my husband beli sedozen batteri yg long life jenama Tesco.
2-membran valve perlu diletakkan secara betul. Kalau tak, susu akan masuk tiub dan seterusnya motor. Which will rosakkan the whole thing. Part ni kena berhati hati la. There was one time I bp dlm kereta sambil sembang dengan husband yg tgh driving. Tak sedar dah lebih 5 oz, sekali bunyi zuppp motor terus off. Ok cuak. Tgk2 tiub dh tersedut susu yg dah naik sampai membran valve.

Rasa nak nanges tp lps tu ok blk. So no worries. This pump sangat best. Berbaloi baloi. Tapi kan, apalah guna nya pam mahal tapi malas jaga diet, malas nyusukan anak dan malas pam waktu kerja. Kena rajin la mak nye kan. Kata kunci “saya mak yang solehah dan rajin” kena masukkan dalam otak sedalam-dalamnya. Yang bagi rezeki susu anak ni Allah. Jagalah diet dan rutin menyusu sebaiknya kerana tak semua orang mampu. Semoga Allah kurniakan kita semangat utk melahirkan anak2 yg sihat dan cerdik.

image

Harga: rm799 free infra red thermometer and cooler ice bag.

Pengalaman membeli Medela Swing

image

Ya Allah best nya nikmat menyusu anak kecik. Banyak pahala dan bonding dengan anak tanpa much effort. Actually I wanted to give up bf sebelum Ramadan

Before this pakai Avent manual beli kat Sitiawan. It was my husband’s choice. Tapi bayar pakai my credit card. Time tu rezeki anak pertama dapat tunggakan gaji. Alhamdulillah la dapat pakai selama 3 tahun. Lama juga tu. Maka pump Avent itu makin lama kurang power lah. Biasa lah kan. Mana ada barang yang last for eternity.

Then I look for a new one. Mulanya cari di Anakku. Ada jual Avent and Nubi. Baca review kat internet. Tak sebanyak Medela. Then cari kat Baby Phoebe. Sebab sebelum ni pernah masuk kedai tu and dia pernah promote yang dia ada ajar cara nak pakai bf pump. So I was very impressed with the small shop sebab jual barang berkualiti dan siap bagi knowledge on products.  Bukan sekadar jual barang yang popular among customers.  Kalau tengok kedai ni memang rasanya mak2 takmau balik. Hehe. Bahaya kan?

Ok so I checked their website. Kebetulan Medela bf pump on sale masa merdeka. Apa lagi. Macam2 soalan ditanya kepada staff kedai. Walaupun dia nampak baru dan kurang fasih berbahasa Melayu tapi dia bagi yang terbaik. Memula ingatkan nak ambil Medela yg biasa and ada double pump. Tak tahu pun beza antara berjenis pump Medela. Pastu dia bagitahu Medela Swing tgh on promotion sebab tinggal 2 ketul je lagi. Dia bagi digital temperature yang pakai infra red yang tembak kat dahi tu dengan cooler bag dan ice packs. Fwah! Tempting nya. Pastu dia tunjuk beza antara those pumps. Dah faham, bayar.

Next entry I will give review on this pump. Berbaloi baloi!

image

     Goodbye old faithful Avent pump
Thank you for giving me good time and not causing any pain. I do appreciate your service.

Solid food bubur nasi 6 bulan ke atas

image

Nilah makanan yang paling berkhasiat, dan senang disediakan untuk anak kecil bawah usia setahun. Bubur nasi dicampur bersama kentang dan lobak merah. Carrot. Like myself I used my Vision pot untuk reneh sampai beras tu agak lembik dan kembang. Ikan bilis yang dibuang tulang pun diletakkan untuk beri perasa pada bubur. Dah siap blend ajelah. Senang beno nak bagi anak makan. Dulu masa fahmi takde pengalaman so dia banyak makan cerelac. Kalau bagi bubur nasi ni khasiatnya anak kenyang. Ada karbohidrat. Carotene dari carrot. Potassium dan kanji dari kentang. Ada kalsium dan protein dari ikan bilis. And sebab utama ialah, inilah makanan yang takkan menimbulkan allergy pada anak kecil. Insya Allah. I did reading and even orang putih suggest rice for less allergy reaction.

Kelebihan bubur nasi ni perut anak tak meragam dan mulut nya tak bising. Macam Irfan kalau lapar je meraung kuat. Adoyai. Dah kenyang happy je gelak2 main2. Tulah dunia kanak2. Simple but very important.

Empat berdarah

bangunan-masjid-rabaa-al-adawiya-yang-hangus-dibakar-pasukan-keamanan-_130817125608-702

Jihad itu sangat payah

Jihad itu amat susah

Kalau jihad kerana Allah

Jihad itu jadi indah

Di mata terbayang jannah

Di dada berasa sakinah

————————–

Nota kaki: Sesungguhnya jiwa ini luluh melihat kezaliman tentera Egypt merampas hak politik rakyat Mesir. Rampasan yang dilakukan oleh tentera adalah salah satu wayang untuk menutup dalang untuk menghancurkan misi suci untuk tertubuh secara demokrasi (pilihanraya). Kemenangan akan tiba untuk kebaikan. Insya Allah.

 

Mangkuk tingkat

image

Kami berempat menikmati makanan yang dibekalkan oleh mak dalam mangkuk tingkat. Ni la antara nikmat travel jauh. Kalau travel sejam dua mana la nak merasa ni semua.

Alhamdulillah mak dah sihat. Seminggu di wad masa dalam bulan puasa. Mujur sekarang dah Larat buat kerja dapur dan rumah. Aku dah bekalkan cecair L.O.C multi purpose liquid cleaner. Mak gesek2 dengan penyapu. Taruk air pun sikit. Dia takmau basuh beriya sebab air dari rumah kami masuk semula ke rumah jiran dan menyebabkan becak! Alhamdulillah sangat kenal produk ni. Mak pun tak payah pakai clorox bleach lagi. Dah selamat dari segi kesihatan di situ sebab mak kena pergi emergency utk sedut oksigen sebab tuang clorox dalam bilik air and she closed the bathroom door. Lagi satu best nya L.O.C ni ia takkan jejaskan kelembutan tangan wanita. Cewah. Nak test meh la salam.

image

Makan dalam mangkuk tingkat ni perasaan dia klasik. Seolah dibungkus dengan kasih sayang. Tak macam makan dalam polisterin. Kami makan nasi jagung, pulut jagung, daging masak hitam dan ayam kurma. Masya Allah. Nape laa aku tak pandai masak macam mak. Mak dulu kena training memasak dengan moyang and she enrolled herself in cooking class. I adore her domestic skills. Tip top macam Nigella Lawson. Cuma part baking tu je dia lack of.

Semoga dapat ziarah mak lagi. Dah nak umur pencen ni, Allah bagi ujian kesihatan. Kita yang muda kena la banyak bersyukur dan manfaat kan umur dan kesihatan yang Allah beri. Last before habis entry kita nyanyi nasyid english Zain Bikha. Say Alhamdulillah. Thank you Allah. Thank you Allah for my mother.

image

Product review: lycopen mask

Kebetulan time jerebu ni muka rasa kering dan berdebu amat.maka on the way cari ors utk fahmi, jumpa la natang alah ni. Kenapa la pilih jenama ni? Sbb tgk harga dia sama dgn garnier.kita suka cuba product yg org harang pakai. Harga sama je actually.

image

Using the product


Muka tengah pakai mask memang la horror.
image
The result, the mask sheet macam ala baby wipe si adik je. Haha. Bagus la jenama ni tak kedekut gel collagen. Lepas pakai muka rasa sejuk. Tegang sikit dari sebelum pakai. Lembap. Tapi in my opinion seaweed atau rumpai laut mentah lagi berkesan. Inside out dia repair. Kalau kena sunburn best la kot pakai ni. Oklah dgn harganya rm5.90.

Gerai air paling best

Agak hairan nape org bawak beg plastik beso2 dari bazar ramadan Perling. Rupanya bawak air sedap. Beratur panjang ye. Setengah jam baru akak dapat air katira. Dah laa cuaca panas ya Allah. Huii nikmat sangat bila berbuka. Happy tak terkata.

image

Inilah satu satunya gerai yang pakai khemah besar.  Org lain semua kongsi. Derang nye tong air satu jenis je dah 30 liter. Tong nye beso ya amat. Tak pernah jumpa rope ni. Cara dia bubuh air mmg terbaik. Memula bubuh ais sepenuhnya.  Kemudian taruh laa kordial dan pati air tu. Tak pakai air masak. Dia bagi customer beg plastik besor punya. Tak muat tumbler Tuppaware 2 liter tu k. Baru rm2. Memang murah. Memang beli dengan deme hari hari. Pernah sekali beli pukul 5 dan waktu tu panas sangat. Tapi masa berbuka masih ada ais dan manisssss sekali. Alhamdulillah. Nikmatnya puasa.

image

Tertinggal anak dalam kereta

Kalau dah jadi independent parent mcm aku yg ada baby dan toddler, nak beli barang dalam 5 minit, tinggal kejap anak dalam kereta dengan tingkap buka sikit. Tapi jangan turn on engine. Lepas tu lock.

Bacalah bismillahi tawakkaltu alallah. Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shai’un fil ardhi wa la fis sama’i wa huwas sami’ul alim.

Doa mintak jauhkan bala. Bergantunglah pada Allah. Hari tu last aku bawak bebudak ni ke kedai. Alahai. Bakery SDS tepi rumah je. Dah la manusia ramai tgh makan kat kafe.  Dah tak masal aku glam kejap. Si Fahmi sentap takmau balik. Masa amek dia tu tgh tidur. Sleep deprived jugak la. Konfem la meragam. Aku tgh gendong Irfan. Dengan beg plastik beso. Boleh pulak dia tak nak balik  aduhaiii!! Staff kafe tu kesian jugak tgk aku unable to carry fahmi dengan excess baggage. Allahu akbar. Nak kejar solat masa tu. Hadoi la anakku. Dah xde idea cemana nak ajak dia balik. Aku tinggal jap. Letak irfan dalam kereta.  Sorang staff tolong hantarkan fahmi yang tgh merajuk. (Rasanya dia nak makan kat kafe tu. Mak tak mampu nak! ) taubat sebulan tak jejak kafe tu. Malu punya pasal. Seb baik tak mengidam.

So you see. Kekadang I have no choice.  I do all the shopping atau any work before picking them up at taska. Sian budak jadi mangsa. Mak budak yang tinggal anak dalam kereta bukan minta anak dia mati. Atau bunuh anak. Memang ada forgotten child syndrome. Minta dijauhkan la. Harapnya mak Nawal Iris tabah menghadapi ujian ni. Anak hanyalah pinjaman yang perlu dipulangkan semula bila tiba masanya. Wassalam.

image