Puisi: Guru Sukan

Dapatan daripada penglihatan aku kepada guru-guru yang sedang giat bekerja di padang bersempena dengan hari sukan sekolah pada 24 Mei 2014.

wahai guru sukan
dahimu berkilat
basah badan dek keringat
menolak jentolak minyak di padang
berpanas terik mengadili permainan bola jaring
berpeluh hingga kering mengajar bermain bola sepak
bersorak tempik dari tepi padang hoki

selepas penat bersukan
menanda kertas peperiksaan
dan buku latihan
tidak lupa di pejabat juga ada tugasan
gigihnya seorang guru sukan
kerjanya di padang dan kelas
peluhnya dilap tak berbekas

Wahai guru sukan
Kuat tubuh badan
Mental bagai dekan
Semangat bagai pahlawan
Walau penat di padang berlawan
Seorang guru sukan
Sanggup bekorban
Atas nama “Majulah sukan untuk negara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *