Selamat hari guru buat semua guru dan guru pelatih. Terima kasih kerana memilih profession yang mencabar ini. Ada pelbagai niat di hati ketika memilih kerjaya mencabar ni. Kerjaya ini bukanlah semudah yang disangka. Dahulu memanglah mudah, tiada kekangan masa dan tenaga untuk menjadi seorang cikgu. Sekarang pelbagai tekanan dan cabaran yang perlu dihadapi demi mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. Kepada guru praktikum atau guru pelatih, selamat mengambil manfaat dan mengamalkan tips yang diberi.
- Masuk kelas dengan muka ketat: Berikut adalah nashat daripada pensyarah saya, Dr. Lawrence. Untuk minggu pertama, hanya perkenalkan nama. Tak perlu buat sesi ice breaking bersama murid-murid supaya mereka tahu ‘We strictly mean business”Ini bermakna anda perlu buat muka poker face. Ada budak tanya soalan kelakar? Jangan gelak. Ada budak cuba tanya soalan peribadi? Jangan layan sangat. Ini kerana jika anda sudah longgar dengan peraturan ini, bermakna anda akan kehilangan respect dari murid-murid dan mereka akan berasa selesa dengan anda seperti seorang rakan sebaya. Kalau anda mahu classroom management yang baik, amalkanlah tips ini.
- Ambil tahu bilangan buku dan semak latihan lepas: Lakukan perkara ini pada hari pertama lagi. Lebih mudah anda kenali murid mana yang lambat buat kerja, tak hantar kerja rumah, tak faham soalan dan malu nak bertanya, siapa selalu tertinggal buku teks dan buku rujukan. Kenalpasti murid-murid yang akan memberi anda masalah dengan pentadbir dan pensyarah.
- Kedudukan murid itu penting: Anda perlu minta izin guru kelas untuk menukar murid sekiranya anak murid anda didapati kurang fokus dalam kelas (banyak bersembang, lambat buat kerja, dsb) Anda juga perlu ubah kedudukan murid yang gemar bergaduh atau pasangan bercinta. Anda tidak mahu terlibat dengan murid yang tidak fokus dalam kelas. Ini adalah momen penting sebagai guru pelatih–iaitu mengekalkan reputasi baik di kalangan pelajar dan guru.
- Ingat nama setiap murid: Dapatkan senarai nama murid daripada guru kelas. Kalau boleh dapatkan gred dan markah mereka daripada aplikasi SAPS. Kenalpasti murid yang boleh jawab soalan aras tinggi atau HOTS (higher order thinking skills). Senang nak ajukan soalan kepada mereka yang akan menampakkan anda telah mengajar dengan baik. Buat carta kedudukan meja beserta nama murid. Jangan malas nak buat nametag sekiranya anda jenis yang susah nak ingat nama.
- Segan bertanya, sesat jalan: Kebanyakan guru senior dan veteran gemar sekiranya guru pelatih dan guru baru datang approach mereka untuk menunjukkan rasa hormat dan perlukan bimbingan daripada yang lebih arif dan berpengalaman. Jangan lokek senyuman. Jangan ego dengan teguran. Sekiranya ada program sekolah dan tugasan yang tak difahami, tanyalah. Bukan kena bayar pun. Sekiranya anda ramah, banyak habuan (BBM) dan tips yang bakal anda dapat.
- Buat sehabis baik: Jadilah guru yang terbaik. Akhlaknya. Kerjanya. Imejnya. Jangan sedikit pun jejaskan reputasi anda sebagai guru pelatih. Jangan datang lambat. Jangan ponteng kelas. Jangan merokok dalam sekolah. Jangan mengorat anak murid. Zaman dulu bolehlah cikgu meminang anak murid sebab culturally acceptable. Tapi sekarang, dikhuatiri keluar tajuk “Cikgu gatal bercinta dengan anak murid” di dada akhbar. Sekarang ni suratkhabar ada saja cara nak sensakan cerita cikgu.
- Suaikenal dengan kakitangan sekolah: Kakak-kakak kerani di sekolah tu bukannya tunggul. Mereka boleh bemesra jika kena dengan gayanya. Tegurlah mereka kerana mereka akan menyokong anda di kala anda memerlukan mereka sewaktu pengurusan pentadbiran (mendapatkan tandatangan pentadbir, mengisi borang, menghantar surat, membuat salinan fotokopi). berkenalan juga dengan tukang kebun dan janitor (Cleaner) kerana ada harinya anak murid anda muntah atau terberak dan terkencing di dalam kelas. Kalau tak kenal, macam mana nak minta tolong kan? Be humble. We need each other in life.
Selamat berkhidmat untuk negara dan anak bangsa. Pastikan di akhir sesi praktikum anda menyediakan sedikit ole-ole tanda terima kasih buat mereka yang telah membantu anda. Saya doakan anda menjadi guru yang cemerlang. Selamat hari guru 2014.
These are the basics for any new teacher. I’m going to share this. =)
Thank u for ur sharing !