ke hadapan mak yang disayangi,
along tahu mak marah kat along. mak bagi harapan tinggi kat along. along tahu mak susah hati sebab along sakit sakit. along kalau boleh tak nak susahkan hati mak. cukuplah dengan ujian yang allah dah bagi. along pelik sebab baru kini along mak nampak mak kuat. mak tak pernah tunjuk kekuatan mak pada anak2 sebelum ni. tapi dari mak along belajar. nak hidup menurut tuntutan agama itu payah. nak harapkan orang nak bahagiakan kita, tak usah. along baru tahu, ketegasan mak selama ini, adalah demi mengajar anak² mak, menjadi tabah untuk hari depan yang tak tentu.
mak memang tabah. bersendirian membesarkan kami bukannya mudah. mak sanggup perjuangkan hak wanita yang Allah dah janjikan. mak belajar drive, sahut cabaran opah. walaupun mak orang yan konservatif. mak memang independent. mak uruskan jenazah adik mak sendiri. mak naik turun tangga mahkamah tanpa dokongan orang lain. mak biaya anak2 mak dengan hasil usaha mak. mak tak nak harapkan
bantuan orang lain. apatah lagi meminta-minta. mak pentingkan maruah dari segalanya.
maafkan along sebab susahkan mak. along tak nak sakit lagi. tak nak susahkan mak ambik MC. along tahu mak sayang MC. along nak belajar. nak kerja. nak balas jasa mak, cukuplah derita yang mak tanggung. tak siapa tahu. kalau ada rezeki along nak hantar mak pergi haji. inya allah. along akan cuba mak. allah akan murahkan rezeki mak sebab mak perempuan yang baik. dah lama tertangguh niat mak. tapi takpe, mungkin yang bakal datang akan menjadi lebih baik. along nak buktikan kat mak bahawa along akan belajar dari kesilapan. ketabahan mak telah mengajar along untuk tabah. mak selalu pesan “rajin² baca Quran”. bila along lupa diri, allah bagi ujian. mak akan nasihat “pergi ambil wuduk, baca quran. jangan stress². quran itu ubat”. along masih bernasib baik, ada mak tolong ingatkan. along tak tahu nak buat apa kalau mak takde.
mak, along mintak ampun, mintak halal segala makan pakai. along tak nak mak menangis lagi. along tak nak susahkan mak lagi. along nak jaga mak. nak make sure mak tak perlu penat² lagi. bagi mak jangan risau. bagi mak rehat dengan hati yang tenang. maafkan along mak. tahun ni along tak dapat peluang beli kad untuk hari ibu. tahun lepas pun sama. mak siap cakap “dulu kamu selalu bagi kad. kamu sorang je ingat. yang lain tu memang tak wish langsung. tahun ni kamu lupa ye”. along mintak maaf sangat2. tapi along nak mak tahu, along saaaaayang sangat kat mak. along hargai mak. nanti kalau ada rezeki along bagi ye (insya allah). selamat hari ibu mak. walaupun mak tak pernah tahu kewujudan blog along, tapi along nak mak tahu yang along sayang sangat kat mak. teringin sangat cium tangan mak. insya allah ye mak?