[Sebab Kak Mass menulis dalam Bahasa Melayu dengan harapan akan memperbaiki bahasa ibunda, maka saya pun berniat yang sama]
Mak selalu suruh saya belajar tajwid supaya bacaan saya betul. Mak lambakkan buku-buku tajwid konservatifnya di depan saya. Tapi buku-buku itu ada yang ditulis secara tak menarik (maklumlah, saya orang yang unconventional). Terus terang saya katakan, saya tak pernah lagi belajar secara formal selepas meninggalkan sekolah. Dari sekolah rendah lagi memang fail bab tajwid. Tapi bila tasmik (perdengarkan bacaan), boleh lepas pulak. Hee. Kalau lepas ni ada offer bagus untuk belajar Quran dan masa mengizinkan, Insya Allah saya akan pergi belajar.
Oh, berbalik kepada tajuk entry. Kenapa Quran geek? Penggabungan Quran dan teknologi akan memudahkan orang-orang seperti saya (baca: geek) belajar tatabahasa Al Quran. Ada suara kecil bertanya “buat apa nak belajar tajwid Quran? reti baca cukup la”.
Membaca kalam Allah didalam solat adalah wajib. Lalu mengikut ilmu usul fiqh, jika tiada terlaksana sesuatu yang wajib sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka ia menjadi wajib. Mengambil wudhu tidak wajib tetapi menjadi wajib apabila hendak bersolat. Mengetahui ilmu al-quran juga adalah wajib mengikut teori yang sama.
Bagi umat islam, kini ada perisian untuk membantu ummat islam yang makin lame makin dekat ngan kompite, makin jauh dengan Quran. Namanya Zekr. Ia adalah perisian membaca al-quran yang disertakan dengan terjemahan english, bahasa indonesia dan sebagainya. Ianya multi-platform, terdapat juga dalam windows dan mac osx. Dalam ubuntu zekr boleh diinstall menggunakan Add/Remove Applications dengan mudah.
Insya Allah mudahan dengan usaha belajar tajwid melalui perisian akan membaiki mutu bacan Al Quran. Mudahan saya akan rajin mengaji juga!
*Mostly adapted from here but is adapted according to my view.