Alhamdulillah segala persiapan malam raya berjalan lancar dalam pukul 1 pagi.
Alhamdulillah aku dan rakan-rakan masih boleh bernafas di bumi Allah dan menyambut hari raya.
Alhamdulillah aku mendengar nasihat yang baik melalui khutbah raya yang disampaikan oleh Brother Edzlam.
Alhamdulillah tetamu-tetamu kami gembira dengan hidangan yang disediakan.
Alhamdulillah ego aku mampu merendahkan diri di hari baik, hari bergembira.
Alhamdulillah kerana perut aku masih lagi tidak sakit selepas disumbat dengan secara paksa.
Alhamdulillah family di Malaysia sihat-sihat aja.
Allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar, walillahil hamd.