Ampun tuanku. Sembah patik harap diampun.
Patik memohon agar tuanku mengusulkan memorandum tersebut, suara hati rakyat jelata. Segala luah rasa rakyat di bawah naungan tuanku, segala jerih payah rakyat menempuhi bala tentera FRU, sumpitan air dan gas pemedih mata itu segalanya dilakukan untuk jajahan takluk tuanku. Sekalian rakyat jelata mahu melindungi tanah naungan tuanku. Patik dan rakyat jelata sayangkan tanah ini dan mahukan ia menjadi peninggalan yang terbaik untuk anak cucu kelak. Agar anak cucu kami tidak menyalahkan kami kenapa tanah ini berhamburan dan kucar-kacir. Patik harap tuanku mendengar isi hati rakyat jelata. Ampun tuanku.