Bila izrail datang memanggil

Pagi nirmala. Langit hening. Bayu Atlantik yang dingin berbaur bersama terik matahari musim panas. Saat aku bangun dari tidur, aku fikir aku bangun lambat. Tak sempat nak call Asmah. Balik dari tandas, tengok jam, baru pukul 10.30 pagi. Buka komputer, check e-mail, ada berita dari Athiyah; Raja meninggal dalam kemalangan.

Terkejut. Baru lepas YM ngan Kak Iqin. Tak tahu apakah perasaan ini, baru bangun, mata masih melekat, tiba-tiba mendapat berita ini. Bila orang tu dah pergi, baru la kita teringat kembali saat bersama. Arwah dulu sebelum dia keluar sekolah baik dengan aku. Dialah kawan aku speaking , sembang pasal hitzfm (sekarang hitzDOTfm), aku la tukang dengar cerita dia dengan boyfriend dia. Ya Allah. Unexpectable.

Pukul 6 pagi ni housemates semua dah keluar naik bas sebelum bercuti ke Ireland. Abah pun balik Malaysia hari ni. Flight petang. Kak Sofi nak blk lagi 2 hari. Insya-Allah petang ni aku datang markas #33, hantar bunga Kak Iqin, timbang berat badan. Kalo rajin tengok game Germany (waaaa~~Faa pun nak pergi Germany), tengok la. Dah la semalam rasa lonely sebab housemates semua pergi Ireland, Sham+comrades cathed their flight this morning. Asmah ngan Amy’s family nak depart ke London esok. Faa pergi Germany. Pagi ni pulak, dapat berita macam ni. Terkejut sangat. Dah la Kak Iqin kata “sejak dok UK ni memang selalu dia dengar berita macam tu”. Ya Allah. tak tahu nak cakap apa. Mungkin Allah nak tunjuk, sebab semalam aku rasa lonely sangat (walaupun mereka belum berangkat lagi tapi dah terasa auranya), dan berita kematian membuatkan kita muhasabah (reflect) diri. Mungkin Allah nak tunjuk, no matter how lonely you are, bila dah mati nanti, lagi lonely. You are all alone.

pasca musim imtihan dan portfolio

Musim panas di Plymouth. Unpredictable. Pagi ni awan mendung meliputi kawasan Plymouth. Sejuk. Macam ni la manusia. Bila panas, complaint. Sejuk pun complaint. (aku juga complaint kerna aku manusia). Terus, gimana? Ngak tau ah~ Pukul 9 kaki melangkah ke B.Ed Primary building. Ramai beratur untuk hantar file sekolah. Aku tengok fail derang sume tebal2. Huu~~cuak gak laa. Nasib ah. Bukan dapat markah pun. Janji timed-essay aku kena score.

Masuk dalam Room 4, lagi 10 minit sebelum pukul 9.30am, cuba baca nota yg dibuat semlm, cuba hafal quotation, tapi btir studs cam bising2. sembang2. gelak2. i don’t get why they look so relax. pandai kot. timed-essay started. i sat next to senah, wan. then dalam masa 15 minit, dah nak hantar kertas (masa yang diperuntukkan 1 jam setengah). Hairan. Aku yang kelam kabut dari awal2, tulis laju2, byk isi yg x tulis lg. lenguh tgn, rest. tgk senah kt sebelah. jaime (the cute nerd) cam org bijak je jwb, ala2 Hermione Granger. Adeh. Pantas jariku menarikan pena. Aku fikir, kenapa orang lain nampak tak kelam kabut macam aku? I have too much too say and I can’t write faster anymore *sigh*

In the end, my essay end up with 4 and half pages. *sigh* again. Time is not enough for me, seriously. I regret that I did not have pre-essay sample. I should do it. Because of the 3 files, I need to divide my time between my essay and the files. –End of test and term–

[Summer holiday started]
I plan to work. I’ve already send an email for application form. I wish I can get the job. However, if fare to Totnes is much expensive than the salary, I guess it’s not worth it. The journey also takes almost 2 hours. If it’s for the sake of experience, OK lah. But I need money to support my living. Well, got lots of things to do during this summer.

Kerajaan vs mak bapak

Sebenarnya tak terniat nak tulis artikel ni tapi bila baca artikel nak khawin awal tu tetiba rasa nak tulis nih…..masalah akhlak yg semakin runtuh di kalangan belia sehingga melacurkan diri…satu persoalan yg kita tak boleh nilai setakat nk buat karangan ting5. Ini satu fenomena yang semakin meruncing….mufti Perak pun mengakui masalah ini bahkan turut menunding jari ke arah pentadbiran negara yg mengakibatkannya. Ini yg paling menarik. Sebaliknya kerajaan dari dulu sampai sekarang tetap nak kata mak bapak yg salah.
Cuba kita nilai dari zaman Tunku Abd Razak dengan zaman Tun Mahathir sampai sekarang….zaman Tunku dulu pemahaman Islam kembali jelas selepas ternyahnya British dari Tanah Melayu….ulama diberi kebebasan untuk menyampaikan ilmu kepada mesyarakat termasuklah membina sekolah agama…maka mak bapak dapat mendidik anak dengan ilmu rohani dan akhlak dengan baik kemudian dihantarlah anaknya ke sekolah agama dan anak jadilah baik… Cerita zaman Tun Mahathir pulak….ulama ditegah bebas bersuara…kuliah agama disekat dan sekolah agama pun ditutup….maka mak bapak tak dapat ilmu sebaiknya…anak pun dididik tidak secukupnya dan dihantar ke sekolah biasa ….maka jadinya anak itu binasa…. Zaman sekarang lagi sakan…yg tangkap Islam minum arak kena marah yg ditangkap dibela…..jadinya siapa yg salah… mak bapak ker pemerintah yg salah…..
Jadi tak hairan lagi kalau hari ini anak Melayu jadi pelacur, penyamun, penagih dll…Kerajaan pun semakin teruk membudayakan hedonisme kepada anak muda mudi…akademi itulah akademi inilah…hiburan pula diagungkan…beberapa hari lepas tergelak besar saya bila artis diminta aktif berpolitik…yang mintak tu pula menteri Melayu kita la…huhu…hancur lagi negaraku….

(teringat kata seorang ust…cuba bagi lawan antara penghuni pusat serenti dengan mahasiswa…siapa menang jadi PM…)

My brain gender

Ainee’s Brain is 33% Female, 67% Male

You have a total boy brain
Logical and detailed, you tend to look at the facts
And while your emotions do sway you sometimes…
You never like to get feelings too involved
Want to know what gender is your brain?Click here!


Gosh. Did I mention before that I can’t get along with girls easily?
That’s a big difference though.
Of course, I’m not a man. But I think like a man.
Very straightforward.
No hints. No subtle hints. Just, no hints.
Hey, so, I have an advantage! I know what will men think, am I?
*grinning*

tuntutan agama vs adat yg menyusahkan

SUMBER ARTIKEL: awkward thinker, Japan.

KAHWIN..KAHWIN..KAHWIN saban hari media melaporkan betapa gejala keruntuhan moral di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan.Keruntuhan moral berkaitan dengan perilaku seksual sering menjadi bahan bacaan ‘panas’ dada-dada akhbar.
*Siapa suruh wujudkan undang-undang yang menyusahkan? Nak biar pasangan teguh dari ekonomi sebelum kahwin tapi buat maksiat atau sokong pasangan yang dah sampai tahap wajib kahwin agar tak melakukan maksiat? Allah tu kan Maha Pemurah. I bet orang yang follow undang-undang Dia lagi dimurahkan rezeki. Bukan ke Allah kate, Kamilah pemberi rezeki. (Forgot laa which verse~adoii~~)

Gadis yang menjual tubuh hanya melalui tambah nilai kad pra bayar, perlakuan seks bebas di kalangan remaja menggambarkan betapa bangsa Melayu sedang menghadapi krisis keruntuhan akhlak yang amat teruk.Krisis keruntuhan moral bangsa Melayu ini diburukkan lagi dengan penyalahgunaan teknologi komunikasi terkini. Gambar-gambar serta video klip lucah dengan mudah diperolehi melalui telefon bimbit dan internet. Ianya merangsang perkembangan seksual anak-anak pada peringkat yang lebih awal.
*Ala, tak payah tengok kat jalan2. kat media selambe je. mane laa seks bebas x jadi norm kat Msia.

Hanya perkahwinanlah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan keruntuhan moral seksual serta mengelakkan lebih banyak jenayah seksual.Lebih memburukkan ianya akan membabitkan pembunuhan samada di peringkat janin ataupun bayi yang tidak berdosa dan adakalanya wanita sendiri yang sering menjadi mangsa samada dibunuh atau membunuh diri bagi menutup kesilapan dan keterlanjuran.
*lebih baik bunuh bayi dari mengaibkan keluarga~(I’m being sarcastic here if you don’t get it)

Akan tetapi muda mudi beranggapan perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, ianya sesuatu yang menyusahkan. Bermula daripada hantaran yang tinggi yang kebiasaanya tidak kurang RM3000 mutakhir ini. Persiapan majlis pertunangannya, persiapan kenduri kendaranya, persiapan pelaminnya, persiapan pasukan kompangnya dan banyak lagi, yang barangkali jika dibuat pinjaman untuk menguruskan kenduri kahwin ini mungkin apabila sudah beranak pinak, pinjaman bank masih belum habis dijelaskan.
*Pendapat yg kurang mampu tapi berkeinginan nak kahwin }Nak kahwin; mahal, susah lagi menyusahkan. Nak buat camane tok?

Akhirnya pasangan yang sudah memuncak nafsu syahwatnya, mengambil jalan pintas, lebih baik mereka duduk bersekedudukan sementara menunggu tempoh pertunangan yang lama untuk mengumpulkan belanja perkahwinan.

Adakah ini ajaran Islam atau hanya adat kita orang Melayu? Adakah ajaran Islam yang menyusahkan pasangan muda mudi untuk berkahwin sekarang ini atau hanya adat Melayu yang meyulitkan pasangan muda mudi untuk berkahwin?
*Ape lagi, nyata sungguh penyataan soalan yang mencabar sgt minda nie. Tuntutan agama atau adat yang menyusahkan?

Apakah orang Melayu malu jika anak mereka tidak mengadakan kenduri besar-besaran untuk perkahwinan anak mereka, hantarannya sedikit tetapi tidak malu pada Allah apabila anak mereka keluar dengan pasangannya sebelum mereka berkahwin? Sedangkan dalam Islam sudah dianjurkan , apabila muda mudi Islam sudah sampai tempoh mereka untuk berkahwin maka hendaklah disegerakan dan dipermudahkan.
*Ala, orang kite, kahwin sampai ratus ribu, maskahwin kene nombor yg sama, masuk paper, kenduri 3 hari 3 malam, 2 tahun kemudian, bercerai. Kes ni, baru sangat terjadi kan? jadi, apakah perkahwinan itu dibina atas niat hendak berbangga atau hendak melaksanakan hukum tuhan?

Malah pernah kita dengar cerita bagaimana Nabi Muhammad S.A.W menyuruh para sahabat mengadakan kenduri kahwin sekadar yang mampu dan seadanya walaupun hanya dengan memberi minum air dan makan tamar. Ini adalah kerana tujuan diadakan kenduri kahwin atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya untuk mengelakkan fitnah.
*Tujuan panggil orang ramai, kenalan kita, datang ke kenduri ialah untuk menghebohkan tentang masjid yang baru dibina. Bukan menafikan soalan wartawan, sorok-sorok tarikh perkahwinan, siap bagi initial lg kat pasangan. Datuk X la, Y la, ingat pelajaran algebra ke?

Namun kepada mereka yang mampu untuk mengadakan kenduri kahwin secara besar-besaran ianya bukanlah menjadi halangan jika niat mereka adalah untuk memberi makan kepada semua tetamu yang hadir. Akan tetapi media harus memainkan peranan agar tidak terlalu memperbesarkan majlis kenduri kahwin yang hebat-hebat dan mewah-mewah , kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi masyarakat supaya berlumba-lumba mengadakan kenduri kahwin yang hebat-hebat.Untuk mengawal keruntuhan moral seksual yang semakin teruk dewasa ini, media harus memainkan peranan agar mempromosi kenduri kahwin yang dibuat secara sederhana.Kenduri kahwin yang tiada pelamin berharga beribu-ribu ringgit, kenduri kahwin yang tiada persalinan bajunya yang berpasang-pasang,kenduri kahwin yang dibuat di masjid, kenduri kahwin yang dibuat secara beramai-ramai dan sebagainya.
Dengan ini masyarakat akan berlumba-lumba untuk mengahwinkan dengan segera anak mereka,kerana mereka tidak berasa malu lagi jika kenduri kahwin hanya dibuat kenduri [yang simple].

TAMBAHAN DARI SUMBER ASAL(lupe nak paste mase awal2, sowwy!!):
Muda mudi kita sekarang ini semakin keliru apakah ajaran Islam yang menyusahkan atau adat Melayu sebenarnya yang menyusahkan mereka untuk berkahwin. Mereka membuat persiapan yang bersungguh-sungguh untuk majlis kenduri kahwin dengan mengumpul duit bertahun-tahun serta perlu ditambah pula dengan pinjaman bank. Sebaliknya mereka tidak mempunyai persiapan yang secukupknya untuk menjadi suami yang soleh, isteri yang solehah dan mendidik anak menjadi anak yang soleh. Akibatnya majlis kenduri kahwin dapat dilaksanakan dengan hebat akan tetapi perjalanan hidup sebagai sebuah keluarga suami , isteri dan anak-anak menjadi porak peranda.

Honestly, I have a feeling to get married. Living peacefully yet happily. I believe what Allah has said, fated, has hikmah (goodness and benefit). I envy of my friends who got married. [not directed to one person OK? ***** jgn prasans laks , haha]. Though both (my friend and husband) still learning, her life get better, in fact, she’s more motivated to do her asignment compared to the time when she’s still single [yg ni iye, one of my friend’s case]. Kepada yang sudah melayari bahtera perkahwinan tu, semoga berbahagia senantiasa, semoga Allah melindungi kamu semua, semoga Allah mempercepatkan juga jodoh saya. Semoga mak saya juga faham situasi saya (cross fingers! huu~~ tapi mak x bace blog nie!!).

What? That’s my national anthem!

Whooops! There was once an issue being discussed in era.fm, about our national anthem. Should we change it to a new one which shows more ‘Malaysianism’? I found this song in the best download port. The song entitled Mamula Moon. Sounds like Hawaiian’s song. Really classic. produced in 1947 in an album called Paradise Isle. Romantic! Sang by Felix Mendelssohn and His Hawaiian Serenaders. But, which one comes first? Negaraku or this hawaiian romantic and soapy? It’s Moon song. *sigh* What I remembered in the history book that Negaraku ‘borrowed’ Perak state’s song, Terang Bulan.
I also found some fact in an encyclopaedia about Negaraku song:

“Negaraku” was selected as a national anthem at the time of the Federation of Malaya‘s independence from Britain in 1957. The title means My Country. The tune was borrowed from a popular song of that time, by EHandler:Terang Bulan, which was serving as the state anthem of Perak.
Source: absoluteastronomy encyclopaedia

And it also claimed that Terang Bulan originated from Indonesia. Who’s copying who? How come a national anthem have similarities with commercial song? Are we being original? After so many years kerajaan bermati-matian membanteras cetak rompak hingga ke peringkat nasional. But this? The song that we sing every week, every formal caremony, every sultans and ministers sing this. Do they know the fact?. Well, anyways, thanks to Mr Chip(or kepek), for finding this very old song. Gosh. We sing this song for ages. Since my grandad’s era. And now, it’s been like almost 60 years we sing the song.WHO ARE WE?

To hear the same version of Negaraku click here

Nota kakiku yg bersaiz 7: baru je romong post pasal jati diri.
aku pon lost gak skrg sape kita sebenarnya.

South Korea vs France


Well, firstly, I can’t choose between Henry and Jung Hwan 😛
Later, I realised that my love for Henry is much stronger.
As I watched, I managed to print hundreds pages for Subject Knowledge documents.
Didn’t glue to the monitor so much.
Busy arranging papers and punching (for the hole, OK?)
Hundres pages I printed
Hundres need to be arranged
Hundreds need to be punched
Henry’s goal was easy at first.
Then I went to the laundry to pick up my clothes
(I’ve left it for like an hour something..)
Then I heard from my neighbour’s radio that there was 18 minutes left
At that time France was still leading 1-0.
Then I rushed.
I ignored my laundry.
Hurriedly watch the game for last minutes.
Then Faa and Alin merrily shout.
I frustated.
Stood behing my loyal fan, trying to cool down.
Korean MU’s player stabilised the score.
10 minutes left.
Zidane
Trezeguet
Verdict: Frustating game.
Like what Alin said; “pemain France ramai yang tua-tua”.
I agreed “Yelah, Viera, Barthez”.
(Ops I forgot Zidane)
He’s hair declining, compared to last four years.
Looks like he don’t have to visit to barber anymore.
I have a big faith that Switz will play well. If they won.
Au revoir Les Blues.
Second time in a big stage, witnessed globally .

Kalam Melayu

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum w.b.t….saya mulakan tulisan pertama ini dengan memuji Allah dan ucapan sejahtera kepada sekalian hambaNya. Suatu amalan biasa untuk memulakan kalam bagi seorang yang Melayu. Dari urusan rasmi di JPM hinggalah ucapan harian di rumah. Inilah tertib Melayu kerana hakikat sirah bangsa ini wujud kerana Islam. Buktinya jelas, catatan Stamford Raffles sendiri di awal abad ke-19 mengakui Melayu terbina kerana amalan Islam dalam hidup mereka. Bahkan catatan oleh Howison dan Wright juga mengakui perkara yang serupa. Bagi mereka asas kewujudan Melayu adalah Islam. Maka kepada kita Melayu ada kerana Islam…….
Bagi sesetengah orang, itu cerita Melayu dulu…bukan sekarang….tapi jelas bagi saya, Melayu dulu dan sekarang adalah sama. Macam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 160[2])…siapa tak setuju boleh dibicara. Oleh yg demikian wajiblah ke atas Melayu itu amalkan Islam…dari rukun yang 5 hinggalah kepada amalan masyarakat, muamalah mahupun politik dan pemerintahan.
Bagaimana Melayu yang tak amalkan Islam seluruhnya?….mudah jawapannya…saya katakan mereka bukan Melayu walaupun mengangkat keris kononnya membela Melayu. Sedangkan merekalah perosak generasi Melayu. Dua bulan lalu Mufti Perak katakan 250 000 orang Islam dah murtad…bahkan bahasa Melayu hari ini seolah-olah mengembara di bumi sendiri….
Semuanya bukan kerana orang lain. Tetapi pemimpin Melayu sendirilah yg kehilangan jati diri Melayu!!!…bahasa mudahnya Malaysia tanah airku dijajah bukan Melayu yg mengaku Melayu…Betul ker?

Color Quiz

ColorQuiz.com

I did this test, but I’m not sure whether it is true(somehow I do agree on certain things).
However, it looks reliable because it (the website) said:
This test is based on the work of Dr. Max Lûscher and is used worldwide, most notably in Europe, by psychologists, doctors, government agencies, and universities to screen their candidates. Since the 1950’s the test has been given to hundreds of thousands of people.