Kerajaan vs mak bapak

Sebenarnya tak terniat nak tulis artikel ni tapi bila baca artikel nak khawin awal tu tetiba rasa nak tulis nih…..masalah akhlak yg semakin runtuh di kalangan belia sehingga melacurkan diri…satu persoalan yg kita tak boleh nilai setakat nk buat karangan ting5. Ini satu fenomena yang semakin meruncing….mufti Perak pun mengakui masalah ini bahkan turut menunding jari ke arah pentadbiran negara yg mengakibatkannya. Ini yg paling menarik. Sebaliknya kerajaan dari dulu sampai sekarang tetap nak kata mak bapak yg salah.
Cuba kita nilai dari zaman Tunku Abd Razak dengan zaman Tun Mahathir sampai sekarang….zaman Tunku dulu pemahaman Islam kembali jelas selepas ternyahnya British dari Tanah Melayu….ulama diberi kebebasan untuk menyampaikan ilmu kepada mesyarakat termasuklah membina sekolah agama…maka mak bapak dapat mendidik anak dengan ilmu rohani dan akhlak dengan baik kemudian dihantarlah anaknya ke sekolah agama dan anak jadilah baik… Cerita zaman Tun Mahathir pulak….ulama ditegah bebas bersuara…kuliah agama disekat dan sekolah agama pun ditutup….maka mak bapak tak dapat ilmu sebaiknya…anak pun dididik tidak secukupnya dan dihantar ke sekolah biasa ….maka jadinya anak itu binasa…. Zaman sekarang lagi sakan…yg tangkap Islam minum arak kena marah yg ditangkap dibela…..jadinya siapa yg salah… mak bapak ker pemerintah yg salah…..
Jadi tak hairan lagi kalau hari ini anak Melayu jadi pelacur, penyamun, penagih dll…Kerajaan pun semakin teruk membudayakan hedonisme kepada anak muda mudi…akademi itulah akademi inilah…hiburan pula diagungkan…beberapa hari lepas tergelak besar saya bila artis diminta aktif berpolitik…yang mintak tu pula menteri Melayu kita la…huhu…hancur lagi negaraku….

(teringat kata seorang ust…cuba bagi lawan antara penghuni pusat serenti dengan mahasiswa…siapa menang jadi PM…)

2 thoughts on “Kerajaan vs mak bapak

  1. erk, ape kaitan kawen awal dgn pelacuran wei? jauh sgt ko pk.hmm, kalau nk tau, pelacuran ni wujud sblm zaman merdeka lagi. ada beberapa jenis kelas pelacur. kalau nk tahu lbh lanjut sila lawat blog yg ada membentangkan kertas kerja penyelidikan atas industri pelacuran di malaysia. >>http://ausmansor.blogs.friendster.com/comodo_/2006/06/kertas_fakta_pe.html
    kebanyakan pelacur menjadikan industri pelacuran ini sebagai sumber ekonomi.dlm filem gubra pon melacur dianggap kerja mulia.kononnya sudah ditakdirkan kerja itu shj yg dia mampu.*lebih analisis mengenai gubra, lawat blog saudara faisal tehrani.

  2. entahla…
    bagi aku, all depends on individual…
    kadang2 orang yang cukup didikan agama n warak sekali pun ada yang melakukan maksiat…kerana tergoda dgn hasutan syaitan durjana.
    takleh nak salahkan sesiapa ar dalam soal ni.
    pasal artis jadi ahli politik tu aku setuju gak ar.
    aku pun pelik ngan keadaan politik kat negara kita sekarang.
    kenapa nak agungkan sangat artis2 kita yang hanya berkelayakan spm?
    adakah hanya kerana ingin mengumpan pengundi untuk mengundi parti diaorang, mereka sanggup ambil artis jadi ahli politik?
    dunia akhir zaman macam ni la…
    mengagungkan duniawi sedangkan ukhrawi dilupakan…
    entahla pak belalang….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *