Kalam Melayu

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum w.b.t….saya mulakan tulisan pertama ini dengan memuji Allah dan ucapan sejahtera kepada sekalian hambaNya. Suatu amalan biasa untuk memulakan kalam bagi seorang yang Melayu. Dari urusan rasmi di JPM hinggalah ucapan harian di rumah. Inilah tertib Melayu kerana hakikat sirah bangsa ini wujud kerana Islam. Buktinya jelas, catatan Stamford Raffles sendiri di awal abad ke-19 mengakui Melayu terbina kerana amalan Islam dalam hidup mereka. Bahkan catatan oleh Howison dan Wright juga mengakui perkara yang serupa. Bagi mereka asas kewujudan Melayu adalah Islam. Maka kepada kita Melayu ada kerana Islam…….
Bagi sesetengah orang, itu cerita Melayu dulu…bukan sekarang….tapi jelas bagi saya, Melayu dulu dan sekarang adalah sama. Macam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 160[2])…siapa tak setuju boleh dibicara. Oleh yg demikian wajiblah ke atas Melayu itu amalkan Islam…dari rukun yang 5 hinggalah kepada amalan masyarakat, muamalah mahupun politik dan pemerintahan.
Bagaimana Melayu yang tak amalkan Islam seluruhnya?….mudah jawapannya…saya katakan mereka bukan Melayu walaupun mengangkat keris kononnya membela Melayu. Sedangkan merekalah perosak generasi Melayu. Dua bulan lalu Mufti Perak katakan 250 000 orang Islam dah murtad…bahkan bahasa Melayu hari ini seolah-olah mengembara di bumi sendiri….
Semuanya bukan kerana orang lain. Tetapi pemimpin Melayu sendirilah yg kehilangan jati diri Melayu!!!…bahasa mudahnya Malaysia tanah airku dijajah bukan Melayu yg mengaku Melayu…Betul ker?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *