Everyone is entitled to their own opinion. Memanglah.Ada orang kata Bersih ni tak perlu sebab Malaysia negara demokrasi. Ada yang fikir kita memerlukan sistem pengundian yang lebih efektif dan telus supaya pemilihan pemimpin lebih jujur dan saksama. Ada yang rasa benda ni propaganda Yahudi.Ini contoh ekstrim sangat ye. Tapi inilah contoh yang orang boleh nampak sekarang ni. Kita ada pelbagai pemikiran dan pendapat. Yang mana betul sebenarnya?
Orang yang tiada opinion adalah orang yang tidak berfikir dan berpendirian. Waktu kecil, semasa belajar apa itu prinsip dan pegangan hidup, memang susah nak faham sebab benda ni philosophical. As I grow, things get more complicated, life problem gets more difficult, itulah masa kita nak apply pegangan/prinsip hidup. What shapes our thoughts?
Segala perlaku dan pemikiran pada hari ini terbentuk pada waktu kanak-kanak. That is why I venture into early childhood. Foundation of education seseorang manusia bermula sewaktu dia beralih dari bayi ke kanak-kanak. Ramai di antara kita tak sedar, perilaku kita dibentuk sewaktu kecil lagi oleh cikgu utama, ibu bapa kita. Contoh, seorang kanak-kanak perempuan yang biasanya dibelikan permainan, pakaian dan selalu mendapat apa yang dihajat, mak bapak dia dah jadikan dia spoil brat. Bila dah besar, kena cari boyfriend yang boleh fulfil her wants. Boleh ke serasi dengan boyfriend yang tak kerja dan faham citarasa dia? Contoh kedua, seorang kanak-kanak lelaki yang kematian bapanya dan hidup dalam serba kekurangan. Dia akan membesar sebagai seorang lelaki yang rasa bertanggungjawab kerana selama ini dia telah mengambil alih peranan bapa dalam keluarga.Orang macam ni selalunya kedekut dan berkira, sebab dulu dia pernah merasa hidup susah dan pada dia, kesenangan itu bukan cara nak enjoy, tapi survival for the next day itulah matlamatnya. Ada kanak-kanak di Palestin melihat keluarganya dibunuh dengan kejam oleh Zionis Yahudi dan dia melihat perlu dapatkan semula tanah air nya semula. Cara dia bersekolah, makan dan hidup, memang berbeza dengan orang biasa-biasa. CIta-cita dia juga bukan biasa-biasa. Pemikirannya juga bermatlamat kearah mendapatkan semula tanah air. Tiga kanak-kanak, tapi berbeza matlamat dan pemikiran. Dan mereka membesar sebagai seorang dewasa, membawa dogma masing-masing.
Jadi, background keluarga dan pendidikan awal telah berperanan membentuk pemikiran dan perilaku. Obviously. Tapi berapa ramai di antara kita yang sedari kepentingan pendidikan kanak-kanak? Jangan cakap “Ada aku kesah?”. Jangan suatu hari nanti anak-anak kita berkelakuan seperti orang yang tiada ibu bapa, pendidikan dan agama. Kitalah yang mencorakkan mereka. Masa depan mereka, tanggungjawab kita. Sambung kemudian.
Very true. We must take care of our children. I guess a lot of modern families in the city will be very concerned with their children’s upbringing. It’s just that they are not educated or equipped to do it well. I guess that’s where we come in.