Empat berdarah

bangunan-masjid-rabaa-al-adawiya-yang-hangus-dibakar-pasukan-keamanan-_130817125608-702

Jihad itu sangat payah

Jihad itu amat susah

Kalau jihad kerana Allah

Jihad itu jadi indah

Di mata terbayang jannah

Di dada berasa sakinah

————————–

Nota kaki: Sesungguhnya jiwa ini luluh melihat kezaliman tentera Egypt merampas hak politik rakyat Mesir. Rampasan yang dilakukan oleh tentera adalah salah satu wayang untuk menutup dalang untuk menghancurkan misi suci untuk tertubuh secara demokrasi (pilihanraya). Kemenangan akan tiba untuk kebaikan. Insya Allah.

 

Mangkuk tingkat

image

Kami berempat menikmati makanan yang dibekalkan oleh mak dalam mangkuk tingkat. Ni la antara nikmat travel jauh. Kalau travel sejam dua mana la nak merasa ni semua.

Alhamdulillah mak dah sihat. Seminggu di wad masa dalam bulan puasa. Mujur sekarang dah Larat buat kerja dapur dan rumah. Aku dah bekalkan cecair L.O.C multi purpose liquid cleaner. Mak gesek2 dengan penyapu. Taruk air pun sikit. Dia takmau basuh beriya sebab air dari rumah kami masuk semula ke rumah jiran dan menyebabkan becak! Alhamdulillah sangat kenal produk ni. Mak pun tak payah pakai clorox bleach lagi. Dah selamat dari segi kesihatan di situ sebab mak kena pergi emergency utk sedut oksigen sebab tuang clorox dalam bilik air and she closed the bathroom door. Lagi satu best nya L.O.C ni ia takkan jejaskan kelembutan tangan wanita. Cewah. Nak test meh la salam.

image

Makan dalam mangkuk tingkat ni perasaan dia klasik. Seolah dibungkus dengan kasih sayang. Tak macam makan dalam polisterin. Kami makan nasi jagung, pulut jagung, daging masak hitam dan ayam kurma. Masya Allah. Nape laa aku tak pandai masak macam mak. Mak dulu kena training memasak dengan moyang and she enrolled herself in cooking class. I adore her domestic skills. Tip top macam Nigella Lawson. Cuma part baking tu je dia lack of.

Semoga dapat ziarah mak lagi. Dah nak umur pencen ni, Allah bagi ujian kesihatan. Kita yang muda kena la banyak bersyukur dan manfaat kan umur dan kesihatan yang Allah beri. Last before habis entry kita nyanyi nasyid english Zain Bikha. Say Alhamdulillah. Thank you Allah. Thank you Allah for my mother.

image