Puisi: Guru Sukan

Dapatan daripada penglihatan aku kepada guru-guru yang sedang giat bekerja di padang bersempena dengan hari sukan sekolah pada 24 Mei 2014.

wahai guru sukan
dahimu berkilat
basah badan dek keringat
menolak jentolak minyak di padang
berpanas terik mengadili permainan bola jaring
berpeluh hingga kering mengajar bermain bola sepak
bersorak tempik dari tepi padang hoki

selepas penat bersukan
menanda kertas peperiksaan
dan buku latihan
tidak lupa di pejabat juga ada tugasan
gigihnya seorang guru sukan
kerjanya di padang dan kelas
peluhnya dilap tak berbekas

Wahai guru sukan
Kuat tubuh badan
Mental bagai dekan
Semangat bagai pahlawan
Walau penat di padang berlawan
Seorang guru sukan
Sanggup bekorban
Atas nama “Majulah sukan untuk negara”

Bila rindu

Secara tidak sengaja saya terilham untuk menulis puisi semasa hendak meninggalkan sepatah dua kata di blog Aini Shamsi. Alang-alang tulis, biar copy paste terus. Terimalah!

rindu itu bila hati teringat selalu.
rindu itu bila ada air mata turun laju.
rindu itu bila ketiadaannya menimbulkan rasa resah selalu.
rindu itu satu perasaan yang pilu.

Emokitteh lagi?

emokitteh

Bacaan lanjut: Siapa yang kamu sedang rindu?

aku dan dia.

Bila aku marah

Rasa diri lemah

Dia mengingatkan aku dengan kalimah

Dan menenangkan aku dengan hikmah

Bila aku rasa serabut

Buat kerja kalut

Kepada dia aku mengadu

Dia berikan ilham padaku

Bila aku rasa kehilangan

Juga tatkala keseorangan

Dia berikan aku ayat penenang

Mengubat aku dengan kasih sayang

dia tuhan aku dan kamu
dia juga sayang pada kamu,
bukan hanya aku

———

Ilham datang di subuh hari. Heheh. Baru balik dari Surrey. Kantoi ngan ustaz, anak murid ust kashfi. Ngehngeh. Sampai Plymouth 5 pagi. Hmm. Makin pergi ke negeri jauh, makin rasa bodoh. Banyak benda lagi nak kena belajar rupanya. Hari ini ada kelas IT bersama cikgu Mike. Ganbatte ne!