Empat berdarah

bangunan-masjid-rabaa-al-adawiya-yang-hangus-dibakar-pasukan-keamanan-_130817125608-702

Jihad itu sangat payah

Jihad itu amat susah

Kalau jihad kerana Allah

Jihad itu jadi indah

Di mata terbayang jannah

Di dada berasa sakinah

————————–

Nota kaki: Sesungguhnya jiwa ini luluh melihat kezaliman tentera Egypt merampas hak politik rakyat Mesir. Rampasan yang dilakukan oleh tentera adalah salah satu wayang untuk menutup dalang untuk menghancurkan misi suci untuk tertubuh secara demokrasi (pilihanraya). Kemenangan akan tiba untuk kebaikan. Insya Allah.

 

Book review: Tautan Hati <3

Novel ni sangat padat. Hampir 800 mukasurat. Ambil masa 2 hari juga untuk menyudahkan pembacaan. Kena take time nak menangis, gelak baca novel ni. Penulisnya, Fatimah Syarha Mohd. Nordin merupakan penulis yang tak asing lagi di kalangan penggemar novel-novel islami. Beliau juga merupakan Novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006. Masa sekolah menengah dulu ada kawan pass draft novel dia yang menampilkan watak Khazinatul Asrar (Seindah Mawar Berduri).

Continue reading

Must-read books

These books were among of 75 book listed by Esquire ‘must read in your lifetime’.

I think I should grab this book. A good man is hard to find by Flannery O’Connor.

Photobucket

And this is another must-read-book. A man changed after he read a book (I think the reviewer refers to The Holy Quran). The book is entitled “The autobiography of Malcolm X” (or aka Malek El Shabbaz). The only auto biography in the list. Usually an autobiography is about amazing people who had done tremendous deeds. I bet this book is inspiring.

Photobucket

And I just don’t get it why good people who fight for people’s right like Malcolm X, and Mahatma Gandhi was assassinated. Why do assassins kill these kind of people? Don’t we want peace and the good in this world?

Aku menulis bukan kerna nama

Siapa ingat bait lirik lagu puitis itu, pasti dalam kepalanya terngiang melodi lagu yang menyayat hati tersebut. Pemergian aku bersama rakan seperjuangan ke MASKARA9 mengundang nostalgia.

Bermula dengan nursery rhymes, lagu kanak-kanak, bait lirik lagu, kepada sajak penulis tersohor, hingga ke novel nukilan penulis nusantara.  Makcik aku (tinggal dengan kami, babysit anak saudara dia sampai besar pokok pisang, kemudia berjumpa jodohnya) dulu jurusan sastera. Novel yang dia dianugerahkan bersempena dengan keputusan cemerlang semasa di sekolah menengah chenderong balai, dibelek oleh aku. Seorang tua di kaki gunung, Hikayat Malim Deman (bacaan wajib), koleksi cerpen perang oleh Arenawati, masterpiece Keluarga gerilya dan sebagainya, aku dah mula baca karya sastera yang berkualiti sejak dari kecil.

Nak katakan mutu bahasa Melayu aku bagus, tak mungkin. Walaupun dapat A1 masa SPM (aku tahulah taktik lembaga peperiksaan menaik dan menurunkan graf, pada hakikatnya masa periksa cikgu selalu bagi aku markah C), tapi hakikatnya aku bukanlah orang yang pantas berbicara bahasa Melayu dengan fasih. Aku lebih selesa bertutur dengan bahasa yang digelarkan sebagai ‘bahasa penjajah’. Rasanya lebih selesa. Acapkali aku buntu, kehabisan kosa kata. Kerap kali kata-kataku disalah tafsir, diambil sensitif. Itu dari segi pertuturan (speaking skills).

Dari segi pembacaan dan penulisan, aku kira, tak memalukan DBP dan Jabatan Bahasa Melayu (IPBA) sangat. Haha. Pernah aku cuba nasib, menghantar dua karya untuk lomba puisi (indon la pulak, hehe). Satu Bahasa Melayu, satu Bahasa Inggeris. Semasa keputusan diumumkan, hati aku debar, kerana aku harapkan karya aku terpilih. Malangnya tiada. Aku menulis tentang kemerdekaan. Kemudian keputusan untuk karya Bahasa Inggeris. Alhamdulillah aku menang tempat pertama. Dapat hadiah novel tulisan Michael Crichton, State of Fear. .

Kemudian aku terfikir, aku rasa pelik, aku suka karya Bahasa Melayu. Semangat bila dengar puisi. Meremang bulu tengkuk kalau dapat novel Melayu yang bagus (terus terang saya katakan, lambakan novel melayu picisan pop di pasaran merosakkan bahasa Melayu), tapi kenapa dari segi penulisan kreatif, bahasa ibundaku, kualitinya kurang? Sedangkan, kalau diikutkan, dari segi pendedahan, aku membaca penulisan kreatif dalam bahasa melayu, lebih awal dari bahasa inggeris. Dan aku dapat menghayatinya dengan baik.

Zaman aku kecil dulu, penuh dengan bacaan Bahasa melayu yang bermutu. Kini majalah Kuntum masih dijual, dengan harga RM2, namun anak-anak muridku kurang keinginan membelinya. Aku fikir, kanak-kanak sekolah rendah pasti mahu beli majalah yang ada cop Disney, Bratz, dsb (aku pun tak tahu sangat, aku tak baca majalah kanak-kanak ni). Dulu semasa jualan dari scholastic, pelbagai buku terjual. Bukannya murah. Barangkali kalau jumlah duit yang diberi kepada Scholastic itu dikumpulkan, cukup untuk biaya majalah Kuntum seorang satu (tahniah juga kepada scholastic kerana mengangkat karya yang bermutu, bukan nak bodek, tapi hakikat).

Zaman kini, aku fikir, mereka lebih berminat untuk menaikkan taraf bahasa Inggeris. Terus, apa akan jadi pada bahasa Melayu? Tambahan pula Bahasa Melayu Indonesia sememangnya mendapat tempat di hati pelajar bahasa antarabangsa. Karya untuk kanak-kanak dalam bahasa melayu semakin kurang.

Ah sudah. Panjang pula bebelan. Sambung lain kali. Perlu menulis rancanga mengajar harian. Esok pensyarah nak pantau.

Kerana kau mahu menjadi aku

Bila aku tertawa

Kau suka

Kau juga mahu tertawa

Kerana aku tertawa dari hati

Aku ketawa dengan senang sekali

Bila aku berjalan

Kau juga mahu jadi bayang-bayang

Mengetahui jejak langkahku

Meniru gerak gayaku

Mengikut garis hitam

Kau mahu menjadi aku

Namun satu yang kau tidak tahu

Hatiku bukan milikmu

Kerana itu kau tak dapat mengaku

Kau adalah aku

Aku join sindiket

Ni bukan sindiket dadah atau sindiket haram. Sindiket ini diharidiri segolongan awek cun dan mamat kacak tapi poyo+sengal (pongal? sengyo?).

Akhirnya aku berjaya menghadirkan diri ke deklamasi puisi sindiket sol-jah. Pada mulanya aku cuak kerana jalan ke Rumah Pena sangat gelap dan berliku (ewah!). Namun kesusahan itu kutempuhi. Ku dail nombor enche photographer.  “awak!! apesal gelap neh? ai takot laa~ huwaaa~ amek la ai kat sini” dengan nada ketakutan.

Majlis diserikan dengan lawak jenaka dari enche mat jan. beliau boleh memberikan lawak sengal yang ada substance. mungkin lepas ni tv3 berminat nak offer dia jadi pengacara. Antara ayat dia yg aku suka “alamak, sy baru tahu naskah buku tu dah habes. Sepatutnya dalam skrip saya promo buku tu, tapi takpelah. Sebab saje nk bg korang dengki sebab tak dapat beli buku tu, sy pn nk cerita apa yg best tntg buku tu (matjan promot buku bla3)”.

Semalam ada pantomin tentang orang kita yang terpaksa naik flight murah tanpa insuran di Romania. Lain dari yang lain. Sengal tapi mantap. Haha. Sketsa dari Roti dan Kopi memang best. Sume orang gelak besar.

Ada band CMYK yang menghiburkan. dah lama tak dengar lagu “hakikat cinta yang sejati”. Lirik pun dah lupa sikit2. Enche2 hensem CMYK menggalakkan penonton menyanyi, namun tidak mendapat sambutan. Mungkin penonton tidak bersedia dengan acara karaoke. Walaupun aku tidak ada mic, tapi aku menyanyi kecil. Haha. Takde orang denga pon. Lalalala.

Semasa Kak Nasriah bacakan sajak, bulu roma meremang. Tatau nape. Powerful betul. Dipetik dari Surah Yusuf katanya. Suara gemersik beliau, bersama dengan kekurangan lighting dalam rumah, memang menginsafkan. Huks~

Paling sweet sekali, ada penganugerahan untuk kapel pembancuh aer yang baru melangsungkan perkahwinan. Bak kata matjan “tanpa mereka, kehausan la kita”. (Maaf, aku lupa nama kalian).

Ada penyajak femes dari tahun 70an. Aku fikir, ada orang dah berikan rawatan untuk dia. Namun, deklamasinya makin mantap. Last time aku dengar di bersajak atas batu di tepi pantai dalam filem 80an (nama filem dah lupa, hehe). Sempat nampak orang rumah Pak Pyan, Kak Zu. Wah, maintain jelita. Tak sempat nak tegur. Tengah make call masa tu. Satu la pasal derang. Ai respek gila kat derang. Derang berkahwin sebelum bercinta. Kak Zu tak kenal pun siapa Pak Pyan sebelum kahwin.

Ada gadis manis yang menyanyi lagu cintan. Ada lari pitching sikit tapi kene menten cun. Mendapat tepukan gemuruh dari soljah. Lewat malam benar dia manyanyi. Tak fokus aku pada lirik sbb dh nk blk. Tapi lirik dia sedap. Ok. Aku pun kena balik. Yalah. Dah besa macam ni pun kena ada curfew. Aku bukan gi clubbing. *mengomel*

“mancet” kata rasso.

“what’s that?” tanya aku.

“trefik jem”, sengih rasso.

ches.

Overall, aku suka maskara.

Oh ye, this reminds me of my Maybelline mascara aku yang dah nak abes. 😛

Pictures: Qalamun gallery

Tapi aku harapkan, soljah akan merekrut lebih ramai ashkar wanita. Bleh?

Puisi untuk Fahri

Kamu lelaki

yang mengajar erti

cinta tak seharusnya memiliki

jodoh itu ketentuan ilahi

yang berat itu soal hati

fahri

kepada mas fahri,

dong sayang. mudahan ramai mengikut jejakmu. menimba ilmu. menebarkan sayap kasih sayang antara manusia. menegakkan syariat allah di alam semesta. aku mengharapkan kewujudanmu di dunia ini. amin.

*maafkan aku andai sejak dua menjak ini aku bicara dalam bahasa indonesia dan bahasa arab. bear with me ya?

related post: review ayat² cinta