Book review: Tautan Hati <3

Novel ni sangat padat. Hampir 800 mukasurat. Ambil masa 2 hari juga untuk menyudahkan pembacaan. Kena take time nak menangis, gelak baca novel ni. Penulisnya, Fatimah Syarha Mohd. Nordin merupakan penulis yang tak asing lagi di kalangan penggemar novel-novel islami. Beliau juga merupakan Novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006. Masa sekolah menengah dulu ada kawan pass draft novel dia yang menampilkan watak Khazinatul Asrar (Seindah Mawar Berduri).

Dari segi pemilihan plot, penulis menampilkan gaya yang berlainan. Novel ini berpandangan orang pertama (first degree character). Namun, penulis memilih untuk tidak berfokus pada satu karekter sahaja. Pelbagai isi hati karekter diselami. Kadang-kala saya terpaksa baca semula untuk memastikan kepunyaan siapakah monolog tersebut. Adakalanya bercampur. Membaca novel ini memerlukan pemikiran kritis dan pantas. Tidak boleh leka sesaat pun agar dapat menghayati plot. Berhenti membaca seketika hanya apabila tamat sesebuah bab.Saya puji penulis dari segi perkaitan karekter. Bukan senang nak kaitkan karekter dan isi hati mereka (mungkin kerana inilah novel ini dinamakan ‘Tautan Hati). Satu demi satu kisah diungkap dan penulis pandai bermain dengan misteri. Penuh persoalan sehingga hujung novel. Kerana itulah ia sebuah novel yang ‘un-put-down-able’. Penulis juga berjaya menyentuh hati saya untuk merindui ukhwah islamiyah. Bercinta hingga ke syurga.

Novel ini tidak lari dari fiqh perhubungan muslim dan muslimah. Fatimah Syarha tidak dapat lari dari tema cinta Islami yang mengajar pembaca menyedari bahawa cinta Ilahi adalah destinasi yang sebenarnya. Juga kita perlu bersikap ‘la tahzan’ dalam soal jodoh.

Penulis memilih UIA sebagai lokasi utama untuk penceritaan. Terbayang saya jauhnya karekter berjalan antara mahallah demi mahallah. Mujur juga saya pernah berkunjung ke UIA, jadi sewaktu membaca, dapatlah membayangkan keadaan mahallah dan keadaan sesebuah bilik.

Terdapat banyak karekter. Terlalu banyak. Ada juga persoalan kritianisasi (watak non-muslim) dan persoalan aqidah. Padanlah novel ini tebal. Saya perlu letakkan bantak kecil di atas perut (perut perempuan mengandung 7 bulan besar ya!) kerana buku yang berat dan menimbulkan kesan di kulit. Ya, saya suka membaca di dalam duvet. Tanpa gangguan, boleh menangis dan ketawa sesuka hati. Bila mahu menangis, boleh pekup bantal di muka. Begitu juga tatkala ketawa. Adakalanya memeluk bantal, bergolek ke kanan dan kiri. Suami saya tak faham kenapa saya tak boleh baca e-book. Tapi itulah antara sebabnya. Menatap novel di skrin monitor adalah kurang selesa dan mengurangkan penghayatan terhadap pembacaan. Kalau nak masuk di hati, mestilah kena hayati kan?

Tautan Hati oleh Fatimah Syarha

Secara jujur, saya takkan kupas novel ini secara mendalam. Tak mahu terlalu menjadi seseorang yang kritikal dari segi teknikal. Apa yang saya mahu anda tahu, novel ini berjaya membuatkan hati saya terpaut dengan ukhwah islamiyah dan keindahan agama saya yang suci ini. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah. Saya doakan agar semua dapat memilikinya. Dan tetap memilikinya agar pengakhiran kita semua adalah baik (husnul khotimah).

Denyut Kasih Medik, Dr. Farhan Hadi

Juga saya turut mencadangkan novel ‘Denyut Kasih Medik‘ oleh Dr. Farhan Hadi. Suami bagi penulis Fatimah Syarha. Fatimah Isterinya merupakan editor bahasa bagi novel ini. Novel yang sangat berguna bagi pelajar medik, doktor, nurse dan sesiapa sahaja yang pernah tinggal di hospital. Boleh baca reviewnya di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *