Review: Teater Imam Al-Bukhari

Pertama kali saya menonton teater di bumi Johor ini. For quite a long time, I haven’t watch any theater. Alhamdulillah, saya berasa gembira dapat turut sama menyaksikan teater anjuran Waqaf An-Nur (JCorp). Saya kira teater Waqaf An-Nur mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana kehadiran telah mencapai angka 3 ribu. Harus saya ucapkan tahniah kerana berjaya menganjurkan teater ini. Ramai yang dahagakan teater islami sebegini. Kita sudah muak dengan hiburan dan suapan hedonisme.

Pertamanya, muzik dan syair iringan begitu menyentuh kalbu. Bahasanya berima. Sedap mendengarnya.

“Apabila iman menjadi lemah. Mengikut akal bukan sunnah. Kebenaran difitnah,firman disanggah”

Fokus cerita bukan pada kehebatan Imam Bukhari. Namun kisah bagaimana seorang penegak kebenaran berjuang dan sanggup bermati-matian, mengikut fahaman Sunnah Wal-Jama’ah. Walaubagaimana moden sekalipun kita, landasan kehidupan biarlah berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadith.

Mesejnya jelas walaupun ada sedikit bunga bahasa. Karya teater tanpa bunga bahasa (balaghah) pastinya tidak indah umpama tangkai bunga tanpa kelopaknya. Saya pasti ramai faham apa yang penulis skrip dan pengarah cuba sampaikan. Terlalu ramai antara kita yang mengharapkan kejayaan dunia (pangkat dan darjat) menggunakan agama. Fahaman muktazilah pada masa kini juga berleluasa dengan luas. Sedikit sebanyak, penulis menegur kita yang banyak berdebat menggunakan akal dan bukan fahaman al-Quran dan hadith.

Antara scene yang berjaya menyentuh hati ialah tatkala Imam Bukhari dilanda fitnah dan melarikan diri dari kota Baghdad.

“Apakah kau mahu membawa apa-apa wahai Imam? Bajumu? Kainmu? Hartamu? Agar dapat kubawa menaiki untaku”

“Aku tidak ada harta wahai Muslim. Hartaku hanyalah kitab-kitab dan ilmuku”

Aduhai. Tersentak hati mendengarnya. Betapa aku miskin sekali dibandingkan dengan Imam Bukhari. Sebuah buku pun aku tak pernah terbitkan. Yang pernah hanyalah beberapa bait puisi yang tidak menyentuh hati.

Akhir sekali, buat penonton teater di serata negara, hormatilah penonton lain. Matikan suis telefon anda. Tak perlulah anda mengulas semasa teater sedang berlangsung. Erti kata lain, bersembang dengan rakan sebelah. Untuk masa yang lama. Jika hendak bercerita, ceritalah di dalam blog agar semua dapat membacanya. Hayatilah karya seni. Hargailah karya seni. Tak perlulah ditepuk  dengan kuat saat pengakhiran perawi ulung itu. Sewajarnya kita menangis. Sewajarnya kita insafi. Bertepuk tangan itu ironi. Seperti seronok melihat persembahan konsert. Sedangkan scene akhir ialah scene yang menyentuh hati. Kematian seorang ulama muktabar. Adakah kematian orang begitu kita perlu bertepuk tangan? Kalau hendak menghargai lakonan sekalipun, cukuplah sekadar standing ovation. Tak perlu bersiul-siul. Diharapkan semua yang menonton mengambil manfaat. Yang diingat, bukan sahaja lawaknya akan tetapi isinya.

Segala yang baik dari Allah. Yang buruk dari kelemahan saya. Didoakan moga ramai lagi pihak yang akan menganjurkan teater islami sebegini untuk makanan jiwa.

2 thoughts on “Review: Teater Imam Al-Bukhari

  1. salam
    pandangan saya supaya di lain masa teater sebegini sewajarnya diadakan pada tempat yang bersesuaian. tidak perlu mendongak kepala untuk melihat lebih jelas persembahan di pentas. dewan persada rasanya kurang sesuai untuk dijadikan pementasan teater.

  2. assalamualaikum..

    saudari,sy minta izin copy ke blog..sy buat promo teater ni,tp tak dpt hadir..mohon keizinan.

    thank you in advance (~_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *