Selepas dibersihkan

Ampun tuanku. Sembah patik harap diampun.

Patik memohon agar tuanku mengusulkan memorandum tersebut, suara hati rakyat jelata. Segala luah rasa rakyat di bawah naungan tuanku, segala jerih payah rakyat menempuhi bala tentera FRU, sumpitan air dan gas pemedih mata itu segalanya dilakukan untuk jajahan takluk tuanku. Sekalian rakyat jelata mahu melindungi tanah naungan tuanku. Patik dan rakyat jelata sayangkan tanah ini dan mahukan ia menjadi peninggalan yang terbaik untuk anak cucu kelak. Agar anak cucu kami tidak menyalahkan kami kenapa tanah ini berhamburan dan kucar-kacir. Patik harap tuanku mendengar isi hati rakyat jelata. Ampun tuanku.

[back to Bahasa Melayu non-istana]

Kami bercakap soal negara dalam ‘istana’ kami (perasan! hahah :P). Kami tak kisah benar tentang tanah air kami kerana dari situ kami mahu bina kekuatan. Dimulai dengan kekuatan diri, membina kekuatan sahsiah dalam keluarga, kemudian masyarakat, seterusnya negara, dan kekuatan yang mengambil masa berzaman, iaitu kekuatan ummah.

Kami memikirkan bagaimana mentaliti masyarakat dan kisah hidup rakyat. Kisah perjuangan dan pengorbanan. Perjuangan ini lebih lama dari perjuangan mendapatkan tanah merdeka dari British. Perjuangan ini adalah kesinambungan dari moyang poyang (saya pinjam istilah dari Muhammad Haji Salleh) yang mahu mentadbir tanah yang dikerah.

Kami menangisi perjuangan mereka yang sanggup mengorbankan tenaga, masa. Membawa anak isteri. Merempuh hujan lebat (adakah mereka demam? Sakit sendi dan otot? ya Allah, selamatkan mereka). Merempuh water pump dan tear gas. Memayungi diri dari hujan asid di dalam masjid tatkala mahu mengerjakan solat Zohor. Mereka datang secara aman. Datang tanpa biaya siapa. Berhimpun secara aman. Sama saja perhimpunan di dataran merdeka semasa hari kebangsaan. Tapi perhimpunan ini lebih aman dan bermatlamat. Perjuangan perhimpunan semasa hari merdeka itu apa? Entah.

Kami mahukan pilihanraya bersih. Apa yang susah? Apa yang gusar? Apa yang hendak ditakutkan sehingga menghantar bala tentera FRU untuk menakutkan rakyat jelata?

Baca juga:

Bersih | Aritmetik dan Zam Zam Alakazam

Satu suara hati yang bersih

Bersih @ MSD London

7 thoughts on “Selepas dibersihkan

  1. Laju je Abang Umar caruk komen. Blog aku taknak lak dia komen? Cis.

    Well..

    The Government in the first place had zero tolerance with facts. They hid facts from the people, and what is so curious is that why most of the people still have faith in them? Those who are brain-washed, not politic-educated are easily being “towed” away by the “you know who”.

    That is why, as what you guys said, the Government is mis-using the media to hide facts from the younger generations. Some people might be confused in the conflict where they do not know which to trust, the local media or independent news from the blogsphere. The political system in this country is corrupting, Ministers do not think twice before they voice their comments, and more often, they think they can control the facts. Indirectly, they are instilling shame on the country and the people. How would foreign countries see us as? Ignorant maniacs?

    Democracy, Malaysian Style. A very nice 3 bombastic words to describe Malaysia’s Democracy, bravo! 50 years of Independence and yet the politicians cannot solve things mature and effectively. For example, the most simple way to get 2 is to add up 1 and 1. However the Government prefer the Further Mathematics way, 1+2+3+4+5+6+7+8+9-9-8-7-6-5-4-3-1, something like the Born-Haber Cycle. Shameful it is to compare the Government to a little kid.

    I want a peaceful life to live with my family in the future. I want to pay lower taxes. I want to see a better political system. I want to see freedom of speech. I want to see freedom in the media. I want to see facts.

    Cheers.

  2. daulat tuanku~
    i pray that something will be done to change the corrupted and jungle-type-of election and politic scenario in Malaysia.People need justice and i don’t want me and my offsprings (in the future) being deceived and denied for our own right in my beloved country.

    O God,save us all…Aamin…

  3. c4f: i wonder whether their manipulations is valid now. they hide so many skeletons in their closet too much to the extent they can’t the wardrobe could not fit any more.

    halwani: ameen

    alin: susah bila hati tak bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.