Jiwa kacau

Salam. Alhamdulillah, masih ada peluang bernafas dan menulis dalam ruangan blog kerdil ini. Jiwa kacau (interrupted soul). Siapa yang selalu ungkapkan perkataan ini? (I leave the question to the readers). Ni bukan blook Jiwa Kacau tu. (Ops, teringat projek blook saya. Encik Azhar, bila mau siap projek Jakun ni? saya mau balik Malaysia sudah…).

Selalunya bila ditimpa musibah, hati akan berasa tak tenteram. Kepala rasa berserabut. Rambut pun kusut. “Berserabai” kata orang Perak. Apa nak buat? Ada orang pergi shopping. Therapy katanya. Namun saya waktu dahulu, seusai shopping, akan rasa terkilan kerana membazir dan menghabiskan duit untuk benda yang tak membawa ketenangan pun. In the end, hati tak tenang dan masalah pun tak selesai. Shopping (some says retail) therapy itu hanya satu escapism saja. Itu bagi saya. Ada yang clubbing, mabuk-mabuk, menjerit kegirangan dan akhirnya muntah-muntah. Ada juga yang kehormatan mereka diragut saat mabuk-mabuk. Kena ragut. Kena ugut. Kena macam-macamlah. Itu namanya menambah masalah. Tenangkah? Entah. Never put myself into that shoes. Ada orang mahu berkongsi pengalaman?

Saat tertekan, emosi menguasai diri, ada rasa hendak bunuh diri. Kerana tak tahu nak buat apa dan tak tahu kepada siapa mahu mengadu. Syaitan membisikkan hasutan jahat dan menyuruh anak Adam buat perkara yang lebih mungkar. Final resort, suicide. Nauzubillah. Tak masuk syurga. Ahli neraka. Daripada mahu melepaskan diri dari masalah, terus bergelumang dalam musibah dan azab yang lebih besar untuk selamanya. Nauzubillah. Ada kisah hidup mereka dikumpul dalam satu laman. Blog of death.Konflik hidup mereka namun jalan penyelesaian yang sama. Tragis. Kita semua manusia. memang harapkan yang terbaik. Namun, siapa yang hidup dalam fairy tales? Even fairy tales have its own obstacles and conflict before its happy ending, right?

Jadi, bagaimana caranya mengubat jiwa kacau? Bagaimana mahu mengubat hati? Bagaimana nak tenteramkan jiwa yang kusut ini? Bagaimana nak cari ketenangan jiwa. Ya, barangkali itulah soalan yang tepat dan di cari manusia. How to find the peaceful state. The best and harmless way. The way that Allah pleases and best for our souls.

Kepada yang mempunyai pendirian dan keteguhan iman, insha Allah akan menghadapi mehnah (ujian) hidup dengan tenang dan lebih mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. Inilah masa terbaik untuk berdampingan denganNya. Allah berikan ujian sebagai peringatan. Mungkin telah lama kita “jauh” daripadaNya. Mungkin kita terlupa akan Nya. Alaa… macam drama Indonesia, bila diberikan mehnah, barulah menadah tangan, menangis dan meratap merayu kepada Allah kembali. Oh, drama Melayu pun ada juga. Menangis bila anak mati. Menangis bila derhaka pada emak, dan tak sempat mintak maaf dengan mak sebelum mati. Lalu ketika itulah, sejadah dibentangkan, tangan ditadahkan, doa dilampir, kerana fitrah manusia itu sememangnya lemah dan mahu bertuhan.

English translation of surah Al-Sharh:

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. [1] Have We not expanded thee thy breast? [2] And removed from thee thy burden [3] The which did gall thy back? [4] And raised high the esteem (in which) thou (art held)? [5] So, verily, with every difficulty, there is relief: [6] Verily, with every difficulty there is relief. [7] Therefore, when thou art free (from thine immediate task), still labour hard, [8] And to thy Lord turn (all) thy attention.

Allah dah pesan dalam surah di atas, selepas diuji, akan diberikan kesenangan. Sedang bersenang, Allah akan uji dengan kesusahan. Itu sunnatullah. Untuk menguji hati hambaNya, siapa yang benar-benar berjihad dan bersabar (refer to Surah Muhammad, verse 31). What’s the point of living, if it’s so beautiful, you don’t have to struggle and have no problem? What’s the point Allah created heaven and hell? Think about it. There’s hikmah (blessings) in everything. Turn to him. Back to the basics. It is better late than never. Allah is the most gracious and most merciful and he will give his guidance to whom He wants.

Terima kasih ya Allah kerana aku masih berpeluang untuk mengucapkan rasa taubat dan syukur. Terima kasih kerana memilih aku untuk berada dalam nikmat islam, iman dan ihsan. Terima kasih Allah kerana tidak membolak-balikkan hatiku untuk berpaling dari agama yang benar. Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku limpah rahmat dan nikmat, berbanding dugaanMu yang cuma datang seketika. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah. Thank you Allah.

Resources:

www.al-islam.com
PS: Rasa macam tak cukup perencah. Ada sesiapa mahu tambah dalil dan penerangan, hatta pengalaman?

4 thoughts on “Jiwa kacau

  1. hey there..are u a malaysian student in plymouth? if u are, can i just ask if i can get a contact number for Eidzlam? do u knw him? its urgent. many thanks.

  2. Alhamdulillah, it’s glad to see, even how much you bersedih sekali pun, you still x lupa yang u masih ada Tuhan tempat untuk mengadu. Ramai orang di luar sana yang lupa masih ada alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah.

    Masalah diselesaikan dengan menimbulkan masalah. Takkan ada penghujung.

    Fi Amanillah, semoga jati diri dan iman u akan lebih kuat selepas ni. If u ever need my helping hands, they will always there for you. Jaga diri.

  3. to navarettia

    can u give me ur email so that i can give it to edzlam. ps: i wont approve the comment that contains ur emaill address. no worries mate.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *