Cerita cikgu

Hari ni Allah buka mata saya seluas luasnya. Seorang anak murid mengadu yg budak lelaki bernama F ni ketuk kepala dia.

Cikgu: awak buat/cakap apa sampai dia ketuk awak?
Murid perempuan: takde apa cikgu. Tiba2 dia ketuk

Saya bertanya lebih lanjut kepada F sebab musabab dia buat begitu.

Cikgu: kenapa awak buat nadia macam tu? Dia buat apa? Dia ada pukul awak? Mengata awak?
F: takde cikgu.
C: dahtu? Kenapa nak pukul dia tak masal? Awak kena pukul dengan siapa? (Saya pegang lengan)

Tiba2 dia menarik lengannya dengan cepat. Mengaduh kesakitan. Walhal saya baru pegang. Pelik. Saya bawa ke perpustakaan di corner yg ada sofa.
C: awak kena pukul dengan siapa?

Terus air mata mengalir keluar. 

F: ayah saya.
C: dia pukul kat mana? Sini ye? (Sambil memeriksa lengannya yang berbirat kemerahan)
C: dia pukul dengan apa?
F: pancing
C: awak buat apa sampai dia pukul awak mcm ni? Awak nakal ye?
F: taktau cikgu.  Tiba2 dia pukul (air mata laju keluar)
C: bila ni?
F: semalam. 
C: waktu bila? Pagi? Petang? Siang? Malam?
F: waktu maghrib. 

Lepas tu nasihat selanjutnya diberikan agar beliau tidak memukul anak orang lain.

Kesimpulannya,  keganasan yang berlaku dalam domestik akan berlanjutan hingga ke komuniti.  Banyak sebab berlaku keganasan. Namun sewajarnya sebagai seorang guru, jangan sesekali kita turut terjebak dengan berlaku ganas kepada anak murid kita. Janganlah lempang, cubit,  pukul anak murid kita. Percayalah pada hikmah sebagaimana Rasulullah tunjuk dalam akhlaknya. Anak murid yang masih berada di sekolah rendah adalah mudah disentuh berbanding dengan sekolah menengah.  Tolong lah. Berhenti hukum fizikal anak murid. Kita nak lahir kan rakyat Malaysia yang baik. Bukan ganas.

One thought on “Cerita cikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *