Pertamanya, sempena bulan bahasa kebangsaan, saya menyeru diri saya supaya menggunakan bahasa kebangsaan dengan gramatis.
Hari ini, sekolah kami mengadakan kursus LDP. Sepatutnya En. Iskandar Radzy turut hadir berkongsi ilmu database beliau namun, oleh kerana masalah teknikal, tentatif program dimulakan oleh Cikgu Azimal. Beliau mengajar kami bagaimana untuk mengajar membaca dan menulis menggunakan teknik Selan Osni. Modul yang telah dibeli oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, dapat dipelajari sedikit sebanyak. Mana-mana guru yang mengajar bahasa asing juga mungkin boleh mengadaptasi teknik Selan Osni ini. Ini adalah kerana ia berunsurkan didik hibur. Murid lebih mudah menghafal sekiranya drilling dilakukan secara seronok dan pelbagai.
Untuk slot kursus kedua, saya telah mengikuti kelas Cikgu Dalilah (Matematik untuk LINUS). Beliau mengajar kami cara membuat doh untuk kegunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Selain itu, doh ini juga boleh digunakan untuk mencantikkan tulisan mengikut kaedah Selan Osni. Menurut guru pemulihan, playdoh atau plasticine boleh melembutkan tangan kanak-kanak. Doh ini juga selamat dimakan dan tahan selama 6 bulan. Pelbagai warna boleh digunakan sekiranya anda mahukan keceriaan untuk BBM anda. Yang penting sekali, playdoh ini ekonomi harganya. Untuk anak-anak pun sesuai. mari lihat cara menyediakannya.
Bahan-bahan yang digunakan ialah:
- Tepung Gandum (1kg)
- Minyak masak (1 cawan)
- Garam halus (1 cawan)
- Air panas (1 cawan)
- Pewarna
Langkah-langkah menghasilkan playdoh:
- Gaulkan minyak ke dalam tepung.
- Larutkan garam di dalam air panas dan masukkan ke dalam adunan tepung.
- Uli sehingga sebati, masukkan pewarna kesukaan anda.
- Biarkan sementara.
- Bentukkan playdoh mengikut selera.
Menu makan tengahari juga tidak kurang hebatnya. Siput sedut masak lemak, ayam masak merah, sayur tumis, ikan masin dan puding roti. Menu dihidang oleh krew En. Mustafa yang baru sahaja memenangi anugerah kantin terbersih peringkat negeri Johor. Dulu masak nasi selalu terlembik atau keras, tapi sekarang dah mantap. Itulah namanya berkat belajar dari kesilapan.
Akhir sekali… Wah! Saya berjaya menulis blog menggunakan bahasa kebangsaan dengan gramatis.
Apa yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri saya sendiri.
Sila la cuba buat playdoh tu untuk kelas you. Manalah tahu mereka suka main tanah liat.