The best part is I get to have dinner with my husband. Selalunya dia makan dengan office mate di sana, kita makan di rumah. Jadi bila Ramadhan tiba, saya berasa bahagia.
Bangun sahur pukul 5. Sangat la best dapat makan pada pukul 5 dan dapat prepare banyak benda sekiranya tak dapat diselesaikan di malam hari. Lepas tu, tak perlu lagi nak fikir pasal breakfast. Selalunya breakfast pukul 9-10 kalau schedule biasa. Tapi saya suka dengan pengaturan pada bulan Ramadhan. Diet lebih teratur dan breakfast sangatlah penting untuk tumbesaran dan perkembangan minda. Pergi sekolah pun awal. Jalan di Johor Bahru pun kurang traffic jam.
Rakan-rakan di Facebook pun banyak paste hadith2, berkongsi ilmu, saling mengingatkan agar merebut peluang sekali setahun. Selain daripada jualan tudung dan baju raya di Facebook, pelbagai video yang mengajar kita tentang akhirat pun banyak dipaparkan. Terima kasih ya kerana mengingatkan.
Rancangan TV dipenuhi dengan pelbagai program yang membina jiwa. The one that I really enjoyed is Masam Manis Ramadhan by Sheila Rusli and Jinggo. It’s a drama yet it’s a cooking show. Tapi dia ada selitkan kepentingan pendidikan agama dalam keluarga. Juga cara mengatasi keletah anak remaja. Jejak Rasul kali ni pun best. Siri Srikandi dan Yahudi memang memukau. Kalau ada VCD insya allah saya beli. Memang berbaloi untuk tatapan anak-anak yang bakal menghadapi pelbagai cabaran akhir zaman.
Saya akan rindu Ramadhan. Kalau boleh saya nak ramadhan panjang lagi masanya.