Motif permainan telefon berkarat

Pernah main permainan ni?

Di mana orang paling awal akan menerima mesej, dan perlu menyampaikan mesej secara berbisik, sehingga ke giliran orang terakhir.

Aku bermain permainan tersebut, sewaktu aktiviti kokurikulum di sekolah, Sabtu lalu. 2 round, they didn’t deliever the message correctly.

Motif? News, info, gossips that we passed around, orally, usually incorrect. It tends to be added with extra spices, thrills, and controversial, or usually edited with some omission of important details and plots. Samasa tokok tambah, atau cerita yang telah dipotong2. Selalunya versi pertama masih dapat mengekalkan versi asal, tapi bila dah pass around kat orang ke lima, ke enam, selalunya makin jadi pendek dan akan menimbulkan misunderstanding. Selalunya cerita tak lengkap lah. Boleh jadi fitnah. Tambahan zaman sekarang zaman kiasu. Ada je orang yang nak menjatuhkan kita. Ada je orang yang dengki dengan kelebihan kita. Biase le tu.

Zaman sekarang lagi hebat. Tak payah nak sampaikan dari mulut ke telinga. Sekarang ni style hentam blog, hentam komen. Alah, macam blog kak red lah. She is alraedy fofuler. Ada orang komen itu ini. Petikan: moga bila dah tua ni sedar2lah.. kurang2kan lah riak , menunjuk dan mendedahkan apa2 yg patut.. yes it’s ur blog.. tapi apa yg kau dedah2kan.. mengundang fitnah dan umpat keji dan dosa..“. Haih la. Tu blog dia. Dah nama pun perempuan. Mesti la beli henbeg dan kasut. Dah nama blogger, mesti la nak share her passion ngan readers. kalau ye pun nak berdakwah, boleh ke tuduh kak red tu riak? hanya Allah saja yang tahu niat dan amalan kita.

Komen aku pun pernah dihentam di blog peribadi kerana isu teologi. Biasalah tu. Nak gelemerkan aku ye? Dulu aku siap menangis lagi sebab manusia kat forum degil kedegaq menidakkan kebenaran. Tapi aku consult seorang kakak dokter (masa tu isu babi kenapa ia haram). Dengan tenang dia cakap “alah, kalau orang yang hati dia nak cari agama, dia takkan hentam. dia akan terus mencari dan menimbang dengan hati dan akal (bukan mengabaikan salah satu–sebab tu al-quran diturunkan untuk hati ;)”. Economy consultant yang bijak dalam segala hal juga seorang dokter falsafah pun pernah cakap “kalau mereka berjaya menemui teknologi kaedah menghapuskan kuman dalam badan babi, kalau ia diharamkan oleh Allah, haram juga. Ia diharamkan bukan kerana kumannya. Dah Allah kata haram, haram la. Watpe nak degil (i take all the prohibitions in islam is a tool to test one’s faith and stubborness)”. So, aku tak payah la cari bukti saintifik samada babi tu ada kuman ke, sebab dia takleh disembelih sebab dia takde tengkuk ke, whatever lah. (wah, tulisan ni dah melarat ke subjek lain nampaknya ye?). It’s all about faith and heart. Yang penting, takyah buang masa berdebat dengan orang yang degil. Macam keturunan kaum yahudi la (sehingga zaman nabi isa), beratus nabi diutuskan, pelbagai bala ditimpakan, namun kedegilan mereka tetap utuh hingga akhir zaman. Mungkin masa tu, Allah nak suruh aku buat research lebih, membaca lebih, tambahkan iman, banyakkan sabar. Dugaan semua tu. Hehe.

Berbalik kepada soal miscommunication. Zaman sekarang zaman fitnah cyber (kepada yang jahil bahasa arab, fitnah juga vocabulary yang membawa maksud dugaan). Orang gunakan blog untuk menyampaikan wadah pemikiran akademik, memperjuangkan bahasa, menjual produk, dan sebagainya. Walau apa pun motif, jangan lupakan tujuan kita diciptakan. Zaman sekarang, kita terlalu banyak bergaduh tentang benda yang remeh. I hope my students learned the lesson well. tell the truth and do not omit any info. jangan amek part yang kau suka, pilih2, kerat2. yang mana buruk, kau kutuk. tak amek semua. kalau boleh, ambil sikap perawi hadis. tahu sirah, syariah, bahasa, segala bagai.

Kenapa ketakutan menjadi tabir pikiran ?
Kekhawatiran telah mencemarkan kehidupan.
Ketegangan telah mengganti pergaulan pikiran yang merdeka.

(WS Rendra, Aku tulis Pamplet Ini, April 1978)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *