Alhamdulillah. Dah beberapa bernafas di bumi Malaysia nan panas ni (Masih belum tukar sim card lg. Sabar2. Will do insha Allah). Baru Malaysia, belum Arab Saudi atau neraka lagi. Arab Saudi’s temperature 43 celcius seyh. Masha Allah. Nak dekat kiamat. Tapi, berapa ramai antara kita yang ambil iktibar dengan apa yang terjadi di sekeliling kita. Masih kita lakukan dosa dan tidak mempercayai kata-kata Nya (sila rujuk Quran tentang kisah Bani Israel yang degil).
Pagi ini, penulis tersohor Malaysia yang masih muda, Faisal Tehrani, muncul di rancangan SPM (selamat pagi Malaysia) untuk mengulas mengenai karya terbarunya “Bila tuhan berbicara”. Ditanya oleh pengacara (maaf ya pak, don’t know your name lah), kenapa diberi nama sedemikian, jawabnya, (this is my own words, and been paraphrased) “tuhan berbicara bukan bermaksud literally, namun melalui malapetaka sebagai amaran dan peringatan”. Aduh, mahukah kita berfikir hingga ke situ? Perlukan minda yang ligat berfikir ya bila membaca karya Faisal Tehrani. Insha Allah saya memburu buku dalam masa cuti ini. Oh, mahu memburu air dan lemak juga. Bercadang untuk berenang sepuasnya semasa di Malaysia. Sesuai ya, di musim panas ini.
Untuk ulasan buku, saya cadangkan anda membaca entry dari blog Jiwarasa.
aineeeee!!!!! oooo balik tak bgtau akak ek? hey…dah la balik tak bagitau… tak contact pun…
ceist. kot ye pon dh bace pura2 laa wat surprise. sorry. jetlag melampau. busy with some things sum mo.