Finale Akademi Al Quran Musim 3

Hari yang agak terkocoh-kocoh. Tiada afternoon nap (-_-) tapi dapat belajar banyak perkara.

Mulai dengan menonton filim cetusan dari novel Habiburrahman El Shirazy yang ngetop. Premier di Malaysia namun tidak mendapat sambutan ramai. Hall dipenuhi seramai 20 orang. Adakah kerana ia berunsur religius, interfaith atau islamic membuatkan ia tidak mendapat sambutan? Atau telah ramai yang nonton versi bajakan? Kenapa kita bisa nonton filim religius seperti Constantine, Da Vinci code dsb? Mari kita fikir.

Kemudian bersiap diri ke Akademi Al Quran. Bilangan penonton tak seramai pengunjung konsert Akademi Fantasia. Banyak sangat tempat kosong di PICC tempohari. Namun alhamdulillah. Allah telah takdirkan aku dapat hadir ke majlis ilmu. Aku fikir aku tak mampu pergi kerana kepala aku pening (gara² hall cinema yang sangat kosong jadi cuaca menjadi terlalu sejuk, dan aku pun pening kepala). Tentang ketidak-ramai-an penonton di PICC tu, kita bersangka baik, mungkin mereka menonton di rumah. Rating AAQ musim ke 3 meningkat naik dari musim sebelumnya. Wow. Alhamdulillah. Orang dari negara Singapura juga datang tempohari, untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Nampak ramai juga pelajar dari maahad tahfiz dan asrama. Mudahan kalian juga berjaya melayakkan diri ke AAQ nanti. Prektis dari sekarang. Mane la tawu~ hehe.

Tahniah diucapkan kepada semua finalist. Mudahan ramai lagi yang bakal mengikut jejak langkah kalian. Tidak dapat dinafikan, AAQ lebih susah dari AF. Latihan sejak dari kecil, mampu membentuk juara seperti Fahmi, Anuar Hasin dan Fakhrul Radhi. Aku? *grumble*

Finally, dapat berjumpa Kak Farah yang diminati. Hehe. Sebenarnya sebaik sahaja lepas majlis, semua yang telah kerja kuat untuk AAQ ada press conference. Tapi ramai nak sesi bergambar dengan Kak Farah, juri dan finalis. kak Farah janji dia akan kembali keluar ke plenary hall after PC. Memang ramai sangat nak bergambar solo dengan kak farah. ya allah. takleh nyelit lagi. takpele. janji dapat salam

Tahniah kepada encik Fakhrul Radhi kita. cewah. dapat Proton BLM ye. jeles ai. Mudahan dapat lagi banyak syafaat saham akhirat bila anda telah membuatkan orang seperti saya tersedar dari lamunan tidur. Ehehehe.

Pictures? later Insya Allah~ 😛

3 thoughts on “Finale Akademi Al Quran Musim 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *