Kenapa menulis blog?

Bismillah. Sila rujuk kepada entry MR cry4freedom. Walaupun literature review untuk dissertation saya masih belum selesai, namun, hati ini degil untuk menulis. Tak boleh tidur kalau tidak meluahkan isi minda saya di atas papan kekunci. Dulu, pernah menulis entry yang lebih kurang sama, namun itu semasa zaman jahiliyyah, zaman tak kenal diri sendiri. Kali ini, ingin menjawab dalam bahasa ibunda pula. Jadi, kenapa menulis blog?

Secara jujur, saya mula menulis blog semasa masih ‘fresh’ di MARJON. Kononnya ingin merakamkan pengalaman semasa berada di rantau orang. Namun setelah sekian lama, menurut pemerhatian, semakin ramai rakyat Malaysia menulis blog. Kenapa? Blog ialah satu-satunya media untuk mereka meluahkan pendapat dan perasaan. Golongan mak nyah, golongan politikus, golongan sasterawan dan juga golongan yang tidak termasuk dalam golongan yang penting, menulis blog. Bagai satu wabak dan fenomena. Rakyat Malaysia yang didakwa malas membaca, rajin menulis blog. Macam mana tu?

Mutakhir, Jeff Oii dan Rocky’s Bru (Ahiruddin Atan) disaman oleh NST kerana menulis blog. Salah ya menulis blog? Wujud akta untuk alam internet untuk melindungi pembaca blog dari berita yang bukan-bukan. Namun, saya kagum dengan nasihat Jeff Oii, menulisla, namun anda perlu bukti untuk menyokong tulisan anda. Jangan takut untuk menulis. Ya! Bloggers United. Sebuah persatuan untuk membela nasib penulis blog di Malaysia. Marina Mahathir juga turut serta menyumbang tenaga untuk Bloggers United. Heboh satu dunia kerana “Malaysian bloggers are banned”. Keluar berita ini di CNN, BBC dan XYZ (mana ada media XYZ, haahaa tak lawak~). Jika suatu hari nanti blog ini disaman, pasti hot blog ini kan? Jadi, adakah saya perlu menulis apa yang terasa di hati, atau menulis mengikut acuan yang diberi? Kalau begitu, semakin susahlah saya hendak mencari bahan rujukan andai semua takut menulis, dan menulis dengan terhad. Berapa banyak bahan rujukan yang berkaitan dengan Malaysia yang anda mampu cari di internet? Kalau yang lucah tu, terima kasih sajalah. Itu saya sudah sedia maklum. Tak pula laman web yang berbau lucah lagi memalukan (mengaibkan) itu disaman. Jadi, saya telah lari sedikit dari persoalan asal. Heheh. Oh ya, kenapa saya menulis blog?

Saya soal semula: Kenapa orang baca blog? Nah, orang yang mahu menulis, mereka perlu ada bahan, samada primer atau sekunder. Jadi, rakyat Malaysia sebenarnya rajin membaca. Ya, tidak dinafikan juga ramai yang suka membaca bahan picisan yang dijual di tepi jalan. Majalah lucah atau pop, sama saja. Tak membantu pembangunan insan dan tamadun langsung. Tapi masih membaca. Kita lebih risau rakyat Malaysia buta huruf, namun tahukah kita berapa ramai yang buta al-quran? Tapi ya, cuma sedikit saja rakyat Malaysia yang masih tak tahu membaca, tak reti menulis blog dan tiada kemudahan membeli perkakas menulis. Kasihan. Mereka ini golongan yang terpinggir. Barangkali sukar untuk merealisasikan hasrat bekas PM kita untuk melihat angka sifar dalam statistik UNICEF untuk bahagian buta huruf. Ada sesiapa yang ingat mereka? Pernah bantu mereka? Adakah perpustakaan bergerak masih wujud? Atau hanya muncul ketika ada orang merakam gambar perpustakaan bergerak bersama golongan terpinggir tersebut? Ya, sila jawab andai tahu. Mereka ini golongan yang malang I would say. Entah-entah, blog pun tak pernah lihat. Eh, secara tidak disedari, saya telah menulis bagi pihak mereka. Namun, mereka kenalkah saya? Aku menulis, bukan kerna nama… (automatik teringat lagu Ramli Sarip).

Namun, apakah yang saya dapat dari menulis blog ini? Untuk siapa? Apakah ia bakal menolong saya suatu hari kelak? Kini matlamat saya lebih jelas. Saya belajar untuk menulis dengan lebih fokus. Saya harap, selepas berhijrah, tidak ada lagi entry yang bersifat ‘just for fun‘ semata. Bloggers yang lain, jangan bazirkan bandwidth, terutama di Malaysia. Tambahan pula kita di Malaysia punya dunia internet yang kelajuannya menyamai pergerakan seekor siput. Jangan bazirkan masa anda menulis sesuatu yang tidak akan menolong diri anda di next stage of life. Menulislah kerana anda mahu dan tahu, menulislah kerana kebenaran dan keadilan. Menulislah!

Sudahkah terjawab soalan utama? Hingga kini, yang saya tahu, ada ketika hati ini bagai melonjak-lonjak hendak menekan papan kekunci, bila ilham untuk menulis muncul, bila tiada kemudahan internet dan komputer. Namun alhamdulillah, saya sudah ada teman blogging yang baru. Namanya MDA Vario, saya boleh menaip assignment, blog, dan sebagainya, di mana saja saya berada. Oh, juga, saya bangga kerana berubah hati kepada WordPress. Hail WordPress!!

5 thoughts on “Kenapa menulis blog?

  1. ooh dah pindah ke sini rupanya. Will change your link. nyway, nice cat. sangat sangaaaaaaaaaaaaat jealous sebab ainee ada kucing.

  2. hee hee. he is very comel tp sangat mengada juga disayangi ramai. oh, wordpress lagi best dari blogspot. terima kasih kerana sudi bertandang ke blog yang masih bayi ini. terima kasih juga share link. 😉

  3. Ini sangat manis. Tahniah kerana telah berjaya menyiapkan esemen on time. Huha.

    Kenapa kita menulis? Utk fame? Sampai sekarang nama kita x setaraf dgn blogger handal lain. Kita menulis kerana passion. Biarlah orang x baca, asalkan kita sentiasa membawa coretan dengan senyuman tanda puas.

    Barakallah. Teruskan menulis, my young apprentice.

  4. tahniah ainee..
    for me, sy tulis blog utk kwn2 yg dikenali.. sbb 4 sure mmg mereka bc..n hopefully they will ask me back why i write such things.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *