Salam. Agak terkejut bila membaca berita tentang perancangan untuk memindahkan lokasi Universiti Malaya. Ikut aku berhijrah jugak ke? Berita lanjut boleh dibaca di sini.
In my opinion (tidak mewakili mana-mana pihak melainkan diri saya sendiri), these are the disadvantages for UM if they decide to move to a new place:
- Student IPBA susah nak dapatkan sumber bermutu dari UM. Tambahan pula library IPBA tidak membekalkan pelajarnya yang ramai, bahan rujukan yang mencukupi, terutama jurnal dan thesis. Apakah bakal nasib pelajar IPBA dan IBMM (Institut Bahasa Melayu/Malaysia Malaysia)?
- Kawasan Lembah Pantai akan menjadi Lembah Sepi (heheh~reka je ni)
- Ramai yang familiar dengan kawasan tu, dan pemindahan akan menyebabkan parents (my parents laa) yang tak familiar dengan kawasan KL yang kerap kali berubah bentuk muka buminya, akan mengalami kesukaran untuk mencari lokasi baru UM.
- Dewan tunku canselor, yang baru dibaik pulih, di make-up, belum puas dinikmati lagi. Sayangnya kalau pindah ke tempat baru~
- Kawasan pasar malam di Lembah Pantai, bakal kurang mendapat sambutan. Bukankah pasar malam itu budaya kita?
- Stesen LRT Universiti, adakah ia bakal bertukar nama? Another confusion?
- Perniagaan kecil di kawasan Lembah Pantai yang menyediakan perkhidmatan kepada pelajar, apakah nasib mereka selepas mahasiswa pindah?
Tak tahulah berapa ramai akan setuju dengan perancangan tersebut. Kalau berpindah, selamat ‘bermahasiswa’ (term sendiri, yada~ yada~) di tempat baru ya? Semoga keuntungan yang masuk dalam kocek pelabur, turut ditempiaskan kepada golongan mahasiswa UM. Oh, saya sayang UM. Walaupun saya tak belajar di situ. Suka benar nasi dagang biru di kafe UM. Oh UM!
Kalau perpindahan ini menguntungkan satu pihak instead of thousand UM students, alangkah ruginya.
PS: Ada ke cadangan nak beri mahasiswa keuntungan tu sikit? Saya harap cadangan ini diberi pertimbangan semula dan keputusan yang wajar dan memberi manfaat kepada semua pihak, dapat dicapai. Amin.