Kos Persediaan Berpantang Bersalin

Ibu dan bapa ada masa 9 bulan untuk persediaan menyambut bayi yang bakal tiba. Mari kita lihat berapa julat kos persediaan berpantang bersalin untuk si ibu. Saya pasti ramai yang mampu fikir barangan bayi namun untuk barangan merapikan penjagaan kesihatan ibu, berapakah kos sebenar.

  1.  Mak Bidan/ Urut: RM150-RM350. Dulu Opah Siah sediakan ubat makan, barang berpantang dan sebagainya. Selalunya RM150 utk urut sahaja dalam masa 3 hari. Sehari RM50. Tapi sekarang Mak Urut kita dah naik harga. RM70. Fuhh. Mak urut VIP gitu.
  2. Bengkung: Ada pelbagai jenis bengkung. Kalau nak buat sendiri, kosnya dalam RM120. Beli kain belacu ikut panjang yang kita nak dan upah jahit RM30. My tailor jahit dua lapis supaya tahan lebih lama. Takpelah panas sikit. Ada yang ikat zigzag hanya RM50.
  3. Set bersalin: Ada banyak jenis. he most recommended is Nona Roguy or Amway punya set bersalin. Harga antara RM350-RM280. Bilangan pil ikut berapa hari kita nak makan. Yang paling murah utk stok 30 hari.
  4. Kain batik RM30-RM100: Kalau nak batik jenis selesa, belilah yang mahal sikit. Kalau rasa tanak selesa, belilah yg ala plastik macam jual kat Mydin tu. Ada orang nak pakai seluar. Tapi make sure after dah sembuh luka episotomy. Jalan pun kena elok je takut urat kaki cepat kebas bila dah habis pantang.
  5. Makanan: Selalunya ibu makan ikan mahal. Ikan merah, ikan bawal putih. Ikan yang tak gatal. Kalau ayam pun kena beli ayam kampung or ayam hitam. Kurma cina la. Habbatus sauda la. Kalau minum air akar Nona Roguy kena minum dengan madu. Kalau madu ori, bukan nya murah. Biskut utk snek petang dan pagi. Kalau tengok harga  menu berpantang kat mangkuk tingkat.com adalah dalam RM30 sehari.
  6. Penjagaan badan: Mandian herba RM30 utk sebulan. Satu uncang boleh pakai beberapa hari. Dry shampoo RM15. Sanitary pad RM 30-50 (ikut jenama) untuk 40 hari. Stokin winter kat Daiso, 5 pasang RM25. Garam untuk cuci luka RM3.
  7. Spa penjagaan diri: This one, up to your budget. Antara benda yang korang boleh splurge masa dalam pantang untuk kesihatan dalaman dan luaran adalah: scrub badan (terutama ketiak dan leher yang gelap semasa hamil), skincare yang pelabagai jenama di pasaran–masker, tungku elektrik, bantal leher, eye masks (mak yang baru melahirkan memang tak cukup tidur kan), air mawar, daun pandan untuk dibuat mandi, mengurangkan bau badan.
  8. Corset–jangan pilih yang keras macam Hai-O yang ada dawai tuh. I had learnt my lesson. Kesian kulit perut luka sebab kulit pregnancy masih lendut tapi nak paksa shape macam model. It’s not natural. Pakai je yang selesa and fabric yang breathable dan tak berdawai. After all, that’s our main goal lepas pantang kan? To get back into the shape pre-pregnancy.
  9. Nursing bra- You may splurge to buy the Autumn’s brand. I had my lesson that the shape isn’t that nice an it costs too much but in the mean time, the bra isn’t that appealing and tough (I use my washing machine, thank you very much!) but remember, if you are under budget, just buy from Avon. A bra without the wire. Selesa dan menjimatkan duit.
  10. Entertainment–Masa dalam pantang takleh baca buku sangat and tengok TV sangat sebab urat mata tu dah bekerja keras waktu meneran. Aku dulu degil tak dengar cakap akak senior, gatal main whatsapp melayan kawan2 yg dalam pantang jugak. Bila dah start nak drive and kerjaa, memang laa my eyesight dah makin rabun dan pemandangan makin kabur. So keep yourself entertained dengan dengar radio, dengar audio book ke, atau sembang dengan jiran sebelah. Call jelah. Jangan laa kedekut kredit sangat. Kredit habis takpe. Mata rabun, lagi mahal kosnya.

Taken from theasianparent.com

 

One thought on “Kos Persediaan Berpantang Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *