Suka sangat saya baca berkali-kali sebuah artikel dari majalah Anis yang dipinjam dari seorang ustazah di sekolah. Lama sangat dah pinjam. Konon nak scan agar dapat baca dan simpan dalam talian. Artikel ditulis pada Mei 2008, namun validity of the knowledge tiada tarikh luputnya.Tahukah anda, Nabi Adam A.S ialah orang pertama yang Allah ilhamkan ilmu perbidanan wanita? Berpantang juga bukan kerana siapa, tapi kerana Allah. Agar diri dirawat dan berehat, dan menjalankan ibadah dengan sempurna. Muslim yang kuat lebih disukai Allah berbanding dengan Muslim yang lemah (Siapa yang ingat Hikam ni tolong bagi version Arab nye ye).