Cerpen: Naskhah untuk Nadia

Sebuah panggilan jarak jauh antara bandar New York dan London. Perbezaan waktu sebanyak 8 jam, tidak membataskan perbualan dan hubungan.

“You sayang I lagi tak?” tanya Ari.

“Sorry. But things are not same like before” tegas Nadia.

“Tapi you cakap you nak tunggu I! I dah beli pun cincin untuk you,” Ari mengingatkan Nadia.

“Sape suruh you tanya soalan macam tu. Tapi bagus juga you tanya. Takkan I nak tipu you macam you tipu I” Nadia membalas tempelak Ari dengan tegas.

Nadia takkan menipu lagi.Sudah lama dia menunggu, agar perasaan sayang kepada Ari yang dahulu kala muncul kembali. Namun ia adalah penantian yang tiada penghujungnya. Segala perasaan lama yang cuba diingatkan kembali melalui memori lama nyata sia-sia. Makin lama, makin jauh hati Nadia. Namun, perasaan Nadia kepada rabbnya semakin dekat. Dia semakin benci akan perbuatannya yang lampau.

Hati Nadia gundah. Dilemanya, Ari yang pernah disayanginya dulu bagaikan mahu menjalinkan hubungan kembali. Dia mahukan Nadia kembali ke sisinya. Tapi Nadia jelas, dan tegas, dengan keputusan yang diambil. Nadia memutuskan hubungan itu kerana tahu dan faham. Hati Nadia sendiri tidak mahu. Nadia sudah belajar mengenai adab dan akhlak perhubungan. Nadia malu dengan maksiat yang dia telah lakukan.

“Patutkah aku menerimanya kembali? Kasihan Ari, benar-benar dia sayangkan aku nampaknya” tanya benak jahat.

Dulu, Ari sanggup terbang ke London semata ingin berjumpa Nadia dan melepaskan rindu. Setahun, antara London dan New York. Sanggup dia mengikat perut demi kasih dan rindu. Duit ketika belajar berapalah sangat. Tambahan pula New York dan London. Dua kota metropolitan yang mengerah tenaga penghuninya dengan kos sara hidup yang tinggi. Sanggup dia berhabis kerana Nadia walaupun susah. Nadia dan Ari berjanji. Cinta yang diangan kalau boleh dibawa hingga ke jinjang pelamin. Kononnya mahu sehidup semati. Namun apa yang dilafaz, bukanlah apa yang terjadi. Sudah beberapa kali Nadia terjumpa bahan bukti, Ari berlaku curang. Menipu Nadia. Namun kerana cinta, Nadia memaafkannya. Kerana Nadia tidak mahu hubungan yang telah lama terjalin, runtuh dalam masa yang singkat. Dia masih memberi masa dan peluang kepada Ari. Cinta membolehkan segalanya. Cinta jugalah yang menyebabkan mereka sanggup merentas benua, menghabiskan dollar dan pound, mengorbankan masa dan berusaha untuk menjaga hubungan agar ia kekal hingga ke anak cucu. Namun, keputusan Nadia menamatkan segalanya. Ia bukan keputusan yang diambil terlebih awal. Segalanya berlaku dengan spontan. Mengejut. Pantas. Nadia juga tidak sangka, dulu dia menyayangi Ari lebih dari diri sendiri. Sangkanya mereka akan mengakhiri hayat mereka bersama, namun kini apa yang dijangka dan dirancang, tidak akan berlaku. Nadia beristighfar. Nadia berasa bodoh benar akan perbuatan lampau. Merancang tanpa berserah kepada tuhan. Mengharapkan keredhaan dan keberkatan tatkala melakukan kesalahan. Nadia berasa bodoh benar akan perbuatan lampau.

“It is better to lose human’s love, than to lose Allah’s love”

Nadia mengingatkan dirinya akan secebis nasihat dari seorang sahabat. Sahabat yang sukar dicari. Sahabat yang lebih bernilai dari dunia dan isinya. Seorang sahabat yang mengajaknya ke jannah Allah. Sahabat yang tak mahu tubuh Nadia yang mungil itu dibakar api neraka. Sahabat yang takkan membiarkan Nadia lemah dan mengalah kepada arus hedonism dan materialism. Seorang manusia, tanpa pertalian darah, namun menyayangi Nadia seperti adik kandung sendiri. Sahabat yang menadah tangan dan air mata dengan tuhan semesta alam, meminta agar Nadia diampunkan dan diberi kekuatan. Sahabat yang sayangkan Nadia, berjumpa dan berpisah kerana Allah. Kasih antara manusia yang sukar dimengerti. Hanya hati-hati yang ditautkan Allah dengan ukhwah saja dapat merasai kemanisan hubungan itu. Air mata Nadia tumpah mengenangkan seorang sahabat yang bernama Sumayyah. Nama itu mengikut sirah, milik wanita pertama syahid di jalan Allah kerana sayangnya dia akan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah, diugut dan dipaksa, namun jiwa dan tubuhnya takkan berserah kepada kekafiran sekali-kali. Rela nyawanya diambil dihadapan anak dan suami.

Sumayyah, sahabat Nadia, juga punya kekuatan jiwa seperti wanita pertama yang syahid itu. Kental, tegas, nekad namun lembut. Tutur katanya penuh hikmah. Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah. Bicaranya dihiasi dengan petikan daripada kalam Allah dan hadis Rasulullah. Kasih Sumayyah pada Nadia juga kerana Allah. Sumayyah tidak pernah lokek dalam persahabatan. Segala milik Sumayyah, milik Nadia juga. Jiwa mereka ditautkan dengan mahabbah kepada Allah.

Perlahan jari runcing Nadia mendail nombor telefon rumahnya di Kajang Utama dengan harapan Mama sedang ada di rumah.

“Assalamualaikum Ma”

“Wa’alaikummussalam warahmatullah. Sayang Mama OK?”

“Mama sorry. Nadia tak tahu sama ada ini berita baik atau buruk untuk Mama”

“Kenapa ni sayang? Sayang Mama OK tak?”

“Nadia OK. Cuma nak bagitahu, relationship of me and Ari is over. Dia tanya Nadia tadi. Nadia tak dapat nak tipu dia. Nadia ingatkan Nadia masih sayangkan Ari, tapi dah lama Nadia tunggu supaya perasaan tu datang semula tapi tak boleh!” ada sendu di hujung talian.

Dengan sabar dan kasih sayang seorang ibu, Datin Rosmah cuba menenangkan anak tunggalnya, “Sabar Nadia. Allah akan menggantikan dengan rijal yang lebih baik dari dia. Dari dulu lagi Mama rasa tak sedap hati dengan dia, tapi Mama tahu, Nadia takkan rasa apa yang Mama rasa walaupun Mama bagitahu. Dulu Nadia degil dengan Mama, tapi sekarang alhamdulillah”.

“Ma sorry… Maafkan Nadia. Ingatkan dulu Mama suka. Ari tu kan best student di universiti. Nadia yakin dia akan bahagiakan Nadia”.

“Mama tahu. Hati Mama tak sedap bila Nadia kenalkan dia dulu. Dah. Dah lepas pun. Sekarang Nadia sendiri ambil keputusan, Nadia dah pandai pikul tanggungjawab. Nadia dah tahu, so now you know that you cannot turn back. Are you sure of your decission?”

“Insha Allah yes Ma. My heart knows what it wants. I feel so relieved after he knows. It’s like I feel I made the right decision for the first time in my life. Thank you Ma. No wonder our prophet says ‘you mother’ three times. You are a my angel Ma. Huu… Feel like hugging you Mama. I wish I can be a good mom like my Ma”, setitis lagi air jernih mengalir di pipi mulus Nadia.

“Ma sayang Nadia. Mak tak mahu Nadia menyesal. Hidup sekali je. Kahwin pun kalau boleh sekali je. Kekal ke syurga. Once and forever. Nadia cantik, tapi akhlak dan imanlah yang jaga Nadia. Kalau Nadia baik, insha Allah dapat yang baik. Nadia kenal kan kawan-kawan Ma yang rumahtangganya porak peranda. Sedih juga Ma, tapi itulah. Mama kena perlahan-lahanlah bantu. Kekuatan rohani itu yang paling penting. Insha Allah wanita yang orang nampak lemah, tapi kekuatan dalamannya siapa pun tak dapat influence melainkan Allah” panjang nasihat Datin Rosmah beri namun segalanya terakam di kotak ingatan Nadia.

“Semoga Allah mudahkan segala urusanku”, bisik hati kecil Nadia selepas membuat penggilan ke Malaysia.

Rutin Nadia yang gemar menambah general knowledge melalui pembacaan akhbar di internet terhenti seketika. Seorang sahabat yang kenal Nadia semenjak dari sekolah lagi menegurnya melalui tetingkap Yahoo Messenger.

darkwizard: salam.

n4d14: w’salam warahmatullah.

darkwizard: sihat? I denga u dh clash dgn ari. betul ke? i nak denga dr mulut u snd.

n4d14: hhm 😐 betul. mana u dapat cerita ni. i takbagitahu sape2 pun melainkan mama i. πŸ™

darkwizard: la. kenapa?

n4d14: hmm, u tau kan i decided to change to be a better person kan?

n4d14: dia yg tnya i, i sygkn die lg x. so i jwb la dgn jujur. takkan nk tpu die. u nk i cerita full nnt i call u laa bile i free nnt ok x?

darkwizard: ok2. pelik juga tiba2 dia baik dgn i. sblm ni dia tak pernah pun nk beramah mesra dgn i. dia ckp dia belikan hadiah utk i. tak pernah2 plak mamat tu baik mcm tu. bila u clash ngan die?

n4d14: about a month ago la jgk. y?

darkwizrd: laa…ptt laa die rajin ym i baru2 nie. hey. sampai hati u x bgtau i psl ni. i kan best friend u. u dh lpe i ke?

n4d14: bkn ape. i cme nk kurangkn bckp dgn bkn muhrim. lgpun, bkn news yg pntg sgt pun. jgn la majok k?

darkwizard: ala…majok gak. heheh. x la… u laa… ok ke? nanges tak ni?

n4d14: i’m tired to waste my tears for useless guy. dah la. xde pape. i ade allah. to him i return. im ok πŸ˜‰

darkwizard: hmm, die syg u tuh. beriya die bgtau i de rase lost blah3. he managed to make himself looks innocent tau.

n4d14: ya allah. ape die bgtau u?

darkwizard: byk la. sng crite, he make himself looks innocent la.

n4d14: pernah x i bgtau u keburukan dia? pernah x i bukak aib dia dgn u?

darkwizard: ape u nieh. sorok byk sgt dgn i.

n4d14: xde. dlu i sanggup tutup dua mata ble die main2 ngan pomp lain. hati i sedih tp i maafkan die. i forgive and forget. bkn sekali dua die buat i skt hati. tp sbb i bodoh dek cinta, syg sgt kt dia kononnya. πŸ™

darkwizard: ya allah. ye ke. smp ati die buat u mcm tu. asal u x ckp kt i?

n4d14: x gune pn nk ckp kt u. i nk berlatih jd isteri solehah masa tu. nk jaga rahsia antara kami. heh. isteri solehah. kononnya la. tp wat maksiat gak.

darkwizard: smp ati u x bgtau i. kesian u tanggung sorg2.

n4d14: ala, u kan student engineering yg sgt2 busy. malas nk nyushkn u.

darkwizard: ok fine. but just remember, im ur bestfren k?

n4d14: ok… i won’t..insha allah.

darkwizard: k la. i x lame ni. kat CC. kang mlm ade kelas.

n4d14: haa~~ see? die yg busy.

darkwizard: hahah. k lah. yelaa… doakan i tau.

n4d14: insha allah. salam.

darkwizard: w’slm.

Abrar, ceria dan bersahaja, keluar dari laman maya meninggalkan Nadia. Rapat sejak dari sekolah.Teman bercerita dan kaunseling. Teman gebang pasal bola juga. Nadia minat bola pun sebab Abrar gemar bercerita perihal sukan bola sepak.

“Kalau I pun dapat study kat UK, mesti dah jejak macam-macam stadium tengok game”, desis hati suatu ketika dulu.

“Takpe, this is much valuable than anything in the world” pujuk hatinya.

Nadia mengambil sepucuk surat kiriman Sumayyah. Mudahan tenteram hatinya.

Assalamualaikum Nadia,

Semoga berada dalam rahmat iman dan islam. Alhamdulillah I never give up on you. I know you have something special inside you. Allah has given me a precious friend and I can never replace her with someone else. And, alhamdulillah you finally change for better, and you want to do it on your own.

This Al Quran and its translation is specially for you. Your favourite colour. Inside contains Allah’s love letters and reminders, because he loves us. May Allah give you guidance, strength and patience, to stay in the right path and remain modest. May you become a good mother and wife πŸ˜‰ Insha Allah.

I would like to dedicate one ayah from the Quran, to you. It is in surah Al-Hajj, chapter 22, verse 78. You are the chosen one. You are special. He had given you something that not many can get. Remember, although we are separated by country or anything, but my heart is praying for you. I love you, for Allah. May Allah keep us steadfast and remain friends forever in this true religion. Ameen.

Love you loads,

Sumayyah Smith.

Naskhah Al-Quran itu dibaca berulang kali walaupun Nadia khatam membacanya beberapa kali. Itulah mukjizat Al-Quran, surat cinta dari Allah yang takkan jemu dibaca hingga habis hayat dunia. Nadia kini nekad dengan keputusannya. Bukan cinta manusia yang dicari, namun keredhaan dan keampunan Allah yang Nadia mahukan. Andai Ari dijodohkan untuknya, dia menerima ketentuan Allah. Nadia turut berdoa, agar hati Ari menerima cahaya hidayah, diselitkan dengan harapan, agar Ari faham bahawa keputusan Nadia adalah kerana Nadia tidak mahu tubuh mereka menjadi santapan neraka yang menyala.

Sabda Rasulullah S.A.W, “Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka dia dapat merasai kemanisan iman, yakni mencintai Allah dan Rasullullah melebihi yang lain; mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci kepada kekafiran sebagaimana dia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka”. (Bukhari dan Muslim)

______________________________________________

Tahniah kepada saudara Anuar Hasin (senior saya di SEMEKASRI dulu) dan juga negeri Perak. Saudara Anuar Hasin mendapat tempat pertama untuk Akademi Al-Quran (AQ) musim kedua. Tahniah. Mudahan Allah thabatkan semangat anda untuk memartabatkan Al-Quran. Juga negeri Perak telah memenangi anugerah keseluruhan, sempena majlis tilawah peringkat kebangsaan di MITC Melaka semalam. Jika lagu pop dan beraneka macam mendapat tempat di hati manusia, mukjizat Allah kepada nabi Muhammad juga mendapat tempat di hati orang yang sedar akan keindahannya. Takkan jemu kita baca surah Fatihah setiap hari tujuh belas kali. Walau ada di kalangan kita yang lupakan Al-Quran, namun tatkala mereka takut dengan hantu momok dan sebagainya, kepada Al-Quran jua mereka akan kembali. Mudahan kita semua beramal dengannya. Insha Allah.

Oh, read this as well, from Malaysia Today.

PS: Don’t forget to post a comment, for my first attempt for Malay short story. Thank you very much!

12 thoughts on “Cerpen: Naskhah untuk Nadia

  1. terima kasih semua. alhamdulillah. mudahan cerita ini dapat memberi inspirasi dan pengajaran untuk saya dan semua. mahukan lebih komen membina untuk memperbaiki mutu penulisan. kalau ada sumbangan idea, amat dialu-alukan.

    ni komen dr seorg hamba allah, dihantar melalui YM:
    1)klimaks mcm xjelas.. 2)Nadia juga tidak sangka, dulu dia menyayangi Ari lebih dari diri sendiri namun kini apa yang dia jangka tidak akan berlaku telah pun berlalu… Xpaham.. kn baca banyak kali.. 3)klu dapat describe sket ciri2 fizikal nadia, mcm best jgk.. br bleh imagine dia mcm mana-sight

    dah perbaiki sedikit cerpen ni. ada sedikit penambahan. diedit pada pukul 1 tengahari waktu Malaysia. Sesiapa yang telah baca terlebih awal, mungkin tak perasan. Walaubagaimanapun, terima kasih semua. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan cerita ini lojik dan bermoral. πŸ˜›

  2. Nak juga pakai n4d14. Nadia ni 13375p34k3r gak ke? Hehe. Btw, nicely crafted as i said. Read it for second time. Still x perasan mana changes dia. Takpelah janji faham drpd A-Z.

    Gambatte kudasai. Looking forward to read another writings (jika diizinkan Allah)

  3. alhamdulillah.. cerpen2 macam ni yg kita nak. gambate neh.. semoga istiqamah atas jalan mulia.. sama2 kita menuju DIA.. di sana insyaAllah kita berjumpa.

  4. alhmdulilah..cite yang sangat bagus aini..keep it up!! memang sesuai sgt dgn remaja remaji cintan cintun neh..thanks!!!! gudluck!! lau ade lagi cerpen lagi, bgtau anis eh..anis tag aini neh πŸ˜€

  5. hai.nama aku aina dari mrsm langkawi.nice story .keeping up.wat lagi ye cite ttng kemerdekaan ke or whateverla.tambahan pula merdeka dah dkt 50 tahun la katakan.tapi apa pun god job.u can call me aina

  6. best…………nice story.keeping up,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,…………………….byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *